Bahasa Melayu | English

Portal KPT

 
 
Anda berada di: Info KPT Piagam Pelanggan






 
 

Kami warga Kementerian Pengajian Tinggi berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional dan terbaik seperti yang berikut:

  1. Mengumumkan keputusan kemasukan pelajar ke Institut Pengajian Awam/Pusat Latihan mengikut keterangan yang berikut:
    • Asasi dan Diploma – empat (4) minggu selepas tarikh tutup permohonan;
    • Teknikal dan Latihan Kemahiran (TVET) – tujuh (7) minggu selepas tarikh tutup permohonan; dan
    • Ijazah Pertama – tertakluk kepada pengumuman rasmi keputusan peperiksaan dari agensi peperiksaan terlibat.
       
  2. Mengeluarkan surat tawaran biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi bagi pelajar yang layak dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.
     
  3. Mengeluarkan kelulusan kepada Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) seperti yang berikut:
    • Surat Kebenaran Penubuhan IPTS dalam tempoh 45 hari bekerja setelah kesemua dokumen lengkap diterima.
    • Sijil Perakuan Pendaftaran IPTS dalam tempoh 30 hari bekerja setelah kesemua dokumen lengkap diterima (termasuk kelulusan daripada 3 agensi).
    • Surat Kelulusan Mengendalikan Kursus Pengajian Baharu/Tambahan dalam tempoh 30 hari bekerja setelah mendapat syor MQA.
    • Sijil Permit Mengajar dalam tempoh 5 hari bekerja setelah kesemua dokumen lengkap diterima.
    • Surat Sokongan Permohonan Pas Penggajian Tenaga Pengajar Warga Asing dalam tempoh 5 hari bekerja setelah kesemua dokumen lengkap diterima.
       
  4. Memastikan pengeluaran pembiayaan baru dibuat tidak melebihi 21 hari bekerja selepas dokumen perjanjian pembiayaan yang sempurna diterima.
     
  5. Mengeluarkan surat kelulusan bagi permohonan akreditasi program daripada pembekal pendidikan tinggi dalam tempoh enam (6) bulan selepas semua permohonan lengkap diterima.
     
  6. Mengeluarkan keputusan permohonan FRGS dalam tempoh 45 hari dari tarikh tutup permohonan.
     
  7. Memberikan maklum balas awal terhadap kepada pelanggan dalam tempoh 3 – 7 hari bergantung kepada kompleksiti aduan selepas mendapat maklumat lengkap pengadu.
     
  8. Memastikan bayaran bil dan invois dibuat tidak melebihi 14 hari dari tarikh penerimaan bagi dokumen yang lengkap.