QUICK  LINKS

online tendermoheref docstaff directorycareer oppsso10

 

 
 
default
red
black
 
 
 
 

MOHE  Highlights

 
 
 
 

HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT SARJANA DAN PhD BAGI SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI (PPPT)

 

KPT menawarkan penajaan cuti belajar bergaji penuh dengan biasiswa bagi mengikuti kursus-kursus jangka panjang secara sepenuh masa di peringkat Sarjana dan PhD di Institusi Pengajian Tinggi Awam di dalam dan luar negara.

Tawaran ini dibuka khusus untuk Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di Politeknik, Kolej Komuniti dan KPT . Bidang-bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan yang dikeluarkan oleh Bahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik (JPP).

  1. Peringkat Sarjana
  2. Peringkat PhD

Hebahan permohonan adalah melalui Portal KPT.

 

SYARAT KELAYAKAN   

Pegawai-pegawai yang layak memohon hendaklah memenuhi syarat yang berikut :

 

A.  SYARAT UMUM

Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti kursus ijazah lanjutan hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan perwatakan/sikap yang sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya berupaya memberikan sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi. Pegawai juga hendaklah mempunyai kelayakan ijazah pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya.

 

B.  SYARAT KHUSUS

  1. Telah disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan
  2. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama tiga (3) tahun dalam skim perkhidmatan pendidikan siswazah (PPPS) atau PPPT (gred 41 dan ke atas) pada tarikh tutup permohonan. Pegawai lantikan tahun 2008 dan ke atas tidak layak memohon
  3. Mencapai Gred A dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (purata minimum 85 markah)  bagi tempoh 3 tahun genap perkhidmatan (penilaian LNPT genap 12 bulan) berturut-turut (2007, 2008 dan 2009 atau 2008, 2009 dan 2010);
  4. Berumur tidak lebih daripada 40 tahun pada 1 Januari 2012
  5. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan (pencapaian CGPA minimum 2.5) bagi pengajian peringkat Sarjana dan Ijazah Sarjana bagi pengajian peringkat PhD.
  6. Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan.
  7. Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka panjang/pendek sebelumnya seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005(jika berkenaan);
    • Bagi calon yang telah mengikuti kursus jangka pendek di luar negara dan memohon untuk mengikuti kursus ini di luar negara mestilah melepasi genap satu (1) tahun tamat kursus jangka pendek berkenaan.
    • Bagi calon yang telah mengikuti kursus jangka panjang di luar negara dan memohon untuk mengikuti kursus ini di luar negara mestilah melepasi genap dua (2) tahun tamat kursus jangka panjang berkenaan.
  8. Telah mengisytiharkan harta (termasuk pengistiharan harta tambahan) dalam tempoh 5 tahun kebelakangan
  9. Memiliki kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM/MCE atau yang setaraf dengannya
  10. Bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada dakwaan mahkamah
  11. Menyediakan kertas cadangan pengajian (proposal) dan hendaklah diserahkan kepada urusetia semasa calon menghadiri temuduga; dan
  12. Syarat tambahan bagi permohonan pengajian di luar negara (boleh diduduki selepas calon berjaya ditawarkan Hadiah Latihan Persekutuan oleh Kementerian ini) :
    • Lulus Ujian Bahasa Inggeris dengan skor minimum sama ada IELTS (Band 6.5) atau TOEFL 580 (Paper-Based) atau 230 (Computer-Based) atau 92 (Internet-Based).
    • Lulus Kursus Khas Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara

PEMILIHAN   

Hanya permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat-syarat ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Pemilihan muktamad akan diputuskan oleh Jawatankuasa Biasiswa, KPT.

               

TATACARA PERMOHONAN   

Permohonan adalah secara dalam talian di Portal KPT. Hebahan permohonan akan dibuka setiap tahun.

 

PERTANYAAN   

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :

 

Unit Biasiswa

Bahagian Biasiswa

Kementerian Pengajian Tinggi

Aras 2, No. 2, Menara 2,

Jalan P5/6, Presint 5

62200 Putrajaya

( u.p. : Pn. Wan Nazirah / Cik Nor Halida )

Talian Utama : 03 8870 6000 (klik di sini untuk sambungan)

Faks : 03 8870 6839

E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 
 

Announcement

Tawaran Biasiswa SEAMEO SEARCA GRADUATE SCHOLARSHIP (Sesi Akademik 2016 - 2017) 2015-08-26 - TAWARAN BIASISWA SEAMEO SEARCA GRADUATE SCHOLARSHIP (SESI AKADEMIK 2016 – 2017) Biasiswa ini menawarkan...
Makluman : Semakan Keputusan Bagi Program MyBrain15 Boleh Dibuat Bermula 24 Ogos 2015 Sehingga 11 September 2015 2015-08-24 - Semakan Keputusan Bagi Program MyBrain15 Boleh Dibuat Bermula 24 Ogos 2015 Sehingga 11 September 201
Keputusan Permohonan Melanjutkan Pengajian ke Timur Tengah (Morocco) bagi Bidang Pengajian Islam bagi Sesi Kemasukan 2015/2016 2015-08-24 - 1. Sukacita dimaklumkan bahawa bagi pelajar yang membuat permohonan ke Morocco, keputusan permohonan...
Siaran Media YB Dato' Seri Idris bin Jusoh 2015-08-07 - Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera, Saya mendapat makluman mengenai satu portal menyiarkan kenyataan...
 
 
more ›
akept educationmalaysia eperolehan hrmis jabkk jpt ksn kwsp upu mpn mqa mygov myren
         politeknikb  psptn  ptptn  satumalaysia ytar