QUICK  LINKS

online tendermoheref docstaff directorycareer oppsso10

 

 
 
default
red
black
 
 
 
 

MOHE  Highlights

 
 
 
 

PROGRAM

Bantuan Kewangan Asasi

OBJEKTIF

  • Program bantuan kewangan untuk program bertaraf asasi diwujudkan di Kementerian Pengajian Tinggi berikutan pemindahan tanggungjawab dari Kementerian Pelajaran Malaysia setelah Kementerian Pengajian Tinggi diwujudkan. Program bantuan kewangan ini mula ditawarkan bermula sesi pengambilan pelajar 2005/2006. 
  • Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk semua pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi tanpa mengira taraf pendapatan. 
  • Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya adalah layak  memohon.

GOLONGAN     SASARAN

  • Pelajar-pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di IPTA.

PERINGKAT PENGAJIAN

  • Asasi

TEMPAT PENGAJIAN

  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Malaya Kuala Lumpur/Universiti Malaya Nilam Puri
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

  

IKATAN               PERJANJIAN

  • Pelajar dikehendaki menandatangi perjanjian dengan seorang penjamin.
  • Tiada bayaran balik dikenakan tetapi pelajar perlu mengganti balik wang bantuan yang telah diberikan sekiranya gagal pengikuti program pengajian dengan jayanya.

SYARAT

  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia.
  • Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk semua pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi tanpa mengira taraf pendapatan.
  • Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya.
  • Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pengajian Tinggi,                 Kementerian Pengajian Tinggi.

PERMOHONAN / PERTANYAAN

 

  • Tawaran kepada pelajar baharu dibuat secara automatik berdasarkan tawaran yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi
  • Semakan dan tawaran program boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman sesawang KPT dalam tempoh tawaran kemasukan dikeluarkan. Pemohon hendaklah menyemak dan mencetak sendiri dokumen tawaran yang mengandungi item berikut :

·         Surat tawaran

·         Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi)

·         Borang penyata kewangan penjamin

·         Panduan mengisi borang perjanjian

  • Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran
  • Tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir IPTA masing-masing pada setiap semester

Pemohonan perlu dihantar melalui IPTA masing-masing.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Unit Skim Latihan Akademik IPTA
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya

Talian Utama

 

03 – 8870 6000 (samb.)

Faks

:

03 – 8870 6839

 

 

 
 

Announcement

Tawaran Biasiswa SEAMEO SEARCA GRADUATE SCHOLARSHIP (Sesi Akademik 2016 - 2017) 2015-08-26 - TAWARAN BIASISWA SEAMEO SEARCA GRADUATE SCHOLARSHIP (SESI AKADEMIK 2016 – 2017) Biasiswa ini menawarkan...
Makluman : Semakan Keputusan Bagi Program MyBrain15 Boleh Dibuat Bermula 24 Ogos 2015 Sehingga 11 September 2015 2015-08-24 - Semakan Keputusan Bagi Program MyBrain15 Boleh Dibuat Bermula 24 Ogos 2015 Sehingga 11 September 201
Keputusan Permohonan Melanjutkan Pengajian ke Timur Tengah (Morocco) bagi Bidang Pengajian Islam bagi Sesi Kemasukan 2015/2016 2015-08-24 - 1. Sukacita dimaklumkan bahawa bagi pelajar yang membuat permohonan ke Morocco, keputusan permohonan...
Siaran Media YB Dato' Seri Idris bin Jusoh 2015-08-07 - Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera, Saya mendapat makluman mengenai satu portal menyiarkan kenyataan...
 
 
more ›
akept educationmalaysia eperolehan hrmis jabkk jpt ksn kwsp upu mpn mqa mygov myren
         politeknikb  psptn  ptptn  satumalaysia ytar