Bahasa Melayu | English

Portal KPT

 
 
Anda berada di: Info KPT Organisasi Jabatan Jabatan Pengajian Tinggi






 
 

Pengenalan

Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) merupakan jabatan yang bertanggungjawab dalam perancangan dasar, perkembangan dan pengurusan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) ke arah memartabatkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu bertaraf dunia seiring dengan hala tuju KPT.

Bagi merealisasikan tujuan dan peranannya sebagai sebuah jabatan yang penting, fungsi dan tanggungjawabnya telah dibahagikan mengikut sektor yang berikut :

  • Sektor Pengurusan IPTA
  • Sektor Pengurusan IPTS

Objektif

  • Memastikan supaya sekurang-kurangnya dua (2) universiti negara disenaraikan sebagai antara 200 universiti terbaik di dunia dan salah sebuah universiti berkenaan disenaraikan antara 50 universiti terbaik dunia.
  • Membangunkan sekurang-kurangnya 10 pusat kecemerlangan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dari segi hasil penyelidikan, hak cipta, penerbitan, kerjasama penyelidikan dan pengkomersilan hasil penyelidikan.
  • Memastikan sekurang-kurangnya 75% pensyarah institusi pengajian tinggi awam mempunyai kelayakan Ijazah Doktor Falsafah atau setaraf dengannya.
  • Menghasilkan graduan yang kompeten untuk memenuhi keperluan guna tenaga negara dan antarabangsa dengan sasaran 75% graduan mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.
  • Memastikan 200 ribu pelajar antarabangsa mengikuti pengajian di IPT di peringkat Diploma, Ijazah dan lepasan Ijazah menjelang 2020.
  • Meningkatkan jalinan hubungan strategik antara institusi pengajian tinggi tempatan dengan institusi pengajian tinggi luar negara serta institusi penyelidikan ternama dalam dan luar negara dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan.
  • Merumus dan mewujudkan dasar, sistem kawal selia dan perkhidmatan yang membantu pembangunan pendidikan tinggi yang mantap dan berkualiti selaras dengan dasar pendidikan tinggi dan wawasan negara.
  • Mensasarkan sekurang–kurangnya 40% kohort umur 17 – 23 mengikuti pengajian di peringkat pengajian tinggi. Memastikan program pembangunan pelajar melahirkan insan yang unggul, seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

Maklumat lanjut mengenai JPT boleh dicapai di Laman Sesawang JPT.