Header01 BM

    Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Bagi Sesi Pengajian Tahun 2016 & 2017

    Tajuk : Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) Bagi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (Pensyarah) Sesi Pengajian Tahun 2017
    Pautan : https://biasiswa.mohe.gov.my/hlp
    Tarikh Tamat Hebahan : 24 April 2016

    Tajuk : Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Separa Biasiswa (SB) Bagi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (Pensyarah) Sesi Pengajian Tahun 2016
    Pautan : https://biasiswa.mohe.gov.my/hlp
    Tarikh Tamat Hebahan : 24 April 2016

    Tajuk : Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Bagi Kakitangan Bukan Akademik IPTA Sesi Pengajian Tahun 2017
    Pautan : https://biasiswa.mohe.gov.my/hlp
    Tarikh Tamat Hebahan : 24 April 2016

    Gangguan Capaian Perkhidmatan Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi

    kpt

    Perhatian Kepada

    Semua Pengguna perkhidmatan Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi.



    Tarikh/Masa Mula

    14 April 2016 (KHAMIS) / 6.00 petang



    Jangkaan Tarikh/Masa Tamat

    14 April 2016 (KHAMIS) / 8.00 malam



    Kerja-kerja/tujuan/sebab

    Adalah dimaklumkan bahawa capaian ke portal rasmi Kementerian akan mengalami gangguan berikutan kerja-kerja penyelenggaraan berjadual bagi pelayan portal rasmi tersebut yang akan dilaksanakan pada tarikh dan masa seperti dinyatakan di atas.



    Kesan kepada pengguna yang terlibat

    Sehubungan itu, sepanjang tempoh yang dinyatakan di atas, akan terdapat gangguan capaian ke atas portal rasmi tersebut.

    Adalah dinasihatkan supaya semua capaian dilakukan sebelum atau selepas pada waktu yang dinyatakan.



    Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi kami melalui :

    Khidmat Meja Bantuan Unit Pusat Data, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pendidikan Tinggi.

    E-mel    : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    Telefon :  03 – 8870 6028 / 4857 / 6030





    PELANTIKAN YBHG. DATIN PADUKA PROFESOR DR AINI IDERIS SEBAGAI NAIB CANSELOR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

    Logo KPT 138x100   Black

     

    KENYATAAN MEDIA
    PELANTIKAN YBHG. DATIN PADUKA PROFESOR DR AINI IDERIS SEBAGAI NAIB CANSELOR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)


    Dengan sukacitanya, Kementerian Pendidikan Tinggi ingin mengumumkan pelantikan YBhg. Datin Paduka Profesor Dr. Aini Ideris sebagai Naib Canselor UPM, bagi tempoh selama dua (2) tahun, berkuatkuasa mulai 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2017.

    Anak kelahiran Kelantan ini telah menunjukkan daya kepimpinan yang tinggi sejak di bangku sekolah apabila telah diterima masuk ke Sekolah Tun Fatimah, Johor Baharu dan aktif dalam bidang ko-kurikulum dan cemerlang dalam bidang akademik.

    Beliau mempunyai kelayakan akademik Ijazah Doktor Perubatan Veterinar (DVM), Universiti Pertanian Malaysia, Master Sains Veterinar (MVSc) (Perubatan Avian), Liverpool University England dan Ph.D. (Perubatan Avian) juga dari Universiti Pertanian Malaysia. Di samping itu, beliau juga pernah dianugerahkan Asian Development Bank Fellowship untuk melanjutkan pengajian pasca kedoktoran di Cornell University, Amerika Syarikat.

    Sebelum ini, beliau menjawat jawatan Pengarah Pejabat Strategi Korporat & Komunikasi, UPM dan mempunyai pengalaman yang luas sebagai pentadbir di UPM. Antara jawatan utama yang pernah disandang beliau di UPM ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Pengerusi Hospital Pengajaran Veterinar, Timbalan Dekan Fakulti Perubatan Veterinar, Dekan Sekolah Pengajian Siswazah dan Pengerusi Lembaga Pengarah UPM Holdings.

    Kepakaran beliau dalam bidang veterinar diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa apabila diberikan kepercayaan untuk menganggotai pelbagai Jawatankuasa di Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Pertanian. Selain itu, beliau juga pernah dilantik sebagai Fellow Akademi Sains Malaysia, dan merupakan Fellow Pengasas Malaysian College of Veterinary Specialists (FMCVS) dan Fellow Malaysian Scientific Association (FMSA). Datin Paduka Prof. Dr. Aini juga merupakan Ahli Lembaga Governan International Medical University (IMU) dan International Medical College (IMC), Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Putra Business School dan UPM Education & Training serta ahli Majlis Malaysian Cancer Reserch Institute (MCRI).

    Kementerian Pendidikan Tinggi juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Profesor Datuk Dr Mohd Fauzi Hj Ramlanatas khidmat bakti beliau sepanjang menjawat jawatan Naib Canselor UPM mulai 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2015.Justeru, adalah menjadi harapan Kementerian agar budaya kecemerlangan beliau diteruskan oleh kepimpinan baharu UPM.


    Kementerian Pendidikan Tinggi
    Putrajaya 

    8 Januari 2016

    PELANTIKAN YBHG. PROFESOR EMERITUS DATO’ DR HASSAN BIN SAID SEBAGAI NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM)

    Logo KPT 138x100   Black

     

    KENYATAAN MEDIA
    PELANTIKAN YBHG. PROFESOR EMERITUS DATO’ DR HASSAN BIN SAID SEBAGAI
    NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM)


    Dengan sukacitanya, Kementerian Pendidikan Tinggi ingin mengumumkan pelantikan YBhg. Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan bin Said sebagai Naib Canselor UiTM yang ke-9, berkuatkuasa 1 Februari 2016.

    Sebelum pelantikan ini, Prof. Emeritus Dato’ Dr Hassan Said menyandang jawatan sebagai Naib Canselor dan Presiden, Universiti Taylor's dan beliau juga merupakan mantan Ketua Pengarah Pengajian Tinggi antara Januari 2005 hingga April 2008.

    Prof. Emeritus Dato’ Dr Hassan Said memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang matematik daripada University of Manchester (1979), ijazah sarjana sains daripada Brunel University, United Kingdom (1981) dan ijazah kedoktoran falsafah, juga daripada Brunel University (1984) dengan pengkhususan dalam bidang Computer Aided Geometric Design. Beliau telah memulakan kerjaya sebagai pensyarah matematik di Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1984, kemudiannya dilantik sebagai dekan fakulti pada tahun 1990 dan Timbalan Naib Canselor (Akademik) USM pada tahun 1995, sebelum dipinjamkan ke Kementerian pada tahun 1998 sebagai pengarah bahagian.

    Kementerian juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Tan Sri Dato' Sri Prof Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar, Naib Canselor UiTM ke-8, yang akan tamat tempoh perkhidmatan beliau sebagai Naib Canselor pada 31 Disember 2015 ini. 

    YBhg. Tan Sri Dato' Sri Prof Ir. Dr. Sahol Hamid, yang telah berkhidmat sebagai Naib Canselor UiTM mulai 1 Januari 2010,  telah banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan UiTM sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang tersohor di negara dan juga di persada antarabangsa, dan juga kepada kemajuan anak-anak bumiputera. Terima kasih diucapkan kepada YBhg Tan Sri Dato’ Sri Prof Ir. Dr. Sahol Hamid.

    Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof Emeritus Dato’ Dr Hassan Said atas pelantikan sebagai Naib Canselor UiTM. Dengan rekod kepimpinan dan pencapaian pendidikan yang cemerlang, Kementerian yakin bahawa pelantikan Prof Dato' Dr. Hassan akan dapat melonjakkan UiTM ke tahap yang lebih tinggi.


    "Soaring Upwards"

    Kementerian Pendidikan Tinggi
    Putrajaya 

    14 Disember 2015

    KEBAJIKAN PELAJAR SENTIASA MENJADI KEUTAMAAN

    Logo KPT 138x100   Black

     

    KENYATAAN AKHBAR
    YB MENTERI PENDIDIKAN TINGGI
    UNIVERSITI PRIHATIN
    Kebajikan Pelajar Sentiasa Menjadi Keutamaan



    1.    Sepertimana ramai rakyat Malaysia, saya turut tersentuh hati apabila membaca laporan akhbar mengenai mahasiswa Universiti Awam (UA) yang menghadapi kesulitan dan isu kesihatan kerana kelaparan.

    2.    Pada masa yang sama, saya cukup berbangga apabila mendapat berita bahawa pihak universiti, termasuk pensyarah dan staf, serta mahasiswa (Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Exco Pelajar Kolej, dan persatuan-persatuan pelajar) menghulurkan bantuan kepada rakan-rakan mereka yang kesempitan duit melalui pelbagai program kebajikan. Saya difahamkan bahawa kebanyakan program kebajikan telah dilaksanakan sejak dahulu lagi, dan ada juga program-program yang baru diwujudkan.

    3.    Secara keseluruhannya, saya ingin mengatakan bahawa kesemua Institusi Pendidikan Tinggi Negara, daripada Universiti Awam (UA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) hinggalah ke Politeknik dan Kolej Komuniti, amat PRIHATIN dan KOMITED membantu meringankan beban yang dihadapi mahasiswa.

    4.    Rakyat Malaysia, tidak kira bangsa atau agama, sememangnya golongan yang murah hati.

    5.    Susulan daripada kenyataan saya pada 9 Januari 2016 di mana saya telah memberi syor untuk membantu mahasiswa yang kelaparan, saya telah mengadakan perjumpaan bersama beberapa Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (TNC HEPA) Universiti Awam untuk membincangkan isu ini.

    6.    Kami telah membincangkan beberapa isu termasuk usaha-usaha kebajikan di peringkat Universiti Awam, masalah yang dihadapi pelajar dan sebab-sebab mengapa mereka boleh lapar sampai ke tahap sebegitu, cara untuk meningkatkan dan membantu mengesan pelajar untuk mendapatkan bantuan, peranan UA menyediakan peluang pekerjaan dalam kampus dan sebagainya.


    KEBAJIKAN PERLINDUNGAN

    7.    Ingin saya berkongsi di sini bahawa sepanjang tahun 2015, usaha-usaha membantu golongan mahasiswa yang memerlukan bantuan bersifat perlindungan amatlah baik sekali.

    a.    Secara keseluruhannya, Tabung Kebajikan Mahasiswa seluruh Universiti Awam berjumlah sebanyak RM 15,279,291.84 dengan RM5,228,353.50 dibelanja pada tahun 2015.

    b.    Seramai 31,776 mahasiswa telah menerima bantuan kebajikan termasuk bantuan kewangan untuk pelajar miskin, khairat dan lain-lain seperti pembayaran yuran pengajian, yuran hospital dan perubatan, serta bantuan kewangan disebabkan ahli keluarga yang meninggal dunia.

    c.    Staf universiti menyumbang gaji mereka untuk kebajikan mahasiswa melalui pemotongan gaji atau derma kebajikan.

    d.    Program-program Amal seperti Makanan Percuma, Suspended Meals dan lain-lain juga dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar, Kolej Kediaman dan Persatuan Pelajar.

    8.    Ingin juga saya memaklumkan bahawa tabung kebajikan sedia ada di setiap UA mempunyai dana yang mencukupi untuk membantu mahasiswa dari segi kebajikan perlindungan.


    KEBAJIKAN PRODUKTIF

    9.        Pada masa yang sama, saya telah meminta setiap UA untuk meningkatkan usaha-usaha kebajikan produktif mereka.

    10.      Kebajikan Produktif merupakan usaha melengkapkan mahasiswa dengan kemahiran yang diperlukan untuk menangani isu-isu seperti kekurangan duit. Contoh kebajikan produktif adalah Program Pembangunan Kemahiran Mahasiswa (PPKM) yang dijalankan di beberapa UA dan juga penyediaan peluang pekerjaan dalam kampus.

    11.      Pada tahun 2015, seramai 6,813 mahasiswa bekerja sambilan/sementara di UA bagi membantu mereka menampung kos sara hidup, dan pada masa yang sama menimba pengalaman pekerjaan. Kerja termasuk sebagai tutor, bekerja di pejabat, pembantu makmal dan sebagainya.

    12.      Teringat ketika saya belajar dulu, saya pernah bekerja di stesen pam minyak, di Dominos Pizza sebagai delivery boy, dan juga di sebuah Country Club sebagai jockey kereta. Saya bekerja untuk mendapatkan duit tambahan untuk membiayai kehidupan dan keluarga. Sememangnya, bekerja sambil belajar merupakan cabaran. Namun, dengan pengurusan masa yang baik, ianya menjadi satu pengalaman yang berharga.


    PELAJAR PERLU TAMPIL KE HADAPAN

    13.  Setiap UA mempunyai pangkalan data mahasiswa berkeperluan dan golongan miskin ataupun Bottom 40 (B40). UA sentiasa bersedia membantu mereka serta berusaha untuk mengesan mahasiswa yang bekeperluan.

    14.  Akan tetapi, kadang kala berkemungkinan akan ada mahasiswa yang tercicir daripada radar pihak Kementerian dan UA, menyebabkan bantuan tidak kesampaian. Senario ini akan terus terjadi sekiranya mahasiswa sendiri berdiam diri ataupun malu.

    15.  Oleh itu, saya ingin menyeru mahasiswa yang menghadapi kekangan kewangan untuk tampil berjumpa dengan pejabat TNC HEPA UA masing-masing agar kami dapat menyampaikan bantuan. Mahasiswa juga boleh berkomunikasi melalui pensyarah, MPP ataupun rakan-rakan yang saya yakini akan membantu. Persatuan pelajar, NGO dan orang awam juga diseru untuk menyampaikan maklumat pelajar kepada Kementerian atau pejabat TNC HEPA.

    PENUTUP

    16.  Dalam kenyataan ini juga, saya ingin menyeru supaya Media Massa termasuk Media Sosial agar memainkan peranan dalam membantu menyebar luaskan mekanisme kebajikan mahasiswa yang telah pun sedia wujud di setiap universiti.

    17.  Saya juga ingin meminta agar isu ini tidak disensasikan dan agar tiada pihak yang mengeksploitasikan keadaan. Pastikan kesahihan fakta sebelum menyebarkannya. Mohon melapor dengan tepat dan adil.

    18.  Saya yakin UA, MPP dan warga Pendidikan Tinggi berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu golongan mahasiswa yang memerlukannya. Janganlah mensensasikan isu ini sehinggakan menimbulkan persepsi negatif dikalangan Rakyat.

    19.  Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada kesemua pihak yang terlibat dalam usaha menjamin kebajikan mahasiswa. Moga usaha diberkati dan diteruskan.

    Sekian, terima kasih.


    YB DATO’ SERI IDRIS JUSOH
    MENTERI PENDIDIKAN TINGGI
    PUTRAJAYA

    13 JANUARI 2016

    Iklan Kekosongan Jawatan di Pejabat Pengurusan Program (PMO), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

    Logo KPT 200x200   Black

    IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN
    PENGISIAN SECARA PERTUKARAN SEMENTARA/ PEMINJAMAN

    Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam  Persekutuan/ Perkhidmatan Awam Negeri/ Badan Berkanun/ Pihak Berkuasa Tempatan bagi mengisi jawatan di Pejabat Pengurusan Program (PMO), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

    BIL.JAWATAN
    1 KETUA PROGRAM GRED 54 (TERBUKA), PMO, KPT
    2 PENOLONG KETUA PROGRAM GRED 48 (TERBUKA), PMO, KPT
    Klasifikasi
    Terbuka
    Gred
    48/54
    Kumpulan
    Pengurusan dan Profesional
    Taraf  Jawatan
    Pertukaran Sementara/ Peminjaman
    Tempoh
    2 Tahun
    Kaedah Pengisian
    Pertukaran sementara/ peminjaman pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan/ Perkhidmatan Awam Negeri/ Badan Berkanun/ Pihak Berkuasa Tempatan
    Insentif Tambahan
    RM450 hingga RM500 (mengikut gred hakiki calon)
    Penempatan
    Kementerian Pendidikan Tinggi
    Pejabat Pengurusan Program (PMO)
    Aras 11, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
    62200 PUTRAJAYA

    SYARAT-SYARAT UMUM

    1. Pegawai terdiri daripada warganegara Malaysia;

    2. dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan;

    3. mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan 85% dan ke atas bagi tempoh genap tiga (3) tahun berturut-turut (2013, 2014 dan 2015) dalam skim perkhidmatan terkini;

    4. bebas daripada sebarang tindakan tatatertib; dan

    5. pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) apabila dipinjamkan ke gred yang lebih tinggi hendaklah telah berkhidmat di gred jawatan hakiki tidak kurang daripada lima (5) tahun kecuali:

      1. memiliki kelayakan akademik di peringkat ijazah Doktor Falsafah, tidak kurang daripada dua (2) tahun; atau

      2. memiliki kelayakan akademik di peringkat ijazah Sarjana, tidak kurang daripada tiga (3) tahun.

    SYARAT-SYARAT KHUSUS

    1. Ketua Program Gred 54 (Terbuka)

      1. terdiri daripada pegawai yang berada di Gred 51/52 hingga Gred 53/54 atau setaraf

    2. Ketua Program Gred 48 (Terbuka)

      1. terdiri daripada pegawai yang berada di Gred 43/44 hingga Gred 47/48 atau setaraf

    DESKRIPSI TUGAS DI PEJABAT PENGURUSAN PROGRAM (PMO), KPT

    1. Mewujudkan kemuafakatan pintar dalam memastikan pelaksanaan program PPPM(PT) dilaksanakan mengikut jadual;

    2. Menambah baik perancangan dan pelaksanaan PPPM(PT) berdasarkan keperluan dari semasa ke semasa;

    3. Menyelaras dan memantau kemajuan pelaksanaan pengajian tinggi negara melalui aktiviti penilaian, KPI dan pengesanan program;

    4. Menyediakan laporan kemajuan PPPM(PT) secara berkala;

    5. Menjadi urus setia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Teknikal PPPM(PT) dan Mesyuarat Putrajaya Higher Education Task Force (PHETF);

    6. Bekerjasama dengan agensi pusat, PEMANDU, Koridor Pembangunan, swasta dan NGO di dalam dan luar negara berkaitan kemajuan pendidikan tinggi;

    7. Menyediakan maklumat dan memberi khidmat kepakaran berkaitan pelaksanaan PPPM(PT);

    8. Mengendalikan aktiviti serantau berkaitan PPPM(PT) kepada pelbagai pihak;

    9. Melaksanakan progam kesedaran berkaitan PPPM(PT) kepada pihak yang berkaitan;

    10. Menyampaikan taklimat PPPM(PT) kepada pelawat dalam dan luar negara dari semasa ke semasa; dan

    11. Membuat penerbitan berkaitan PPPM(PT) untuk hebahan dan informasi awam.

    CARA MEMOHON

    1. Calon-calon yang berminat hendaklah mengemukakan Borang Permohonan dan resume/ cv secara atas talian melalui pautan berikut:
      https://www.cognitoforms.com/PMOKPT/BORANGPERMOHONAN

    2. Tarikh tutup permohonan : 15 April 2016

    3. Calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi oleh Kementerian ini bagi sesi temuduga.

    4. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, sila hubungi Encik Nor Fauzan Bin Daud (03-88705212) atau Puan Darina Binti Hashim (03-88705218) di Unit Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

    Muat turun Iklan Kekosongan Jawatan Pengisian Secara Pertukaran Sementara/ Peminjaman di atas: pdf Iklan Jawatan Kosong di PMO, KPT (166 KB)

    Keputusan Layak Memohon Ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Morocco) bagi Sesi Kemasukan 2016/2017

    1. Sukacita dimaklumkan keputusan layak memohon ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Morocco) bagi sesi kemasukan 2016/2017 boleh disemak pada 30 Mac 2016 melalui https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah

    2. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan bolehlah merujuk kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi di talian 03-8870 6226/6627.
    Bahagian Education Malaysia
    Jabatan Pendidikan Tinggi
    Kementerian Pendidikan Tinggi
    Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
    Presint 5, 62200 Putrajaya.

    Iklan Jawatan Kosong di Education Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi

    Kementerian Pendidikan Tinggi mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan di Education Malaysia (EM) Kementerian Pendidikan Tinggi, seperti berikut:

    1. Pengarah Gred 52/54 (Terbuka) di EM Mesir;
    2. Pengarah Gred 48 (Terbuka) di EM Dubai; dan
    3. Atase Pendidikan Agama Gred 41/44 (Terbuka) di EM Washington

    Berikut adalah syarat-syarat umum permohonan:

    1. pegawai terdiri daripada warganegara Malaysia;
    2. pegawai telah dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan;
    3. mempunyai prestasi kerja di tahap 85% dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga tahun berturut-turut (Tahun 2013, 2014 dan 2015);
    4. mempunyai kompetensi yang sesuai dengan bidang tugas yang dipohon;
    5. bebas daripada sebarang tindakan tatatertib; dan
    6. pegawai dan ahli keluarga (jika berkaitan) mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit yang berpanjangan.

    Berikut adalah syarat-syarat utama:

    1. Pengarah Gred 52/54 (Terbuka)
      1. terdiri daripada pegawai yang berada di Gred 52/54 atau setaraf;
    2. Pengarah Gred 48 (Terbuka)
      1. terdiri daripada pegawai yang berada di Gred 48 atau setaraf;
    3. Atase Pendidikan Agama (Terbuka)
      1. terdiri daripada pegawai yang berada di Gred 41/44 atau setaraf; dan
      2. memiliki pengalaman dan sumbangan dalam bidang berkaitan bimbingan agama islam;
      dan;
    4. Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) apabila dipinjamkan ke gred yang lebih tinggi hendaklah telah berkhidmat di gred jawatan hakiki tidak kurang daripada lima (5) tahun kecuali:
      1. memiliki kelayakan akademik di peringkat ijazah Doktor Falsafah, tidak kurang daripada dua (2) tahun; atau
      2. memiliki kelayakan akademik di peringkat ijazah Sarjana, tidak kurang daripada tiga (3) tahun;
    5. mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan Kerajaan dan baki perkhidmatan sekurang-kurangnya 5 tahun sebelum mencapai tarikh persaraan paksa;
    6. mempunyai pengalaman dalm tugas pentadbiran, pengurusan kewangan, pengurusan aset, promosi dan pemasaran serta jaringan kolaborasi antarabangsa;
    7. penguasaan Bahasa Inggeris yang baik; dan
    8. penguasaan bahasa rasmi negara yang dipohon adalah satu kelebihan.

    Keutamaan diberi kepada pemohon-pemohon berikut:

    1. mempunyai pengetahuan dan pengalaman tentang jenis kerja yang perlu dilaksanakan seperti pengurusan dan pentadbiran pejabat, hal ehwal pelajar, pengurusan kewangan, akaun, tugas promosi dan pemasaran serta jaringan kolaborasi antarabangsa;
    2. mempunyai perwatakan dan peribadi yang sesuai sebagai seorang Pegawai Perwakilan Luar Negeri, berdikari dan boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum; dan
    3. berkebolehan bertutur dengan fasih dan menulis dengan baik dalam Bahasa Inggeris serta bahasa rasmi negara yang dipohon.

    Cara Memohon:

    1. semua permohonan hendaklah menggunakan pdf Borang Permohonan KPT.S.500/8/2/6 Jld.6 [pindaan 2014] (107 KB) yang boleh dimuat turun melalui laman web Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu www.mohe.gov.my;
    2. permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan seperti berikut:
      1. senarai tugas pegawai terkini;
      2. satu (1) salinan maklumat peribadi (resume) yang terkini beserta pengalaman perkhidmatan mengikut susunan tarikh daripada yang terkini;
      3. satu (1) salinan Sijil/Diploma/Ijazah yang berkaitan yang disahkan;
      4. satu (1) salinan Laporan Pengisytiharan Harta yang disahkan oleh Ketua Jabatan;
      5. satu (1) salinan Buku Rekod Perkhidmatan yang lengkap (bermula perkhidmatan sehingga yang terkini);
      6. Satu (1) salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (Tahun 2013, 2014 dan 2015); dan
    3. semua permohonan yang lengkap diisi beserta dokumen-dokumen yang diperlukan dan hendaklah disokong dan dikemukakan melalui Ketua Jabatan (covering letter) kepada:
      Ketua Setiausaha
      Kementerian Pendidikan Tinggi
      Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
      Aras 15, No. 2, Menara 2
      Jalan P5/6, Presint 5
      62200 W.P. PUTRAJAYA
      (u.p: Urusan Pengambilan EM)

    Tarikh Tutup Permohonan
    Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 8 April 2016 (Jumaat). Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima daripada tarikh yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.

    Temu duga
    Hanya calon yang layak dan disenaraikan pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ditemu duga. Permohonan adalah dianggap tidak berjaya sekiranya pemohon tidak menerima sebarang panggilan ke temu duga dalam tempoh setahun (1) daripada tarikh tutup permohonan.

    Pertanyaan
    Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pihak Urus Setia melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

    Segala kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan berkenaan perkara ini amat dihargai dan didahulukan ucapan terima kasih.

    Muat turun:
    pdf Surat Iklan Kekosongan Jawatan Di Education Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi (729 KB)
    pdf Borang Permohonan Pengisian Jawatan Di Education Malaysia, KPT.S.500/8/2/6 Jld.6 [pindaan 2014] (107 KB)

    Iklan Jawatan Kosong KPSUK di BPI, JPT, KPT

    Logo KPT 138x100   Black

    IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN
    PENGISIAN SECARA PERTUKARAN SEMENTARA/ PEMINJAMAN

    Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan/ Perkhidmatan Awam Negeri/ Badan Berkanun/ Pihak Berkuasa Tempatan bagi mengisi jawatan di Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

    BIL.JAWATAN
    1 KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN, UNIT PENYELIAAN DAN PEMANTAUAN, BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN INSPEKTORAT (BPI), JPT, KPT
    Klasifikasi
    Terbuka
    Gred
    52
    Kumpulan
    Pengurusan dan Profesional
    Taraf Jawatan
    Pertukaran Sementara/ Peminjaman
    Tempoh
    2 Tahun
    Kaedah Pengisian
    Pertukaran sementara/ peminjaman pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan/ Perkhidmatan Awam Negeri/ Badan Berkanun/ Pihak Berkuasa Tempatan
    Penempatan
    Kementerian Pendidikan Tinggi
    Jabatan Pendidikan Tinggi
    Bahagian Penguatkuasaan dan Inspektorat
    Aras 5, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
    62200 PUTRAJAYA

    SYARAT-SYARAT

    1. Pegawai terdiri daripada warganegara Malaysia;

    2. dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan;

    3. terdiri daripada pegawai yang berada di Gred 47/48 atau Gred 51/52

    4. mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan 85% dan ke atas bagi tempoh genap tiga (3) tahun berturut-turut (2013, 2014, dan 2015) dalam skim perkhidmatan terkini;

    5. bebas daripada sebarang tindakan tatatertib;

    6. pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) apabila dipinjamkan ke gred yang lebih tinggi hendaklah telah berkhidmat di gred jawatan hakiki tidak kurang daripada lima (5) tahun kecuali:

      1. memiliki kelayakan akademik di peringkat ijazah Doktor Falsafah, tidak kurang daripada dua (2) tahun; atau

      2. memiliki kelayakan akademik di peringkat ijazah Sarjana, tidak kurang daripada tiga (3) tahun.

    7. berpengalaman dalam bidang penguatkuasaan atau undang-undang adalah satu kelebihan.

    DESKRIPSI TUGAS

    1. Merancang aktiviti pemeriksaan dan audit ke atas institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) seperti mana yang diperuntukkan di bawah Akta IPTS 1996 (Akta 555) dan Peraturan-peraturan di bawahnya;

    2. Mengurus dan menyediakan kertas cadangan untuk kelulusan bagi aktiviti pemeriksaan dan audit ke atas IPTS;

    3. Menyelaras aktiviti pemeriksaan dan audit ke atas IPTS berdasarkan sasaran yang ditetapkan;

    4. Menyemak dan mengkaji laporan pemeriksaan dan dapatan audit ke atas IPTS;

    5. Mengambil tindakan susulan terhadap IPTS yang dikenalpasti telah menyalahi peruntukan Akta 555 dan Peraturan-peraturan di bawahnya hasil daripada pemeriksaan dan audit ke atas IPTS;

    6. Merancang pelan tindakan bagi mengesan kesalahan pengiklanan dan mengambil tindakan dengan mengeluarkan Notis Arahan Pengiklanan (NAP) yang menyalahi peruntukan Akta 555 dan Peraturan-peraturan di bawahnya;

    7. Menyelaras dan mengkaji isu-isu berkaitan penguatkuasaan yang menyentuh dasar di bawah Akta untuk dikemukakan dalam forum-forum berkaitan;

    8. Mengkaji dan menyediakan garis panduan, pekeliling, arahan tetap (SOP), instrumen audit serta mekanisme berkaitan penguatkuasaan berdasarkan peruntukan Akta 555 dan Peraturan-peraturan di bawahnya; dan

    9. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (IPTS) dan Pengarah Bahagian.

    CARA MEMOHON :

    1. Calon-calon yang berminat hendaklah mengemukakan Borang Permohonan dan resume/ cv secara atas talian melalui pautan berikut:

      https://www.cognitoforms.com/KPT2/BORANGPERMOHONAN

    2. Tarikh tutup permohonan : 5 April 2016

    3. Calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi oleh Kementerian ini bagi sesi temuduga.

    4. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, sila hubungi Encik Nor Fauzan Bin Daud (03-88705212) atau Puan Darina Binti Hashim (03-88705218) di Unit Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

    Muat turun Iklan ini:
    pdf Iklan Jawatan Kosong KPSUK di BPI, JPT, KPT (96 KB)

    Pemakluman Pengambilan Sijil Qiraat bagi Pelajar Lepasan Universiti Al-Azhar Tahun 2010 hingga 2015

    1.   Sukacita dimaklumkan bahawa bagi pelajar lepasan Universiti Al-Azhar bidang Pengajian Qiraat, saudara/i boleh menuntut Sijil Qiraat melalui Bahagian Education Malaysia di alamat berikut:

    Bahagian Education Malaysia
    Jabatan Pendidikan Tinggi
    Kementerian Pendidikan Tinggi
    Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
    Presint 5, 62200 Putrajaya.

    2.   Saudara/i perlu mengemukakan  kad pengenalan dan salinan kad pengenalan ketika menuntut sijil  tersebut di Bahagian Education Malaysia.

    3.   Bagi yang ingin mewakilkan kepada orang lain untuk mengambil sijilnya, hendaklah mengemukakan surat yang membenarkan wakil mengambil sijil tersebut dengan menyatakan nama dan nombor kad pengenalan wakil dalam surat tersebut. Salinan kad pengenalan wakil juga hendaklah dikepilkan bersama surat.

    4.   Sebarang pertanyaan dan kemusykilan bolehlah merujuk kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi di talian 03-8870 6226/6627.

    Permohonan Melanjutkan Pengajian ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Morocco) bagi Sesi 2016/2017

    Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Morocco) bagi sesi 2016/2017 perlu membuat permohonan secara atas talian di https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah

    Permohonan atas talian akan dibuka pada 04 Mac 2016 (Jumaat) pukul 12.00 tengah hari dan akan ditutup pada 18 Mac 2016 (Jumaat) pukul 12.00 tengah hari.

    Biasiswa Sukan KPT

    Biasiswa Sukan ini merupakan satu galakan kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT. Tawaran Biasiswa Sukan ini terbuka kepada semua atlet yang bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Majlis Sukan Negara (MSN). Penerima Biasiswa Sukan IPT ini tidak mempunyai ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan. Walau bagaimanapun, pemegang adalah digalakkan untuk menyumbang ke arah pembangunan sukan negara apabila tamat pengajian kelak.

    SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

    1. Warganegara Malaysia yang tidak melebihi umur seperti ketetapan berikut pada tarikh tutup permohonan :

      1. 45 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Lanjutan (Sarjana / Dr. Falsafah)

      2. 30 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Pertama

      3. 25 tahun bagi pengajian di peringkat Diploma

    2.  Kursus pengajian adalah terbuka kepada semua bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Malaysian Qualification Agency (MQA) di IPTA, Politeknik dan IPTS (bertaraf Universiti dan Kolej Universiti sahaja). Walau bagaimanapun, bagi kursus kritikal seperti perubatan, farmasi dan pergigian hanya ditawarkan kepada pengajian di IPTA sahaja.

    3. Tidak menerima sebarang tajaan / biasiswa daripada mana-mana institusi / agensi kerajaan / swasta yang lain semasa permohonan dibuat.

    4. Pemohon tidak berkhidmat dengan mana-mana organisasi/ berpendapatan tetap.

    5. Telah mendapat surat tawaran atau sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / Dr. Falsafah dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Tempatan.

    6. Bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT, perlu :

      1. Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi atlet IPT atau memperoleh PNGK 2.00 bagi atlet Negara pada semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan bagi pemohon yang sedang mengikuti pengajian di IPT.

      2. Memiliki baki pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun dan ke atas di mana-mana IPT.

    7. Pelajar masih bergiat aktif sebagai atlet dengan pencapaian  sekurang-kurangnya memenangi pingat dalam Sukan Malaysia (SUKMA)/ Sukan Universiti ASEAN (SUA)/ Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf atau PINGAT EMAS di Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT)  sebelum tarikh tutup permohonan.

    ELAUN DAN KEMUDAHAN

    1. Yuran pengajian dibayar mengikut kadar yang dituntut oleh IPT.

    2. Elaun sara hidup, elaun buku, elaun perkakas, elaun tesis dan elaun latihan amali/ kertas projek adalah mengikut kadar biasiswa dalam negara yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

    3. Elaun Insentif Pencapaian Sukan mengikut kategori yang ditetapkan.

      Kategori 1 (Atlet Elit Antarabangsa) RM 1000 sebulan
      Kategori 2 (Atlet Senior/ Junior Antarabangsa) RM 500 sebulan
      Kategori 3 (Atlet Kebangsaan) RM 250 sebulan
    4. Perlindungan Insuran Sukan dan Kad Perubatan

    KAEDAH PERMOHONAN

    1. Permohonan dibuka secara atas talian bermula pada 15 Mac sehingga 30 Mac 2016.

    2. Permohonan adalah secara atas talian (online) melalui laman sesawang rasmi Kementerian di url https://biasiswa.mohe.gov.my/sukan/

    3. Setiap pemohon hanya layak membuat satu (1) permohonan SAHAJA.

    4. Semakan panggilan temuduga boleh dibuat mulai 7 April 2016 – 14 April 2016 (tertakluk kepada pindaan)

    5. Pemohon yang berjaya dipanggil untuk sesi temuduga DIWAJIBKAN membawa bersama SATU (1) salinan cetakan permohonan dan Surat Tawaran Pengajian yang telah disahkan oleh PEGAWAI SUKAN DARI PUSAT SUKAN IPT masing-masing dan dokumen sokongan yang berkaitan semasa menghadiri temuduga.

    6. Permohonan yang tidak lengkap secara automatik tidak akan dipertimbangkan.

    PERTANYAAN

    Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

    BAHAGIAN SUKAN
    KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA
    ARAS 2, NO.2, MENARA 2, JALAN P5/6,
    PRESINT 5,
    62200 W.P. PUTRAJAYA

    (u.p    : Encik Abu Kasim Bin Hasan/ Puan Nurulhuda Binti Mohd Akhir)
    Tel    : 03-8870 6143 / 6581
    Faks    : 03-8870 6824
    Emel     : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    Hebahan Senarai Nama Peminjam Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP) KPT Yang Tegar (Sehingga 31 Disember 2015)

    Dimaklumkan bahawa senarai yang dilampirkan ini merupakan Senarai Nama Peminjam Tegar Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP) KPT sehingga 31 Disember 2015 yang mengikuti sesi pengajian tahun 1988 sehingga 2012 peringkat sijil di Politeknik dan Kolej Komuniti.

    Sehubungan itu, dipohon kepada penama yang dilampirkan untuk menghubungi Bahagian Biasiswa, KPT dengan kadar segera bagi tujuan pembayaran balik TPP melalui maklumat perhubungan seperti berikut:

    Bahagian Biasiswa
    Kementerian Pendidikan Tinggi
    Aras 2, No. 2, Menara 2,
    Jalan P5/6, Presint 5
    62200 PUTRAJAYA.
    (u.p.: Unit Penguatkuasaan & Kutipan Balik)

    Talian hotline: 03-8888 6787
    Faks: 03-8870 6839
    E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    Facebook : https://www.facebook.com/pembayaranbaliktppkpt

    Sekiranya terdapat kesilapan maklumat pada senarai tersebut, dipohon untuk menghubungi KPT melalui maklumat perhubungan seperti di atas bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil.

    Maklumat lanjut berhubung kaedah bayaran dan semakan penyata boleh disemak melalui pautan berikut:

    https://biasiswa.mohe.gov.my

    Sekian untuk perhatian semua.
    Terima kasih.

    Bahagian Biasiswa
    Kementerian Pendidikan Tinggi

    “Jiwa (roh) seseorang Mukmin itu tergantung kerana hutangnya hingga hutangnya dilunasi”.

    (Hadis Riwayat: At –Tarmidzi, Ibn Majah, dan Al-Baihaqi)

    pdf Senarai Peminjam Tegar TPP KPT Dis 2015 (12.27 MB)

    Tawaran Biasiswa New Zealand Asean Scholar Awards

    Tarikh Tutup
    30 April 2016
    Maklumat Lanjut
    https://www.mfat.govt.nz/en/aid-and-development/scholarships/who-can-apply-for-a-scholarship/malaysia-scholarships/
    Maklumat lanjut dan borang permohonan boleh dicapai di pautan berikut
    https://www.mfat.govt.nz/en/aid-and-development/scholarships/how-to-apply/
    Sebarang Pertanyaan untuk dihubungi
    Margaret Low
    Phone: +03-20784612
    Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    Tawaran Biasiswa Merit Scholarship Programme (High Technology) for Academic Year 2016-2017 dari Bank Pembangunan Islam (IDB)

    Adalah dimaklumkan bahawa Tawaran Biasiswa Merit Scholarship Programme (High Technology) for Academic Year 2016-2017 dari Bank Pembangunan Islam (IDB) telah dibuka sehingga 29 Februari 2016.

    Sila klik DISINI  untuk mendapatkan maklumat lanjut dan borang permohonan.

    Sebarang pertanyaan untuk dihubungi:

    Puan Atasha Mohd Noh
    03-88824149
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    Maklum Balas Aduan Pelanggan Berkenaan dengan Tawaran IPT Palsu Didedahkan- Sinar Harian 20 Januari 2016

    MAKLUMAN PENTING
    PETIKAN ARTIKEL AKHBAR SINAR HARIAN: “TAWARAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (IPT) PALSU DIDEDAHKAN”: LEMBAGA PERLINDUNGAN DAN KEBAJIKAN PENGGUNA MALAYSIA MINTA KERAJAAN BERTINDAK SEGERA

    Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) telah menerima satu artikel berkenaan dengan “Tawaran IPT Palsu Didedahkan” melalui akhbar Sinar Harian bertarikh 20 Januari 2016.

    Sehubungan dengan itu, ditegaskan bahawa BPKP, JPT tidak pernah melantik mana-mana ejen atau badan untuk mengeluarkan sebarang tawaran atau panggilan temuduga yang mengenakan bayaran untuk pelajar melanjutkan pengajian ke Universiti Awam/Politeknik Premier/Politeknik Konvensional/METrO/Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam dengan tawaran kemudahan pembiayaan biasiswa atau pinjaman seperti dalam artikel berkenaan.

    BPKP, JPT juga ingin menegaskan supaya pelajar dan ibu bapa berhati-hati dan tidak terpedaya dengan segala bentuk tawaran atau iklan daripada pihak yang meragukan. Kesahihan tawaran atau iklan tersebut perlu disemak terlebih dahulu dengan pihak BPKP, JPT.

    Sebarang pertanyaan lanjut boleh dirujuk kepada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi melalui talian 03-8870 6767 / 6777 atau dengan melayari Laman Web Rasmi Kemasukan di http://upu.mohe.gov.my

    Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
    Jabatan Pendidikan Tinggi
    Kementerian Pendidikan Tinggi
    29 Januari 2016

    Permohonan Dana Program Intervensi Kebolehpasaran Graduan

    Bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan khususnya graduan daripada Universiti Awam (UA), Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi telah melaksanakan program intervensi kebolehpasaran graduan (Graduate Employability; GE).

    Program Intervensi GE menyediakan program bagi meningkatkan nilai tambah graduan daripada aspek kelayakan profesional, keterampilan diri dan sahsiah bagi membantu pelajar-pelajar memperoleh pekerjaan dan relevan dengan keperluan majikan dalam pelbagai sektor. Program ini memberi tumpuan kepada pelajar semester/tahun akhir yang mempunyai Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 3.30 dan ke bawah serta pelajar daripada bidang pengajian yang kurang mendapat permintaan daripada industri.

    Permohonan Dana Program Intervensi GE bagi tahun 2016 akan dibuka mulai 14 Disember 2015 – 12 Februari 2016. Maklumat berkaitan permohonan dan pengurusan dana GE boleh dicapai di pautan berikut:

    Nota Penting : Permohonan hanya boleh dikemukakan oleh UA, Politeknik dan Kolej Komuniti melalui Pegawai Fokal yang dilantik di UA/Jabatan. Hanya permohonan yang lengkap akan diterima.

    Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan sama ada dalam bentuk salinan keras melalui pos/serahan tangan atau dokumen yang diimbas melalui e-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. selewat-lewatnya pada jam 11.00 pagi pada tarikh tutup permohonan.

    Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan dan pengurusan dana boleh dikemukakan kepada urus setia Pengurusan Dana GE seperti berikut :

     1. Puan Noor Azlin binti Adnan
         Emel:  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
         Tel: 03 – 8870 5079

     2. Puan Nor Liyana binti Mohd Bokti
         Emel:  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
         Tel: 03 – 8870 5096

     3. Cik Siti Normazlina binti Azam
         Emel:  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
         Tel: 03 – 8870 5083

    4. Cik Nurul Jannah binti Zulmuji 
         Emel:  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
         Tel: 03 – 8870 5100

    5. Puan Wan Zutini binti Zabery
         Emel:  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
         Tel: 03 – 8870 4315

    Permohonan Penarafan sebagai Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE) 2016

    Kaedah Permohonan :

    1. Permohonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan Instrumen HICoE bermula 26 Januari 2016
      • [ Klik folder sini untuk memuat turun Instrumen HICoE Teras Penyelidikan dan Inovasi ]
      • [ Klik folder sini untuk memuat turun Instrumen HICoE Teras Perkhidmatan ]
    2. Pengisian data di dalam Instrumen HICoE hendaklah difokuskan kepada satu (1) bidang nic terpilih dan kukuh di CoE masing-masing.

    3. Semua permohonan hendaklah disemak oleh Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) dan diperakukan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) IPT masing-masing. 

    4. Hanya CoE yang memenuhi syarat asas dan melepasi markah minimum penarafan sahaja yang layak untuk mengemukakan softcopy dan harcopy Instrumen (beserta dokumen bahan bukti) kepada urus setia menerusi emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. selewat-lewatnya pada 3 Mac 2016, jam 5.00 petang.

    5. Sebarang kelewatan penghantaran softcopy dan harcopy permohonan akan menyebabkan permohonan TIDAK dipertimbang untuk proses selanjutnya.

    6. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :

      1. Puan Aini Dayana bt Md Ali
        03 – 8870 6962
        Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

      2. Puan Syafinas binti Raman
        03 – 8870 6967
        Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    Sebutharga Bil. 7/2015: Sebut Harga Perkhidmatan Pemasangan Dan Penyelenggaraan Sistem Talian Pusat Hotline Pengurusan Kemasukan Pelajar Untuk Tempoh Dua (2) Tahun

    Jata Negara   200x200

    KEPUTUSAN SEBUTHARGA (SH 7/2015)
    JABATAN PENDIDIKAN TINGGI

    NO. SEBUT HARGATAJUK SEBUTHARGASYARIKAT YANG DI ANUGERAHKANKATEGORI PEROLEHANTARIKH ANUGERAHHARGA DITAWARKAN
    SH 7/2015 PERKHIDMATAN PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM TALIAN PUSAT HOTLINE PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR UNTUK TEMPOH DUA (2) TAHUN MANTAP SINERGI SDN BHD SEBUTHARGA 15 JANUARI 2016 RM117,591.10

    Sebutharga Bil. 8/2015: Sebut Harga Perkhidmatan Mereka Bentuk, Menyedia, Membina, Memasang dan Menurunkan "Booth Pavillion" Bagi Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2016 "Jom Masuk IPT"

    Jata Negara   200x200

    KEPUTUSAN SEBUTHARGA (SH 8/2015)
    JABATAN PENDIDIKAN TINGGI

    NO. SEBUT HARGATAJUK SEBUTHARGASYARIKAT YANG DI ANUGERAHKANKATEGORI PEROLEHANTARIKH ANUGERAHHARGA DITAWARKAN
    SH 8/2015 PERKHIDMATAN MEREKA BENTUK, MENYEDIA, MEMBINA, MEMASANG DAN MENURUNKAN "BOOTH PAVILLION" BAGI KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA 2016 "JOM MASUK IPT" TWOJ INTERNATIONAL (M) SDN BHD SEBUTHARGA 13 JANUARI 2016 RM318,190.80

    Sesi Saringan PAM PABM 2016

    Jabatan Pendidikan Tinggi dengan sukacita ingin mempelawa semua Universiti Awam dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta untuk menghantar calon bagi menyertai

    SESI SARINGAN CALON PESERTA
    KATEGORI PELAJAR ANTARABANGSA DI MALAYSIA (PAM)
    PIDATO ANTARABANGSA BAHASA MELAYU PIALA PERDANA MENTERI 2016

    TARIKH
    25 & 26 FEB 2016
    MASA
    9.00 PAGI - 5.00 PETANG
    TEMPAT
    JABATAN PENDIDIKAN TINGGI, PRESINT 5, PUTRAJAYA

     Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pejabat TNC HEPA IPT atau Urus Setia PABM 2016 seperti berikut:

    Hasliza binti Ismail / Nor Syafiqah Ahamad Zambri
    03 - 8870 4651 / 4931
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    Kenyataan Media Pelantikan YBhg. Datin Paduka Profesor Dr. Aini Ideris Sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM)

    kpt

    KENYATAAN MEDIA

    PELANTIKAN YBHG. DATIN PADUKA PROFESOR DR AINI IDERIS SEBAGAI NAIB CANSELOR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

    Dengan sukacitanya, Kementerian Pendidikan Tinggi ingin mengumumkan pelantikan YBhg. Datin Paduka Profesor Dr. Aini Iderissebagai Naib Canselor UPM, bagi tempoh selama dua (2) tahun, berkuatkuasa mulai 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2017.

    Anak kelahiran Kelantan ini telah menunjukkan daya kepimpinan yang tinggi sejak di bangku sekolah apabila telah diterima masuk ke Sekolah Tun Fatimah, Johor Baharu dan aktif dalam bidang ko-kurikulum dan cemerlang dalam bidang akademik.

    Beliau mempunyai kelayakan akademik Ijazah Doktor Perubatan Veterinar (DVM), Universiti Pertanian Malaysia, Master Sains Veterinar (MVSc) (Perubatan Avian), Liverpool University England dan Ph.D. (Perubatan Avian) juga dari Universiti Pertanian Malaysia. Di samping itu, beliau juga pernah dianugerahkan Asian Development Bank Fellowship untuk melanjutkan pengajian pasca kedoktoran di Cornell University, Amerika Syarikat.

    Sebelum ini, beliau menjawat jawatan Pengarah Pejabat Strategi Korporat & Komunikasi, UPM dan mempunyai pengalaman yang luas sebagai pentadbir di UPM. Antara jawatan utama yang pernah disandang beliau di UPM ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Pengerusi Hospital Pengajaran Veterinar, Timbalan Dekan Fakulti Perubatan Veterinar, Dekan Sekolah Pengajian Siswazah dan Pengerusi Lembaga Pengarah UPM Holdings.

    Kepakaran beliau dalam bidang veterinar diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa apabila diberikan kepercayaan untuk menganggotai pelbagai Jawatankuasa di Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Pertanian. Selain itu, beliau juga pernah dilantik sebagai Fellow Akademi Sains Malaysia, dan merupakan Fellow Pengasas Malaysian College of Veterinary Specialists (FMCVS) dan Fellow Malaysian Scientific Association (FMSA). Datin Paduka Prof. Dr. Aini juga merupakan Ahli Lembaga Governan International Medical University (IMU) dan International Medical College (IMC), Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Putra Business School dan UPM Education & Training serta ahli Majlis Malaysian Cancer Reserch Institute (MCRI).

    Kementerian Pendidikan Tinggi juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Profesor Datuk Dr Mohd Fauzi Hj Ramlanatas khidmat bakti beliau sepanjang menjawat jawatan Naib Canselor UPM mulai 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2015. Justeru, adalah menjadi harapan Kementerian agar budaya kecemerlangan beliau diteruskan oleh kepimpinan baharu UPM.

    Kementerian Pendidikan Tinggi
    Putrajaya
    8 Januari 2016

    SEMINAR SERIES ON UNIVERSITY OF THE FUTURE: "Flexible Education"

    TETAMU KEHORMAT: YB Menteri Pendidikan Tinggi

    9.00 pagi
    Ketibaan Tetamu Jemputan
    9.30 pagi
    Ketibaan Tetamu VIP
    10.00 pagi
    Ketibaan YB Menteri Pendidikan Tinggi
    Nyanyian Lagu Negaraku
    Bacaan Doa
    10.15 pagi
    Forum “UNIVERSITY OF THE FUTURE”
    11.30 pagi
    Sesi Soal Jawab
    12.00 tengahari
    Penyerahan cenderahati oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi
    Bersurai dan jamuan

    Moderator:

    YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang
    Ketua Setiausaha KPT

    Ahli Panel:

    1. YBhg. Dato’ Prof Dr. Rujhan Bin Mustafa
      CEO
      Malaysia Qualification Agency
      Pakar Akademik

    2. YBhg. Professor Dato’ Dr. Ho Sinn Chye
      Vice Chancellor & Chief Executive Officer
      Wawasan Open University (WOU)
      Pakar Akademik

    3. Adam Brimo
      Founder / CEO openlearning.com
      Usahawan

    Makluman Pemberian Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) Tahun 2016

    Sukacita dimaklumkan bahawa menerusi Bajet 2016, pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada institusi pendidikan tinggi masih diteruskan bagi tahun 2016.

    Bahagian Governan IPTS (BGS) selaku urus setia data pelajar IPTS bagi BB1M 2016 sedang melaksanakan proses permohonan mendapatkan data pelajar daripada IPTS. IPTS perlu mengemukakan data kepada BGS pada atau sebelum 7 Januari 2016 menerusi e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. bagi mengelakkan pelajar-pelajar di IPT tidak tercicir dalam pengedaran BB1M 2016.

    Sila muatturun Jadual BB1M 2016 dan Surat Permohonan Data Pelajar IPTS 2016 BB1M dibawah:

    Kenyataan Akhbar Pelantikan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang Baharu

    kpt

    KENYATAAN MEDIA

    PELANTIKAN YBHG. PROFESOR EMERITUS DATO’ DR HASSAN BIN SAID SEBAGAI NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM)

    Dengan sukacitanya, Kementerian Pendidikan Tinggi ingin mengumumkan pelantikan YBhg. Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan bin Said sebagai Naib Canselor UiTM yang ke-9, berkuatkuasa 1 Februari 2016.

    Sebelum pelantikan ini, Prof. Emeritus Dato’ Dr Hassan Said menyandang jawatan sebagai Naib Canselor dan Presiden, Universiti Taylor's dan beliau juga merupakan mantan Ketua Pengarah Pengajian Tinggi antara Januari 2005 hingga April 2008.

    Prof. Emeritus Dato’ Dr Hassan Said memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang matematik daripada University of Manchester (1979), ijazah sarjana sains daripada Brunel University, United Kingdom (1981) dan ijazah kedoktoran falsafah, juga daripada Brunel University (1984) dengan pengkhususan dalam bidang Computer Aided Geometric Design. Beliau telah memulakan kerjaya sebagai pensyarah matematik di Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1984, kemudiannya dilantik sebagai dekan fakulti pada tahun 1990 dan Timbalan Naib Canselor (Akademik) USM pada tahun 1995, sebelum dipinjamkan ke Kementerian pada tahun 1998 sebagai pengarah bahagian.

    Kementerian juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Tan Sri Dato' Sri Prof Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar, Naib Canselor UiTM ke-8, yang akan tamat tempoh perkhidmatan beliau sebagai Naib Canselor pada 31 Disember 2015 ini.

    YBhg. Tan Sri Dato' Sri Prof Ir. Dr. Sahol Hamid, yang telah berkhidmat sebagai Naib Canselor UiTM mulai 1 Januari 2010, telah banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan UiTM sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang tersohor di negara dan juga di persada antarabangsa, dan juga kepada kemajuan anak-anak bumiputera. Terima kasih diucapkan kepada YBhg Tan Sri Dato’ Sri Prof Ir. Dr. Sahol Hamid.

    Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof Emeritus Dato’ Dr Hassan Said atas pelantikan sebagai Naib Canselor UiTM. Dengan rekod kepimpinan dan pencapaian pendidikan yang cemerlang, Kementerian yakin bahawa pelantikan Prof Dato' Dr. Hassan akan dapat melonjakkan UiTM ke tahap yang lebih tinggi.

    "Soaring Upwards"

    Kementerian Pendidikan Tinggi
    Putrajaya
    14 Disember 2015

    LAMPIRAN

    Nama
    PROFESOR EMERITUS DATO' DR. HASSAN SAID
    Negeri Kelahiran
    Kelantan
    Tarikh Lahir
    1 Januari 1955

    PENDIDIKAN (Terpilih)

    Ijazah Sarjana Muda
    Manchester University, UK (1979)
    Ijazah Sarjana
    Brunel University, UK (1981)
    Ijazah Kedoktoran
    Brunel University, UK (1984)

    KERJAYA PENGALAMAN PENTADBIRAN (Terpilih)

    2008 – 2015
    Naib Canselor & Presiden, Taylor’s University
    2005 – 2008
    Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi
    1998 – 2005
    Pengarah, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi
    1995 – 1998
    Timbalan Naib Canselor (Akademik), Universiti Sains Malaysia
    1984 – 1990
    Pensyarah Matematik, Universiti Sains Malaysia (USM)
    1990 – 1995
    Dekan Fakulti Matematik, USM

    ANUGERAH (Terpilih)

    2007
    Chevalier de Ia Legion d’Honneur, Kerajaan Perancis
    2009
    Doctor of Science (Honorary), Universiti Malaysia Perlis
    2010
    Doctor of Science (Honorary), Mutimedia University Malaysia
    2010
    Doctor of Engineering (Honorary), Birmingham University, England
    2014
    Doctorate (Honorary), University of Toulouse

    KEAHLIAN PERSATUAN PROFESIONAL / AKADEMIK (Terpilih)

    • Ahli, Majlis Pendidikan Tinggi Negara
    • Ketua Projek Khas Pendidikan Swasta, Majlis Profesor Negara
    • Felo, Pertubuhan Matematik Malaysia
    • Felo, Institut Matematik dan Aplikasi ITS, UK (FIMA)
    • Felo, Akademi Sains Malaysia (FASc)

    SUMBANGAN AKADEMIK & PENDIDIKAN TINGGI (Terpilih)

    • Memainkan peranan penting dalam penubuhan Universiti Penyelidikan
    • Memainkan peranan penting dalam penubuhan Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN)
    • Melalui ‘Perekaan Geometrik Dibantu Computer’ (Computer Aided Geometric Design, CAGD), beliau telah memperkenalkan kelas baharu fungsi campuran yang dikenali sebagai Generalised Ball Basis Functions yang juga dikenali sebagai “Said Basis Functions”.

    Kenyataan YB Menteri Pendidikan Tinggi Mengenai Penangguhan Aktiviti Akademik & Bukan Akademik dan Penutupan IPT Ekoran Keadaan Jerebu di Seluruh Negara

    Logo KPT 200x200   Black

    KENYATAAN
    YB MENTERI PENDIDIKAN TINGGI

    MENGENAI PENANGGUHAN AKTIVITI AKADEMIK & BUKAN AKADEMIK DAN PENUTUPAN IPT EKORAN KEADAAN JEREBU DI SELURUH NEGARA

    1. Kementerian Pendidikan Tinggi mengambil maklum situasi jerebu yang sedang melanda negara yang boleh membawa kesan kepada kesihatan pelajar dan staff di institusi pendidikan tinggi (IPT). KPT juga sedang memantau keadaan menerusi pelbagai mekanisme, terutama parameter IPU, dari semasa ke semasa.

    2. Sehubungan dengan itu, semua universiti dan IPT awam atau swasta diminta untuk memantau tahap keseriusan jerebu di lokaliti masing-masing dan boleh membuat keputusan sendiri berkenaan dengan penanguhan aktiviti akademik dan bukan akademik, atau penutupan IPT bekenaan.

    3. IPT juga diminta menyediakan SOP / garis panduan dalaman (internal SOP and Guidelines) yang sewajarnya untuk rujukan pelajar dan staf masing-masing.

    4. Kesihatan dan keselamatan pelajar dan staf haruslah diberikan keutamaan.

    YB DATO SERI IDRIS JUSOH
    Menteri Pendidikan Tinggi
    Putrajaya
    5 Oktober 2015

    Kenyataan Media YB Menteri Pendidikan Tinggi - Kementerian Pendidikan Tinggi Diwujudkan Semula

    Jata Negara   200x200

    KENYATAAN MEDIA
    YB MENTERI PENDIDIKAN TINGGI

    'KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI DIWUJUDKAN SEMULA'

    1. Rombakan Kabinet Persekutuan pada 28 Julai 2015 (Selasa) menerusi satu sidang media khas oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia melibatkan portfolio Kementerian Pendidikan Tinggi diwujudkan semula.

    2. Kementerian ingin memaklumkan nama rasmi Kementerian ini adalah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sesuai dengan peruntukan Akta yang berkaitan dengan pendidikan tinggi.

    DATO' SERI IDRIS BIN JUSOH
    Menteri Pendidikan Tinggi
    30 Julai 2015







    Siaran Media YB Dato' Seri Idris bin Jusoh

    Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

    Saya mendapat makluman mengenai satu portal menyiarkan kenyataan saya yang telah diputarbelitkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Ingin saya membuat beberapa penjelasan dan penafian bahawa:

    1. Kenyataan yang disiarkan dalam blog dan beberapa website berbunyi "Jangan hantar anak ke sekolah kerajaan jika tak suka kerajaan Barisan Nasional".

      Hal ini amat berlawanan dengan kenyataan saya yang asal iaitu:

      "Kalau ada yang mengatakan bahawa sistem tak baik dan nak hantar anak ke luar negara kita tak halang, tapi saya akan pastikan sistem pendidikan kita bertambah baik".

    2. Kenyataan yang diputarbelitkan itu adalah bertujuan untuk mencalarkan nama saya, Kementerian Pendidikan Malaysia (pada masa itu) serta Kerajaan Malaysia.

    3. Kenyataan yang disiarkan blog tersebut telah tersebar dalam media sosial dan portal MalaysianInsider yang telah memulakan putar belit tersebut (dan kemudiannya ditukar) pada September 2013. Saya tidak pernah membuat kenyataan itu dalam masa terdekat ini.

    Saya harap penjelasan serta penafian ini cukup jelas bahawa saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang bersentimen sedemikian rupa. Diharapkan rakyat Malaysia tidak terpedaya dengan cerita-cerita sedemikian.

    Dato Seri Idris Jusoh
    Menteri Pendidikan Tinggi
    Kementerian Pendidikan Tinggi
    6 Ogos 2015





    Response To Articles Written On “High Cost Of Varsity Degree” By Adrian Chan and The 11 Most Expensive Countries For A University Degree By Lianna Brinded

    Logo KPT 200x200   Black

    RESPONSE TO ARTICLES WRITTEN IN THE STAR OCTOBER 27, 2015 ON “HIGH COST OF VARSITY DEGREE” BY ADRIAN CHAN AND WORLD ECONOMIC FORUM OCTOBER 7, 2015 ON “THE 11 MOST EXPENSIVE COUNTRIES FOR A UNIVERSITY DEGREE” BY LIANNA BRINDED

    The Ministry of Higher Education would like to respond to both articles as follows:

    1. Access to and financial sustainability of higher education are top priorities for the Ministry. These aspirations are to ensure that higher education remains accessible to every qualified Malaysian. Public higher learning institutions (HLIs) enrolment rates have seen consistent growth in full-time equivalent enrolment, from 376,000 in 2004 to 698,000 in 2014. This has been published in the Malaysia Education Blueprint 2015-2025 (Higher Education).

    2. Fees for Malaysian students in public universities are amongst the lowest in the world with the Government subsidizing at least RM16,000 per student annually for the duration of their studies. For example, students of University Malaya (UM) and Universiti Sains Malaysia (USM) pay around RM2,000 in tuition fees per year for engineering degree courses, and around RM1,500 per year for business degree courses.

    3. With a mean monthly household income at RM6,141 or RM73,692 annually in 2014 (Department of Statistics, Malaysia), it shows that a household in Malaysia would spend only about 3% of their annual salary on university tuition fees in public universities. This is in contrast to the report written in the World Economic Forum, which referred to Malaysia’s 20 public universities, and states that an average household in Malaysia spends about 55% of their salary on public university tuition fees. With a median monthly income of Malaysian households at RM4,585 or RM55,020 annually in 2014 (Department of Statistics, Malaysia), it shows that a household in Malaysia would spend only about 4% of their annual salary on public university tuition fees.

    4. In addition, the National Higher Education Fund (PTPTN) provides generous study loans, with further upside for high performers. In 2013 and 2014, 75% of Malaysian students in public universities benefitted from PTPTN loans to cover their fees,as well as living expenses. Further, PTPTN student loans are automatically converted into scholarships for students who graduate with a Cumulative Grade Point Average (CGPA) of 3.67 or higher. Malaysian students also benefit from a wide range of scholarships from foundations and government agencies, as well as eligibility for MyBrain15 scholarships for all post-graduate students.

    5. The Ministry of Higher Education is committed to ensure our higher education system is a driver for national transformation, and is continuously benchmarked against international standards for continuous improvement. The Ministry will continue to work with organisations and agencies on benchmarking exercises, including on the effectiveness and efficiency of our higher education system. The Ministry will also communicate with the World Economic Forum and other rating agencies to provide better insights and more appropriate data, ensuring correct and reliable reports.

    DATO’ SERI IR. DR. ZAINI UJANG
    Secretary General
    Ministry of Higher Education
    29 October 2015