KPT Ke Arah Pensijilan Amalan 5S

Dalam hala tuju untuk mendapatkan Pensijilan 5S di Kementerian Pengajian Tinggi, pelbagai aktiviti – aktiviti yang telah dijalankan. Antaranya taklimat – taklimat kesedaran 5S, bengkel dan latihan 5S, penubuhan Jawatankuasa 5S, penubuhan sebanyak 32 zon 5S yang merangkumi semua bahagian di KPT, penghasilan Buku Garis Panduan 5S KPT, Lawatan Benchmarking 5S ke Kementerian Kewangan dan MOSTI, pelaksanaan Audit Dalam 5S, Gotong- Royong perdana dan gotong-royong bulanan, dan banyak lagi aktiviti -aktiviti promosi 5S yang telah dijalankan selama ini.
Dikenali sebagai “Kaizen” di Jepun, 5S merupakan satu metodologi yang diperkenalkan oleh Dr.Thuciya yang menekankan tentang amalan penjagaan di tempat kerja dengan menggunakan tentang amalan penjagaan di tempat kerja dengan menggunakan 5 elemen bermula dengan abjad ‘S’ iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam, dan Sentiasa Amal. Amalan ini amat berkesan dalam usaha memotivasikan pekerja, meningkatkan produktiviti, membentuk persekitaran kerja yang selamat dan melahirkan budaya tolong menolong. Manakala barang – barang yang perlu dilupuskan haruslah berdasarkan Tatacara Pelupusan Aset Kerajaan.
Audit Pensijilan 5S oleh pasukan Auditor dari MAMPU, Jabatan Perdana Menteri akan diadakan pada 21 Februari 2012 (Selasa) dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Seluruh warga KPT sedang giat dan bertungkus lumus membuat persiapan terakhir sebelum menghadapi Sesi Audit 5S pada 21 Februari 2012.
Muat turun ›












































