Permohonan Mengikuti Pengajian di Institusi Pengajian Tinggi di Timur Tengah
A. Syarat Permohonan dan Pendaftaran Pelajar Perubatan Universiti di Mesir Sesi Akademik 2012/2013
1. Pemohon yang ingin mengikuti pengajian bidang perubatan di universiti Mesir hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Mesir iaitu :
- Memperolehi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi 8 Kepujian dengan mendapat sekurang-kurangnya B4 (SPM sebelum tahun 2009) atau B (SPM tahun 2011) dalam; (Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah).
2. Semua pemohon yang memohon untuk pengajian ke Mesir perlu menghadiri Kursus Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara yang dikendalikan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
3. Pemohon juga hendaklah memenuhi semua syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti di Mesir.
Tarikh tutup permohonan: 1 Jun 2012
Muat turun › Borang Permohonan dan Pendaftaran Pelajar Perubatan Universiti di Mesir
B. Syarat Permohonan dan Pendaftaran Pelajar ke Universiti di Jordan Sesi Akademik 2012/2013
1. Pemohon yang ingin mengikuti pengajian di universiti Jordan peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi seperti berikut:
i. Perubatan dan Pergigian
Pemohon yang ingin mengikuti pengajian bidang perubatan atau pergigian di universiti Jordan hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan iaitu :
- Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya 90% bagi keseluruhan mata pelajaran SPM termasuk lima (5) mata pelajaran sains (Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, dan Matematik Tambahan) atau
- Memperoleh sekurang-kurangnya A- bagi semua mata pelajaran di peringkat SPM.
ii. Pengajian Islam
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh kepujian bagi semua mata pelajaran (khusus mata pelajaran Bahasa Arab) berkaitan bagi semua bidang pengajian di peringkat SPM.
2. Semua pemohon yang memohon untuk pengajian ke Mesir perlu menghadiri Kursus Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara yang dikendalikan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Tarikh tutup permohonan: 18 Mei 2012
Muat turun › Borang Permohonan dan Pendaftaran Pelajar ke Universiti di Jordan
C. Syarat Permohonan dan Pendaftaran Pelajar ke Universiti di Morocco Sesi Akademik 2012/2013
1. Pemohon yang ingin mengikuti pengajian di universiti Morocco peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi seperti berikut:
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2011) dengan memperoleh lima (5) Kepujian; dan mendapat B bagi subjek Bahasa Arab. Pemohon yang Mempunyai sijil (SPM) selain daripada tahun 2011 anda TIDAK LAYAK untuk memohon.
2. Semua pemohon yang memohon untuk pengajian ke Morocco perlu menghadiri Kursus Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara yang akan dikendalikan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
3. Pemohon juga hendaklah memenuhi semua syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti di Morocco.
Tarikh tutup permohonan: 8 Jun 2012
Muat turun › Borang Permohonan dan Pendaftaran Pelajar ke Universiti di Morocco
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian:
03-8870 6611 – Mohd Zahiruddin
03-8870 6627 – Mohd Amir Syafizi
03-8870 6622 – Mariatul












































