
Visi
Untuk merangkaikan sepenuhnya dan memberikan perkhidmatan ICT yang berkualiti antara Kementerian dan agensi-agensinya kea rah merealisasikan hala tuju Kementerian Pengajian Tinggi
“To be fully connected and provides quality ICT services within ministry and agencies towards realizing the goal of MOHE”
Misi
Merancang, membangun, menyelenggara dan memantau perkhidmatan ICT yang berkualiti bagi menyokong dan mempertingkatkan perkhidmatan organisasi untuk memenuhi aspirasi KPT.
Objektif
Mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan dan pentadbiran KPT serta agensi di bawahnya melalui penggunaan maklumat dan komunikasi.
Piagam Pelanggan
- Memproses permohonan projek-projek ICT di Kementerian Pengajian Tinggi untuk kelulusan Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT)
- Nilai kurang daripada RM 50,000 dalam masa 1 minggu
- Nilai kurang daripada RM 200,000 dalam masa 1 bulan
- Nilai melebihi RM 200,000 dalam masa 3 bulan
- Menyediakan laporan penilaian teknikal dalam tempoh 2 bulan dari tarikh penerimaan dokumen tender untuk dihantar ke Bahagian Kewangan bagi tindakan selanjutnya.
- Membangunkan dan menyelenggara sistem aplikasi yang dipersetujui bersama dalam tempoh yang dikehendaki mengikut kaedah yang ditetapkan dengan teknologi bersesuaian.
- Memberi khidmat dan nasihat teknikal mengenai penggunaan perkakasan dan perisian ICT kepada warga Kementerian Pengajian Tinggi apabila diperlukan dengan kadar segera.
- Memperolehi dan menyediakan peralatan komputer untuk keperluan pengurusan apabila dipersetujui.
- Memberi khidmat pemprosesan berkomputer mengikut jadual dipersetujui
- Memastikan warga Kementerian Pengajian Tinggi akan mendapat respon dalam masa dua (2) jam untuk setiap laporan yang dibuat melalui meja bantuan





