PELAJAR

Kemasukan IPTA, IPTS, Politeknik, ILKA. Permohonan dan Panduan Ke Luar Negara

INSTITUSI

Universiti Awam, Institusi Pendidikan Tinggi swasta, Politeknik, Kolej Komuniti, Panduan penubuhan dan informasi berkaitan

PENAJAAN

Lepasan SPM, Ijazah Pertama, Ijazah Lanjutan, Antarabangsa, Khas, Semakan status permohonan, tabung pinjaman pelajaran

INDUSTRI

Kerjasama Dengan Pemain Industri, Hasil Penyelidikan, Program dan Inisiatif Bersama

SEMAKAN

Semakan permohonan dalam talian. Keputusan Permohonan UPU, Lejar Online, Akreditasi MQA, Pinjaman PTPTN.

PENYELIDIKAN

Maklumat Berkaitan Geran, Maklumat Penyelidik, Pembantu Penyelidik, Projek Penyelidikan, Inovasi & Hasil Penyelidikan

PERKONGSIAN DATA

Data Dictionary Sektor Awam (DDSA), Data Terbuka Malaysia, dan Statistik

ORANG KELAINAN UPAYA

Inisiatif dan Usaha Kementerian Bantuan kewangan, program pendidikan khas

REDESIGNING HIGHER EDUCATION

Inisiatif, program dan aktiviti bagi menaiktaraf Pendidikan Tinggi.

MEDIA & KISAH KEJAYAAN

Kenyataan Media, Koleksi Teks Ucapan, Koleksi Audio dan Video Rasmi

e-PEROLEHAN

Notis Iklan Tawaran Tender / Sebutharga dan Keputusan Tender / Sebutharga

HEBAHAN

Pengumuman Terkini, Program/Aktiviti Semasa, Peluang Kerjaya dan Topik Popular
KENYATAAN AKHBAR 
GARIS PANDUAN PERMOHONAN PAS PELAJAR ANTARABANGSA KE INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI DI MALAYSIA


OLEH
YBHG. DATO’ SERI IR. DR. ZAINI BIN UJANG
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
  1. Dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi antarabangsa, Kabinet telah memberi kelulusan untuk mempermudahkan prosedur kemasukan pelajar antarabangsa ke insititusi pendidikan tinggi di Malaysia.

  2. Kemudahan baharu yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kepada pelajar antarabangsa adalah seperti berikut:
    1. Pelajar antarabangsa dibenarkan memohon sendiri pas pelajar secara online kepada Education Malaysia Global Services (EMGS); dan
    2. Tempoh pas pelajar antarabangsa dikeluarkan mengikut tempoh pengajian yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) dan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK).

  3. Penambahbaikan kepada kaedah sedia ada ini adalah hasil daripada kerjasama KPT dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Luar Negeri (KLN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan EMGS.

  4. Pelajar antarabangsa dikehendaki mematuhi syarat-syarat berikut:

    1. Pelajar dikehendaki mengikuti kursus pengajian secara sepenuh masa berdasarkan tahap yang dinyatakan dalam Kerangka Kelayakan Malaysia.
    2. Bagi permohonan baharu, pelajar perlu mendapatkan surat tawaran kursus pengajian dari IPT yang dipohon dan memiliki passport atau dokumen perjalanan yang masih dalam tempoh sah laku.
    3. Bagi pelajar sedia ada, pas pelajar akan diberi mengikut baki tempoh pengajian sebagaimana dinyatakan dalam surat tawaran tertakluk pada tempoh sah laku passport atau dokumen perjalanan.

  5. Kemudahan yang diberikan ini akan berkuat kuasa mulai 15 Mac 2016 dan terpakai kepada semua IPT yang beroperasi di Semenanjung Malaysia sahaja. Garis panduan berhubung perkara ini telah dikeluarkan pada 11 Mac 2016. 



    KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
    Putrajaya

    14 Mac 2016

Cetak Emel

...

...

...

Baca Seterusnya

ArrowArrow
Shadow
Slider