Portal KPT

 
 
Anda berada di: Info KPT Organisasi Bahagian / Unit Pengurusan Bahagian Akaun






 
 

 

Visi

Menjadi sebuah organisasi terbilang dalam perkhidmatan perakaunan dan kewangan sektor awam.

 

Misi

  • Melaksanakan sistem perakaunan Kerajaan yang terbaik. 
  • Memberi khidmat nasihat perakaunan dan kewangan selaras dengan amalan terbaik.
  • Menasihati pembuat keputusan berkaitan perakaunan dan kewangan.
  • Mempertingkatkan akauntabiliti melalui penyediaan perkhidmatan perakaunan dan pengeluaran maklumat perakaunan yang cemerlang, cepat dan tepat.

 

Objektif

  • Mempertingkatkan integriti, akauntabiliti dan ketelusan pengurusan perakaunan dan kewangan Kementerian Pengajian Tinggi.
  • Memberikan perkhidmatan perakaunan berkualiti, perundingan dan khidmat nasihat yang memuaskan hati pelanggan.
  • Menyediakan data-data serta maklumat perakaunan yang tepat dan cepat untuk penyediaan Akaun Awam yang berkualiti, mengikut undang-undang dan keperluan profesional.
  • Menguatkuasakan hal-hal perakaunan dan pengurusan seperti yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang relevan.
  • MembantuKementeriandalammembuatkeputusanyang berkesan.

 

Piagam Pelanggan

Kami berjanji menunaikan amanah Kerajaan dan menguruskan perakaunan dan kewangan Negara berdasarkan undang-undang, aturan dan peraturan yang berkaitan dengan tahap professional dan akauntabiliti yang tinggi serta mesra pelanggan.

 

Kami berjanji memberi perkhidmatan:

  • Memproses bayaran dalam tempoh 5 hari dari tarikh baucar manual yang lengkap dan sempurna diterima dan dalam tempoh 3 hari dari tarikh baucar bayaran melalui elektronik diterima daripada PTJ.
  • Memproses gaji bulanan anggota Kementerian Pengajian Tinggi pada tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan, dan tidak lewat daripada 25 hari bulan.
  • Mengakaunkan terimaan  Pejabat Pemungut dan mengeluarkan Resit Perbendaharaan dalam tempoh  lima (5) hari dari tarikh penyata pemungut manual diterima dan dalam tempoh dua (2) hari dari tarikh penyata pemungut diterima secara elektronik.
  • Memproses bayaran pinjaman komputer, pendahuluan diri dan pendahuluan pelbagai dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh terima dokumen yang lengkap.
  • Menjana dan mengedar laporan perakaunan bulanan tidak lewat daripada sepuluh (10) hari bulan berikutnya.
  • Menjalankan naziran eSPKB sekali dalam satu (1) tahun bagi setiap PTJ dan mengeluarkan Laporan Naziran dalam tempoh 14 hari selepas tarikh naziran.
  • Mengaudit Kira-kira Wang Tunai (KKWT) dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh dokumen diterima dan mengeluarkan surat Pertanyaan Perbendaharaan dalam tempoh dua (2) hari dari tarikh auditan disiapkan.
  • Menyelesaikan atau menyalurkan aduan kepada pihak berkaitan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh terima.
  • Mengeluarkan Penyata Kewangan Tahunan sebelum 31 Mac setiap tahun.