Jadual Bayaran

Peminjam hendaklah membayar balik keseluruhan jumlah pinjaman yang diterima semasa pengajian kepada kementerian. Bagi peminjam yang berjaya menamatkan pengajian, bayaran balik boleh dibuat secara ansuran sebanyak RM125/sebulan.

Jadual pembayaran balik yang ditetapkan mengikut jumlah pinjaman adalah seperti yang berikut:-

Jumlah PinjamanAnsuran BulananTempoh Bayaran
RM6,000.00 RM125.00 48 Bulan
RM4,500.00 RM125.00 36 Bulan
RM3,000.00 RM125.00 24 Bulan
RM1,500.00 RM125.00 12 Bulan

Gantirugi Pinjaman

Gantirugi pinjaman akan dikenakan ke atas peminjam yang berhenti atau tidak menamatkan pengajian di Kolej Komuniti atau Politeknik seperti yang ditetapkan dalam Perjanjian. Peminjam akan dituntut untuk melangsaikan jumlah pinjaman secara sekaligus (lump sum) dalam tempoh 60 hari dari tarikh surat tuntutan.

CetakEmel