Bahasa Melayu | English

Portal KPT

 
 
Anda berada di: Info KPT Organisasi Jabatan Jabatan Pengajian Politeknik






 
 

Pengenalan

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) merupakan jabatan yang berperanan dalam  melonjakkan politeknik menjadi peneraju sistem pendidikan dan latihan teknik dan vokasional (Technical and Vocational Education and Training - TEVT) negara ke tahap yang lebih kukuh dan tinggi dalam rantaian nilai sektor pendidikan dan latihan.

Transformasi Politeknik yang sedang giat dilaksanakan selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) serta Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), berupaya meningkatkan politeknik menjadi laluan alternatif untuk melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dan berkualiti yang mencukupi bagi menjayakan ekonomi baharu yang berlandaskan inovasi dan kreativiti.

Pengkomersialan hasil penyelidikan dengan mewujudkan kolaborasi antara politeknik dan industri akan mempertingkat dan mempercepatkan kadar perpindahan teknologi sekaligus membantu proses inovasi di peringkat industri sehingga ke satu tahap yang membanggakan. Keyakinan ini akan menarik minat industri untuk melabur dengan politeknik sekaligus menjadi sumber kewangan bagi membiayai aktiviti penyelidikan dan inovasi politeknik. Ini akan membantu merancakkan lagi daya saing produktivi negara.

Penubuhan Politeknik Premier adalah berperanan menjadi peneraju dalam agenda transformasi dengan menjalankan program dalam bidang kebitaraan atau niche areas yang boleh menjadi asas kepada politeknik untuk dinaik taraf ke peringkat yang lebih tinggi serta menjadi pakar rujuk industri melalui Centre of Excellence (COE). Politeknik juga bertanggungjawab membekalkan talent atau bakat terhadap ekonomi negara dan bukannya bekerja semata-mata dalam usaha menjana ekonomi berpendapatan tinggi, pembangunan yang mapan dan bersifat keterangkuman.

Maklumat lanjut mengenai JPP boleh dicapai di Laman Sesawang JPP.