Unit Audit Dalam
Pengenalan
Unit Audit Dalam KPT telah diwujudkan pada 1 Ogos 2004 selaras dengan kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 9 Tahun 2004. Unit Audit Dalam merupakan sebahagian daripada komponen kawalan dalaman Kementerian dan bertanggungjawab terus kepada KSU KPT.
Bidang tugas Unit Audit Dalam meliputi semua bahagian, cawangan atau jabatan di bawah Kementerian termasuk Jabatan Pengajian Tinggi, Jabatan Pengajian Politeknik dan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti serta agensi-agensi di bawah kawalan Kementerian yang belum menubuhkan Audit Dalam.
Visi
Menjadi penyumbang utama ke arah kecemerlangan pengurusan kewangan dan akauntabiliti sektor awam.
Misi
Melaksanakan pengauditan secara profesional dan bebas serta mengemukakan laporan seimbang kepada Ketua Setiausaha Kementerian
ke arah meningkatkan akauntabiliti pengurusan awam.
Objektif
Membantu sesebuah organisasi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus.
Fungsi Utama
Tugas dan kuasa Jabatan Audit Negara ditetapkan melalui Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957. Selaras dengan kuasa yang diperolehi melalui pekeliling Perbendaharaan Bilangan 9 Tahun 2004, Unit Audit Dalam Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia berfungsi untuk membantu pihak pengurusan mencapai visi, misi dan objektif Kementerian. Ianya dicapai melalui pelaksanaan tugas yang bertujuan untuk meningkatkan tahap akauntabiliti dan pengurusan kewangan yang dijalankan dengan teratur di semua peringkat di Kementerian serta agensi di bawahnya. Unit Audit Dalam juga berperanan untuk menentukan sumber, operasi dan aktiviti/program telah dilaksanakan dengan cekap, berkesan dan ekonomik. Di antara strategi yang dilaksanakan adalah:
- Menetapkan senarai tugasan bagi menjalankan peranannya seperti ditetapkan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 9 Tahun 2004;
- Memastikan penggunaan yang berkesan terhadap sumber anggota yang ada selaras dengan anggaran jumlah perbelanjaan yang diluluskan; dan
- Menyediakan rancangan kerja tahunan yang menyeluruh meliputi pelbagai aktiviti utama ke arah mencapai visi, misi dan objektif Kementerian.
Piagam Pelanggan
- Mengemukakan Rancangan Tahunan Audit Dalam yang telah diluluskan kepada Perbendaharaan Malaysia selewat-lewatnya pada 31 Januari tahun semasa.
- Mengemukakan Laporan Tahunan Audit Dalam kepada Perbendaharaan Malaysia selewat-lewatnya pada 31 Mac tahun berikutnya.
- Mengemukakan Pemerhatian Audit dalam tempoh 20 hari bekerja selepas pengauditan selesai dijalankan.





