Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE)

Program Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (Higher Institution Centres of Excellence, HICoE) merupakan sebuah program Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) bagi memacu kecemerlangan penyelidikan IPT dalam dalam bidang penyelidikan nic. Melalui program ini, JPT memberi penarafan HICoE kepada pusat kecemerlangan IPT (Centre of Excellence, CoE) yang berprestasi tinggi dalam bidang penyelidikan nic. Penarafan HICoE menyediakan insentif dalam bentuk geran penyelidikan kepada CoE untuk memperkukuhkan keupayaan penyelidikan bidang nic bagi dilonjakkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Penarafan HICoE merupakan satu pendekatan strategik untuk melonjakkan HICoE sebagai peneraju dalam penyelidikan bidang nic ke peringkat kebangsaan dan seterusnya dipupuk ke arah mencapai taraf antarabangsa serta mendukung sembilan (9) Sektor Keutamaan Negara yang kompetitif di dalam Ekosistem Inovasi Malaysia. Lanjutan daripada itu, CoE yang menerima penarafan HICoE disediakan dana untuk melaksanakan program penyelidikan dalam bidang nic bagi membangunkan bakat penyelidikan baru, penerbitan berimpak tinggi, penghasilan inovasi dan pembentukan jaringan kolaborasi. Dana tersebut juga akan membantu HICoE meningkatkan keupayaan makmal penyelidikan nic ke arah mendapatkan pengiktirafan/akreditasi ISO17025.

HICoE juga perlu menyediakan Pelan Tindakan dan Halatuju yang memperincikan perancangan program dan projek yang mampu melonjakkan kecemerlangan HICoE. Kemajuan prestasi HICoE dipantau oleh JPT melalui Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan ke atas HICoE di dalam Pelan Tindakan dan Halatuju tersebut. HICoE perlu mengemukakan laporan prestasi pencapaian menurut kala pemantauan yang ditetapkan oleh JPT. Prestasi pencapaian yang ditentukan melalui pemantauan tersebut akan digunakan oleh JPT sebagai asas bagi penyaluran dana penyelidikan HICoE seterusnya.

HICoE Teras Penyelidikan dan Inovasi

Definisi
Sebuah pusat yang melaksanakan aktiviti penyelidikan untuk meningkatkan tahap dan kualiti perkhidmatan dan rundingan kepada industri dan masyarakat. Lebih 70% aktiviti yang dilaksanakan oleh pusat ini bertumpu kepada penyelidikan dan inovasi manakala kurang 30% meliputi aspek perkhidmatan dan rundingan.

Syarat Asas:

  1. Pusat Kecemerlangan hendaklah ditubuhkan oleh IPT.
  2. Penubuhan Pusat Kecemerlangan hendaklah diiktiraf oleh Senat dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU).
  3. Pusat Kecemerlangan hendaklah telah ditubuhkan sekurang-kurangnya lima (5) tahun dan mempunyai rekod/bukti bagi pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh tersebut.
  4. Pusat Kecemerlangan telah beroperasi sebagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) dengan bajet operasi tersendiri.
  5. Pusat Kecemerlangan perlu mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) orang staf akademik sepenuh masa berjawatan tetap.
  6. Pusat Kecemerlangan perlu menyerlah dalam sekurang-kurangnya satu (1) bidang tujahan.

Kriteria Instrumen Penilaian HICoE
Teras Penyelidikan Dan Inovasi

HICoE - Teras Penyelidikan dan Inovasi
Pemarkahan Minimum
  1. Memperoleh 80 markah daripada markah keseluruhan; DAN
  2. Memperoleh 48 markah daripada jumlah markah Seksyen B, C dan D

HICoE Teras Perkhidmatan

Definisi
Sebuah pusat yang menyediakan perkhidmatan dan perundingan kepada masyarakat dan industri. Lebih daripada 70% aktivitinya hendaklah meliputi aspek perkhidmatan dan perundingan, manakala kurang daripada 30% meliputi aspek penyelidikan serta pengajaran dan pembelajaran.

Syarat Asas:

  1. Pusat Kecemerlangan hendaklah ditubuhkan oleh IPT.
  2. Penubuhan Pusat Kecemerlangan hendaklah diiktiraf oleh Senat dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU).
  3. Pusat Kecemerlangan hendaklah telah ditubuhkan sekurang-kurangnya lima (5) tahun dan mempunyai rekod/bukti bagi pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh tersebut.
  4. Pusat Kecemerlangan telah beroperasi sebagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) dengan bajet operasi tersendiri.
  5. Pusat Kecemerlangan hendaklah mampu menampung kos operasi apabila diiktiraf dan mampu menjana pendapatan yang mencukupi untuk menampung kos operasi dan 50% emolumen selepas tiga tahun (3) diiktiraf sebagai HICoE.
  6. Pusat Kecemerlangan perlu menyerlah dalam sekurang-kurangnya satu (1) bidang tujahan.

Kriteria Instrumen Penilaian HICoE
Teras Perkhidmatan

HICoE - Teras Perkhidmatan
Pemarkahan Minimum
  1. Memperoleh 80 markah daripada markah keseluruhan; DAN
  2. Memperoleh 56 markah daripada jumlah markah Seksyen B dan D

Cetak Emel

Penyelidikan

Maklumat Berkaitan Geran Penyelidikan

Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS)
Penyelidikan asas yang boleh menghasilkan teori, konsep dan idea baru demi perkembangan ilmu.

Skim Geran Penyelidikan Transdisiplinari (TRGS)
Melonjakkan penjanaan teori, konsep dan idea baru yang dapat menjadi pemangkin kepada penemuan baru yang menerobos sempadan ilmu dan penciptaan inovatif.

Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS)
Membantu merapatkan jurang antara penemuan penyelidikan dan pengkomersilan bagi tujuan penciptaan teknologi/penemuan baru selaras dengan keperluan K-ekonomi dan pelaksanaan Model Ekonomi Baru.

Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS)
Memantapkan kecemerlangan dalam penjanaan teori, idea baru dan penciptaan yang inovatif yang terkehadapan dalam nic-nic yang strategik demi perkembangan sempadan ilmu.

Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB)
Mempromosi kecemerlangan dalam penyelidikan dengan penciptaan yang inovatif dan terkehadapan dalam nic-nic yang strategik untuk menghasilkan ‘total solution showcase’ yang siap untuk dipasarkan melalui kolaborasi IPT dan industri.

Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE)
Memacu kecemerlangan penyelidikan CoE di IPT dalam bidang nic masing-masing.

Maklumat Penyelidik

Aktiviti-aktiviti R&D

Maklumat sedang dikemaskini

Projek-projek Penyelidikan

Inovasi dan Hasil Penyelidikan

Maklumat sedang dikemaskini