QUICK  LINKS

online tendermoheref docstaff directorycareer oppsso10

 

 
 
default
red
black
 
 
 
 

MOHE  Highlights

 
 
 
 

PROGRAM

Biasiswa Sukan

OBJEKTIF

Biasiswa Sukan ini adalah merupakan satu galakan kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT. Walau bagaimanapun, bagi kursus-kursus kritikal seperti perubatan, farmasi dan pergigian, tawaran biasiswa hanya untuk pengajian di IPT Awam sahaja. Objektif penajaan adalah :

 

  • Menggilap kecemerlangan atlet negara serta atlet pelapis yang berprestasi tinggi di IPT.
  • Untuk memastikan atlet pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT dapat meneruskan kecemerlangan di dalam bidang sukan dan akademik.
  • Menyediakan galakan dalam bentuk pemberian peralatan insentif pencapaian sukan.

GOLONGAN SASARAN

  • Semua atlet-atlet yang mengikuti pengajian bagi kursus dalam Negara yang diiktiraf di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) merangkumi IPT Awam, IPT Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti
  • Bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Majlis Sukan Negara (MSN).
  • Atlet yang aktif dengan sekurang-kurangnya mewakili negeri dalam Sukan  Malaysia (SUKMA) atau Kejohanan Kebangsaan

PERINGKAT PENGAJIAN

  • PhD
  • Sarjana
  • Ijazah Pertama
  • Diploma

TEMPAT PENGAJIAN

  • 20 IPTA
  • UTP
  • MMU
  • UNITEN
  • IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan.

IKATAN            PERJANJIAN

Penerima Biasiswa Sukan ini tidak mempunyai kaitan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan. Walau bagaimanapun, pemegang adalah digalakkan untuk menyumbang ke arah pembangunan sukan Negara apabila tamat pengajian kelak.

SYARAT

v Warganegara Malaysia ;

  • Berumur tidak melebihi 45 tahun;
  • Telah mendapat surat tawaran atau sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Lanjutan dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Tempatan;
  • Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi atlet IPT atau memperoleh PNGK 2.00 bagi atlet Negara pada semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan(bagi pemohon yang sedang mengikuti pengajian di IPT);
  • Memiliki baki pengajian sekurang-kurangnya 2 tahun di mana-mana IPT.

KATEGORI ATLIT

KATEGORI 1 (ATLET ELIT ANTARABANGSA)

  • Mewakili negara dalam Sukan Olimpik
  • Mewakili negara dalam kejohanan bertaraf dunia yang diiktiraf
  • Mendapat pingat di Sukan Asia, Sukan Komanwel atau Sukan Universiti Dunia atau
  • Mendapat pingat emas di Sukan SEA

KATEGORI 2 (ATLET SENIOR/JUNIOR ANTARABANGSA)

  • Mewakili negara di Sukan Asia, Sukan Komanwel, Sukan SEA atau Sukan Universiti Dunia
  • Atlet yang belum disenaraikan sebagai ATLET elit atau merupakan ATLET pelapis negara dan mewakili negara bagi pertandingan sukan bertaraf dunia peringkat umur yang diiktiraf
  • Mendapat pingat pada peringkat kejohanan Asia/Komanwel yang diiktiraf atau
  • Mendapat pingat pada peringkat Asian University Sport Federation (AUSF)

KATEGORI 3 (ATLET KEBANGSAAN)

  • Mewakili negara pada peringkat Asia/Komanwel yang diiktiraf
  • Atlet yang mendapat pingat emas di SUKMA
  • Mewakili negara pada peringkat AUSF atau
  • Mendapat pingat emas di Sukan Universiti ASEAN (SUA)

KATEGORI 4 (ATLET IPT/NEGERI)

  • Atlet yang pernah mewakili negara di kejohanan antarabangsa dan masih lagi bergiat aktif mewakili IPT
  • Atlet yang bertanding di SUKMA dan mendapat pingat
  • Atlet negeri yang turut mewakili IPT pada peringkat kebangsaan dan mendapat pingat atau
  • Atlet yang bertanding di SUA dan mendapat pingat

PEMILIHAN

Hanya permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat-syarat ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Pemilihan muktamad akan diputuskan oleh Jawatankuasa Biasiswa, KPT.

PERMOHONAN / PERTANYAAN

 

Hebahan permohonan adalah melalui Portal KPT dan permohonan adalah secara atas talian.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

BAHAGIAN SUKAN
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya

Talian Utama

 

03 – 8870 6127 /  4779 / 6143 / 4794

Faks

:

03-8870 6824

Unit Biasiswa
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya

Talian Utama

 

03 – 8870 6000 (samb.)

Faks

:

03 – 8870 6839

 

 

 
 

Announcement

Tawaran Biasiswa SEAMEO SEARCA GRADUATE SCHOLARSHIP (Sesi Akademik 2016 - 2017) 2015-08-26 - TAWARAN BIASISWA SEAMEO SEARCA GRADUATE SCHOLARSHIP (SESI AKADEMIK 2016 – 2017) Biasiswa ini menawarkan...
Makluman : Semakan Keputusan Bagi Program MyBrain15 Boleh Dibuat Bermula 24 Ogos 2015 Sehingga 11 September 2015 2015-08-24 - Semakan Keputusan Bagi Program MyBrain15 Boleh Dibuat Bermula 24 Ogos 2015 Sehingga 11 September 201
Keputusan Permohonan Melanjutkan Pengajian ke Timur Tengah (Morocco) bagi Bidang Pengajian Islam bagi Sesi Kemasukan 2015/2016 2015-08-24 - 1. Sukacita dimaklumkan bahawa bagi pelajar yang membuat permohonan ke Morocco, keputusan permohonan...
Siaran Media YB Dato' Seri Idris bin Jusoh 2015-08-07 - Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera, Saya mendapat makluman mengenai satu portal menyiarkan kenyataan...
 
 
more ›
akept educationmalaysia eperolehan hrmis jabkk jpt ksn kwsp upu mpn mqa mygov myren
         politeknikb  psptn  ptptn  satumalaysia ytar