PELAJAR

Kemasukan IPTA, IPTS, Politeknik, ILKA. Permohonan dan Panduan Ke Luar Negara

INSTITUSI

Universiti Awam, Institusi Pendidikan Tinggi swasta, Politeknik, Kolej Komuniti, Panduan penubuhan dan informasi berkaitan

PENAJAAN

Lepasan SPM, Ijazah Pertama, Ijazah Lanjutan, Antarabangsa, Khas, Semakan status permohonan, tabung pinjaman pelajaran

INDUSTRI

Kerjasama Dengan Pemain Industri, Hasil Penyelidikan, Program dan Inisiatif Bersama

SEMAKAN

Semakan permohonan dalam talian. Keputusan Permohonan UPU, Lejar Online, Akreditasi MQA, Pinjaman PTPTN.

PENYELIDIKAN

Maklumat Berkaitan Geran, Maklumat Penyelidik, Pembantu Penyelidik, Projek Penyelidikan, Inovasi & Hasil Penyelidikan

PERKONGSIAN DATA

Data Dictionary Sektor Awam (DDSA), Data Terbuka Malaysia, dan Statistik

ORANG KELAINAN UPAYA

Inisiatif dan Usaha Kementerian Bantuan kewangan, program pendidikan khas

REDESIGNING HIGHER EDUCATION

Inisiatif, program dan aktiviti bagi menaiktaraf Pendidikan Tinggi.

MEDIA & KISAH KEJAYAAN

Kenyataan Media, Koleksi Teks Ucapan, Koleksi Audio dan Video Rasmi

e-PEROLEHAN

Notis Iklan Tawaran Tender / Sebutharga dan Keputusan Tender / Sebutharga

HEBAHAN

Pengumuman Terkini, Program/Aktiviti Semasa, Peluang Kerjaya dan Topik Popular
Logo KPT 200x150   Black

SIARAN MEDIA

PELAKSANAAN BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI BAGI TAHUN 2017


  1. Dalam pembentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016 yang lalu, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan di bawah perkara 229, bagi meningkatkan keberkesanan pemberian Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi, Kerajaan akan menggantikan baucar buku dengan kad debit pelajar.

  2. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kos sara hidup pelajar.

  3. Kriteria kelayakan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi adalah seperti berikut:

    1. Warganegara Malaysia;

    2. Berada di Malaysia dalam tempoh pelaksanaan BPPT;

    3. Sedang melanjutkan pengajian dan berstatus aktif pada tarikh yang ditetapkan semasa pengumpulan data pelajar iaitu pada 31 Disember 2016.

    4. Sedang melanjutkan pengajian di Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional (Tahun 3 dan 4), Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia; *(pelajar perlu menyemak kelayakan di IPT masing-masing).

    5. Menuntut di IPT di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akta yang berkuatkuasa; dan

    6. Sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa atau separa masa.

  4. Pemberian Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi bagi tahun 2017 sebanyak RM250 akan disalurkan melalui Kad Diskaun Siswa 1Malaysia Debit (KADS1M Debit) daripada Bank Rakyat yang boleh digunakan untuk pembelian bahan bacaan, alat tulis, alatan komputer dan akses internet. Secara keseluruhan, Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi dijangka akan memanfaatkan seramai 1.3 juta pelajar.

Proses Permohonan Oleh Pelajar:

  1. Permohonan dilaksanakan secara atas talian melalui laman web Bank Rakyat www.bankrakyat.com.my/bppt (bermula dari 16 Februari sehingga 31 Mac 2017).

  2. Setelah permohonan berjaya dilaksanakan, pelajar PERLU MENUNGGU EMEL dari Bank Rakyat sebelum pergi ke Cawangan bagi pengambilan KADS1M DEBIT.

  3. Masukkan NO PIN yang sebenar semasa proses pengambilan kad.

  4. Lengkapkan pendaftaran Perbankan Internet i-Rakyat.

Dokumen yang diperlukan semasa pengambilan kad:

NoUmur di bawah 18 tahunUmur 18 tahun dan ke atas
1. MyKad (Asal dan 1 Salinan) MyKad (Asal dan 1 Salinan)
2. Kad Pelajar (Asal dan 1 Salinan) Kad Pelajar (Asal dan 1 Salinan)
3. Surat Kebenaran dari ibu / bapa / penjaga  
4. 1 Salinan MyKad ibu / bapa / penjaga, dan  
5. Sijil kelahiran / sijil anak angkat pelajar / pelanggan (Asal dan 1 salinan)  

Nota :

  • Bagi pelajar di bawah 18 tahun, sekiranya tidak membawa dokumen 3, 4 dan 5, cawangan TIDAK DIBENARKAN memberikan Nombor Akaun Simpanan-i dan KADS1M kepada pelajar.

  • Surat Kebenaran adalah surat yang ditandatangani oleh ibu / bapa / penjaga yang membenarkan pelajar membuka Akaun Simpanan-i/KADS1M Debit di Bank Rakyat. Dilampirkan adalah contoh Surat Kebenaran.

  • Bagi pelajar yang tiada kad pelajar, perlu menyertakan surat pengesahan daripada Institusi Pendidikan masing-masing.

  • Pekedai tidak perlu membuat permohonan pendaftaran bagi menerima pembayaran pelajar menggunakan KADS1M Debit.

Untuk pertanyaan lanjut, boleh melalui e-mel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.atau menghubungi Urus Setia di talian seperti berikut:

  1. Kementerian Pendidikan Tinggi (UA/Politeknik/Kolej Komuniti/IPTS/ Institusi Pendidikan Tinggi di bawah Kementerian/Kerajaan Negeri
    03-8870 4361 / 5342 / 6488 / 4657

  2. Kementerian Pendidikan Malaysia (Sekolah/Kolej Matrikulasi/Kolej Vokasional/Institut Pendidikan Guru)
    03-8884 7616, 03-8884 7081

Cetak Emel

...

...

...

Baca Seterusnya

ArrowArrow
Shadow
Slider