Bahasa Melayu | English

Portal KPT

 
 
Anda berada di: Info KPT Organisasi Jabatan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti






 
 

Pengenalan

Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) bertanggungjawab dalam perancangan dasar dan pembangunan kolej komuniti dengan matlamat mewujudkan persekitaran Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dalam kalangan masyarakat Malaysia. Kolej komuniti berperanan meningkatkan tahap kemahiran serta ilmu kepada rakyat Malaysia, khasnya masyarakat setempat dalam usaha melahirkan lebih ramai tenaga mahir ataupun separa profesional bagi tujuan pembangunan negara, di samping meningkatkan tahap sosio ekonomi isi rumah.

Objektif

Menyediakan pendidikan yang berkualiti, berteknologi tinggi dan holistik dengan:

  • Menyediakan pendidikan dan latihan kemahiran kepada semua peringkat masyarakat
  • Menganjur dan menyediakan pembelajaran sepanjang hayat untuk menjadikan komuniti berpengetahuan (k-community);
  • Menganjur dan menyediakan latihan peningkatan kemahiran (up-skilling), latihan pemantapan kemahiran (re-skilling), dan latihan sangkutan (attachment training) untuk keperluan tenaga kerja setempat;
  • Mewujud dan menganjurkan rangkaian strategik dan pakatan strategik dengan komuniti setempat dan pemegang taruh (stakeholder); dan
  • Menyediakan kemudahan, perkhidmatan dan sistem pembelajaran yang kondusif dan berkualiti.
  • Maklumat lanjut mengenai JPKK boleh dicapai di Laman Sesawang JPKK.