Penajaan

Lepasan SPM

Bantuan Kewangan Asasi
Pembiayaan bantuan kewangan untuk pelajar golongan sasaran B40 dan M40 yang mengikuti program bertaraf asasi menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya.

Modular Kolej Komuniti
Program Sijil Modular Kebangsaan (SMK) menggantikan program Sijil Kolej Komuniti (SKK) yang dilaksanakan di semua kolej komuniti (KK) mulai tahun 2011 dilaksanakan sebagai menyokong program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).

Bayaran Balik Tabung Pinjaman Pelajaran
Prosedur, jadual bayaran, saluran dan kaedah bayaran balik Tabung Pinjaman Pelajaran serta maklumat peminjam.

Ijazah Pertama

MyBrainSC
Terbuka kepada warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama dan pasca ijazah sepenuh masa dalam bidang sains tulen (fizik, kimia, matematik dan biologi) di IPTA atau universiti terkemuka dunia atau bertaraf ivy league.

Ijazah Lanjutan

MyPHD
Program MyBrain15 yang menyediakan pembiayaan pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran untuk mencapai sasaran 60,000 pemegang PhD dari kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023.

MyMaster
Inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) menerusi Program MyBrain15 bagi membiayai pengajian di peringkat Ijazah Sarjana.

Sub Kepakaran/Post Doktoral
Biasiswa kepada pensyarah-pensyarah di IPTA melanjutkan pengajian di peringkat Sub-Kepakaran Perubatan dan Pasca Kedoktoran di dalam dan luar negara.

Diploma Keusahawanan Pasca-Siswazah
Pengajian secara separuh masa di Cambridge Judge Business School, United Kingdom yang menjurus kepada perkongsian pengalaman keusahawanan, pembinaan budaya dan kemahiran keusahawanan, mempergunakan inovasi keusahawanan, membangunkan dan mengembangkan sektor industri baru serta membina rangkaian kerjasama global

HLP bagi Kakitangan bukan Akademik IPTA
Terbuka kepada pegawai-pegawai bukan akademik di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Gred 41 dan ke atas bagi mengikuti pengajian di peringkat ijazah lanjutan di dalam dan luar Negara.

Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB) / Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI)
Terbuka kepada tutor, felo dan pensyarah di IPTA.

HLP bagi Pegawai Skim Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT)
Terbuka kepada Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berkhidmat di Kementerian Pendidikan Tinggi sebagai menyokong program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).

Kemudahan Cuti Belajar bagi PPPT
Penajaan bagi pegawai-pegawai Skim Perkhidmatan Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di Gred 41 dan ke atas bagi mengikuti pengajian peringkat ijazah lanjutan sama ada dengan kemudahan cuti belajar bergaji penuh, separuh gaji dan tanpa gaji untuk pengajian di dalam / luar Negara.

Antarabangsa

Malaysia International Scholarship
Inisiatif oleh Kerajaan Malaysia untuk menarik pelajar terbaik daripada seluruh dunia untuk melanjutkan pengajian di Malaysia.

Commonwealth Scholarship and Fellowship Plan
Peluang kepada pelajar yang terpilih daripada negara-negara Komanwel untuk belajar di peringkat Ijazah Lanjutan di Malaysia.

Kandungan ini hanya terdapat dalam Bahasa Inggeris sahaja.

Khas

Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti
Bantuan kewangan diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti yang kurang berkemampuan iaitu pendapatan isi rumah tidak melebihi RM1500 sebulan tanpa mengira bilangan tanggungan isirumah.

Bantuan Kewangan OKU
Insentif / biasiswa dan peluang kepada OKU yang berkebolehan / berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.

Biasiswa Sukan
Galakan insentif kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT.