PelajarPelajar
PenajaanPenajaan
InstitusiInstitusi
PenyelidikanPenyelidikan
Slider
  • Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi)
  • MYREN-X

REDESIGNING HIGHER EDUCATION

Inisiatif, program dan aktiviti bagi menaiktaraf Pendidikan Tinggi.

PENYELIDIKAN

Maklumat Berkaitan Geran Penyelidikan, Maklumat Penyelidik, Projek Penyelidikan, Inovasi & Hasil Penyelidikan, Pengiktirafan Anugerah R,D,C&I, Kemudahan Fasiliti R,D,C&I di IPT dan Aktiviti-aktiviti R&D

PERKONGSIAN DATA

Data Dictionary Sektor Awam (DDSA), Data Terbuka Malaysia, dan Statistik

MEDIA & KISAH KEJAYAAN

Kenyataan Media, Koleksi Teks Ucapan, Koleksi Audio dan Video Rasmi

e-PEROLEHAN

Notis Iklan Tawaran Tender / Sebutharga dan Keputusan Tender / Sebutharga

HEBAHAN

Pengumuman Terkini, Program/Aktiviti Semasa, Peluang Kerjaya dan Topik Popular
Logo KPT 200x150   Black

KENYATAAN MEDIA

PENGLIBATAN PELAJAR IPT DALAM KEGIATAN DAESH

  1. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ingin merujuk kepada kenyataan akhbar Utusan Malaysia pada 9 September 2016 mengenai dua orang pelajar IPT tempatan yang terlibat dengan kegiatan Daesh di Syria.

  2. KPT memandang serius dengan kenyataan ini dan ingin memaklumkan bahawa langkah-langkah proaktif termasuk tindakan pencegahan telah diambil bagi membendung dan membanteras pengaruh Daesh di semua IPT tempatan.

  3. Berhubung dengan penglibatan dua orang pelajar IPT tempatan dengan kegiatan Daesh iaitu dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Kolej Teknologi Makmal Perubatan Kuala Lumpur, pihak KPT telah melaporkan segera penglibatan mereka kepada PDRM dengan memberi maklumat lengkap berhubung pelajar tersebut untuk tindakan lanjut.

  4. Bagi membendung kegiatan ini dari terus berleluasa, pihak KPT akan terus memberikan kerjasama dengan PDRM serta lain-lain pihak berkuasa keselamatan negara agar penglibatan pelajar IPT tempatan dalam kegiatan DAESH dapat dibenteraskan.

  5. Sekali lagi KPT ingin menegaskan bahawa pemantauan rapi sedang dilaksanakan dan tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pelajar termasuk pihak pengurusan dan tenaga pengajar IPT tempatan yang terlibat dengan kegiatan Daesh atau mana-mana kegiatan keganasan antarabangsa.

Kementerian Pendidikan Tinggi
Putrajaya
10 September 2016

Cetak Emel