
Visi
Menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi Menjelang Tahun 2020
Misi
Membangun dan mewujudkan persekitaran pengajian tinggi yang menggalakkan ke arah menghasilkan pusat ilmu yang unggul dan insan yang kompeten, berinovasi serta berakhlak mulia untuk memenuhi keperluan negara dan antarabangsa.
Motto
"Meneraju Kegemilangan Ilmu"
Objektif KPT
- Memastikan dua (2) universiti negara disenaraikan sebagai antara 100 universiti terbaik di dunia dan salah sebuah universiti berkenaan disenaraikan di kalangan 50 universiti terbaik di dunia.
- Membangunkan sekurang-kurangnya 20 pusat kecemerlangan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa daripada segi hasil penyelidikan, hak cipta, penerbitan, kerjasama penyelidikan dan 10% daripada hasil penyelidikan dikomersialkan.
- Memastikan sekurang-kurangnya 75% pensyarah institusi pengajian tinggi awam mempunyai kelayakan ijazah Doktor Falsafah atau setaraf dengannya, dan 30% pensyarah politeknik dan kolej komuniti mempunyai kelayakan ijazah Sarjana, Doktor Falsafah atau setaraf dengannya.
- Menghasilkan graduan-graduan yang kompeten untuk memenuhi keperluan guna tenaga negara dan antarabangsa dengan sasaran 75% graduan mendapat pekerjaan dalam bidang relevan dalam tempoh enam (6) bulan selepas tamat pengajian.
- Menggalakkan pengantarabangsaan pengajian tinggi negara termasuk menarik pelajar-pelajar dari luar negara bersamaan dengan 10% dari keseluruhan jumlah pelajar pengajian tinggi di peringkat diploma, ijazah dan lepasan ijazah.
- Mempertingkatkan kohort (17-23 tahun) yang mempunyai akses pengajian tinggi kepada 50%, dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat bagi semua bentuk pengajian tinggi yang konvensional dan bukan konvensional.
- Memastikan terdapat peningkatan secara berterusan dari sumber-sumber lain dalam pembiayaan universiti awam dengan nisbah 30% ditanggung oleh universiti komprehensif / berfokus, 40% bagi universiti penyelidikan dan bakinya akan disediakan oleh kerajaan.
- Menyediakan kemudahan prasarana pengajian tinggi yang mencukupi, setanding dengan amalan yang terbaik yang digunakan di peringkat antarabangsa.
- Menyediakan kemudahan pembiayaan untuk pelajar yang berpotensi dan layak mendapat akses kepada pengajian tinggi.
- Meningkatkan jalinan hubungan strategik di antara institusi pengajian tinggi tempatan dengan institusi pengajian tinggi luar negara, serta institusi penyelidikan ternama dalam dan luar negara dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan.




