QUICK  LINKS

online tendermoheref docstaff directorycareer oppsso10

 

 
 
default
red
black
 
 
 
 

MOHE  Highlights

 
 
 
 

SYARAT PERMOHONAN DAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR BAGI PENGAJIAN ISLAM SESI AKADEMIK 2012/2013

1. Memiliki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperoleh sekurang kurangnya pangkat MAQBUL. Pemohon yang tidak mempunyai sijil (STAM) TIDAK LAYAK untuk memohon ke Universiti Al-Azhar.

 

PERHATIAN:

Sijil Tinggi Agama Islam (STAM) yang diterima hanya untuk tahun 2010 & 2011 sahaja. Bagi sijil (STAM) yang lewat tempoh tersebut akan dikenakan bayaran denda sebanyak LE50.00 bagi setiap tahun yang lewat.

(*Bayaran denda lewat adalah ditanggung sendiri oleh pelajar)

2. Adalah dimaklumkan pelajar yang memohon untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Pengajian Islam/Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar bagi sesi 2012/2013, perlu menduduki peperiksaan kelayakan (Imtihan Qabul). Peperiksaan  kelayakan tersebut    adalah bertujuan untuk memastikan tahap penguasaan Bahasa Arab pelajar-pelajar yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar adalah cemerlang.

3. Semua pemohon yang memohon untuk pengajian ke Mesir perlu menghadiri Kursus Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara yang dikendalikan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

4. Pemohon juga hendaklah memenuhi semua syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti Al-Azhar.

5. Borang Permohonan dan Pendaftaran Pelajar ke Universiti di Mesir akan dikeluarkan selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan. Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web jpt.mohe.gov.my

6. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian 03-8870 6611/6631/6627.

 

SYARAT PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR PERUBATAN UNIVERSITI DI MESIR SESI AKADEMIK 2012/2013

1. Pemohon yang ingin mengikuti pengajian bidang perubatan di universiti Mesir hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Mesir iaitu mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi 8 Kepujian dengan mendapat sekurang-kurangnya B4(SPM sebelum tahun 2009) atau B (SPM tahun 2011)dalam;

(Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah).

2. Semua pemohon yang memohon untuk pengajian ke Mesir perlu menghadiri Kursus Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara yang dikendalikan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

3. Pemohon juga hendaklah memenuhi semua syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti di Mesir.

4. Borang Permohonan dan Pendaftaran Pelajar ke Universiti di Mesir akan dikeluarkan selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan. Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web jpt.mohe.gov.my

5. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian 03-8870 6611/6631/6627.

 

 

SYARAT PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR PERUBATAN UNIVERSITI DI JORDAN SESI AKADEMIK 2012/2013

1. Pemohon yang ingin mengikuti pengajian di universiti Jordan peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi seperti berikut:

i.                   Perubatan dan Pergigian

Pemohon yang ingin mengikuti pengajian bidang perubatan atau pergigian  di universiti Jordan hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan iaitu mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya 90% bagi keseluruhan mata pelajaran SPM  termasuk lima (5) mata pelajaran sains (Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, dan Matematik Tambahan) ATAU

Memperoleh sekurang-kurangnya A- bagi semua mata pelajaran di peringkat SPM

ii.                 Pengajian Islam

Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh kepujian bagi semua mata pelajaran ( khusus mata pelajaran Bahasa Arab ) berkaitan bagi semua bidang pengajian di peringkat SPM.

2. Semua pemohon yang memohon untuk pengajian ke Jordan perlu menghadiri Kursus Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara yang akan dikendalikan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

3. Pemohon juga hendaklah memenuhi semua syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti di Jordan.

4. Borang Permohonan dan Pendaftaran Pelajar ke Universiti di Jordan akan dikeluarkan selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan. Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web jpt.mohe.gov.my

5. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian 03-8870 6611/6631/6627.

 

SYARAT PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR DI UNIVERSITI MOROCCOSESI AKADEMIK 2011/2012

1. Pemohon yang ingin mengikuti pengajian di universiti Morocco peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi seperti berikut:

i)       Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2011) dengan memperoleh lima (5) Kepujian; dan mendapat B bagi subjek Bahasa Arab. Pemohon yang  Mempunyai sijil (SPM) selain daripada tahun 2011 anda TIDAK LAYAK untuk memohon.

2. Semua pemohon yang memohon untuk pengajian ke Morocco perlu menghadiri Kursus Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara yang akan dikendalikan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

3. Pemohon juga hendaklah memenuhi semua syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti di Morocco.

4. Borang Permohonan dan Pendaftaran Pelajar ke Universiti di Morocco hanya akan dikeluarkan selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan. Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web jpt.mohe.gov.my

5. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian 03-8870 6611/6631/6627.

 

Muat Turun Borang:

Borang Permohonan Dan Pendaftaran Pelajar Ke Universiti Di Jordan

Borang Permohonan Dan Pendaftaran Pelajar Perubatan Universiti Di Mesir

 

 
 

Announcement

Semakan Panggilan Temu Duga : MyBrainSc Tahun 2014 2013-06-18 - Biasiswa MyBrainSc ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian...
Keputusan Permohonan MIS, CSFP dan MTCP 2013 2013-06-17 - APPLICATION RESULT FOR MALAYSIA INTERNATIONAL SCHOLARSHIP (MIS), COMMONWEALTH SCHOLARSHIP AND...
Semakan Panggilan Temu Duga : Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Bagi Kakitangan Bukan Akademik IPTA Tahun 2014 2013-06-17 - TAWARAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN PERINGKAT SARJANA DAN PhD BAGI KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK IPTA KEMENTERIAN...
Semakan Panggilan Temu Duga : Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Bagi Pppt Tahun 2014 2013-06-17 - TAWARAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT SARJANA DAN PhD BAGI SKIM PERKHIDMATAN...
 
 
more ›
akept educationmalaysia eperolehan hrmis jabkk jpt ksn kwsp upu mpn mqa mygov myren
         politeknikb  psptn  ptptn  satumalaysia ytar