default
red
black
 
 
Anda di:Pegawai Baharu dan Pertukaran Pegawai menu utama info Unit Komunikasi Korporat
 
 
Pegawai Baharu dan Pertukaran Pegawai

Unit Komunikasi Korporat

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

 

LATAR BELAKANG

UKK ditubuhkan dengan peranannya sebagai Focal Point kementerian dalam penyampaian dan penyaluran maklumat kepada pelanggan dalaman dan luaran di peringkat kementerian bagi meningkatkan dan melestarikan imej korporat kementerian serta meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi.

 

OBJEKTIF

Objektif penubuhan UKK adalah:

1.        Meningkatkan imej korporat KPT

2.        Menjadi Focal Point kementerian untuk saluran maklumat

3.        Menjalinkan hubungan baik dengan media

4.        Meningkatkan tahap pengurusan khidmat pelanggan

 

PROGRAM/AKTIVITI

1.            FOCAL POINT

Sebagai Focal Point kementerian, UKK bertindak sebagai pemusatan penyebaran maklumat di peringkat  Kementerian berdasarkan perancangan dan pelaksanaan  aktiviti peningkatan imej korporat Kementerian.

2.            PROMOSI DAN PUBLISITI

UKK juga memainkan peranan utama untuk memberi kesedaran, pengetahuan dan pemahaman kepada kumpulan sasar mengenai dasar dan pencapaian Kementerian dan Jabatan/Agensinya  melalui program-program publisiti dan promosi yang dilaksanakan.  Ini jugatermasuk bagi acara-acara utama yang berimpak tinggi yang dilaksanakan oleh Kementerian.  Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut;

a)            Pengiklanan radio, TV dan akhbar         

b)            SlidePromo dan crawler di TV

c)            Bunting dan  Banner

d)            Brochure/flyer  dan sebagainya

 

3.            PERHUBUNGAN AWAM

3.1       Fungsi perhubungan awam juga masih diteruskan dengan aktiviti-aktiviti seperti pengeluaran nota kepada pengarang, siaran akhbar dan juga penulisan artikel di akhbar-akhbar tempatan khususnya dalam sisipan Gen-U (akhbar Utusan Malaysia dan Varsiti (akhbar Berita Harian). 

3.2       Aktiviti lain yang dilaksanakan bagi memastikan dasar-dasar dan program Kementerian dapat disampaikan kepada orang ramai adalah melalui temubual TV/Temubual radio bagi YB Menteri, YB Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah Jabatan/Agensi atau pegawai atasan yang terlibat secara langsung dengan bidang yang hendak dipromosikan  atau produk yang hendak diperkenalkan.

4.         PEMANTAUAN MEDIA

Bagi memastikan semua program-program perhubungan awam, publisiti dan promosi dilaksanakan dengan berkesan, pemantauan media dilakukan secara berterusan dan analisa dilakukan untuk memastikan tona berita yang dikeluarkan oleh media tempatan.

 

5.         PERHUBUNGAN MEDIA

Jaringan dengan media perlu diperkukuhkan agar mereka dapat memberi kerjasama dalam membuat liputan dan memberi ruang untuk menyiarkan berita atau artikel di media masing-masing. Antara aktiviti yang dijalankan adalah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Media yang dihoskan oleh YB Menteri dan lawatan-lawatan ke pejabat media dari  semasa ke semasa.

 

6.         Pengurusan Acara

6.1       UKK diberi tanggungjawab untuk melaksanakan pengurusan acara berimpak tinggi berdasarkan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN)  khususnya program-program yang dilaksanakan di bawah agendakritikal seperti mybrain15, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Pengukuhan Kolej Komuniti, Kebolehpasan Graduan dan lain-lain lagi.

6.2       Pengurusan acara aktiviti  Publisiti dan Promosi  dibuat dalam satu pakej yang mampu menyebarkan agenda dan menterjemahkan matlamat program dan kerajaan khususnya.

 

7.         PENERBITAN MAJALAH DAN VIDEO

Penerbitan majalah dan video adalah mediumyang digunakan untuk berkomunikasi dengan kumpulan sasar dalaman dan juga luaran. Penerbitan yang dilaksanakan untuk menyampaikan mesej kementerian dan pengurusan adalah seperti berikut;

a)            Majalah BITARA

b)            Penerbitan video korporat kementerian dan video multimedia bagi mempromosikan agenda kritikal untuk setiap acara berimpak tinggi yang dilaksanakan.

 

8.         MENYELARAS  HASIL KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

UKK juga bertindak sebagai penyelaras hasil Kajian  Kepuasan Pelanggan Dalaman dan Luaran di bawah peruntukan FRGS (top down) yang dilaksanakan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan.

 

9.         PENYELARASAN DAN PEMANTAUAN  PAPARAN MAKLUMAT  DI  WEB PORTAL KPT

Sebagai focal point di kementerian, UKK  juga dipertanggungjawab untuk menyelaras dan memantau paparan maklumat di web portal KPT yang dimasukkan oleh bahagian-bahagian di Kementerian.

 

10.       PROGRAM OUTREACH

Program outreach merupakan salah satu aktiviti yang disertai oleh UKK dalam menyampaikan mesej  kementerian kepada kumpulan sasar luaran. Antaranya seperti penyertaan dalam karnival dan pemeran yang dianjurkan oleh pihak Kementerian, Jabatan/Agensi atau pihak luar seperti berikut;

a)            Karnival Pengajian Tinggi Negara

b)            Hari Bertemu Pelanggan

c)            Karnival Kerjaya dan Keusahawanan (K3G)

d)            Perhimpunan  Agung UMNO

e)            Karnival  yang dianjurkan oleh Kementerian dan jabatan/agensi lain.

 

11.       MENGURUS LAWATAN RASMI

UKK menyelaras lawatan-lawatan rasmi ke kementerian  dari dalam negara khususnya yang melibatkan lawatan dari pelajar-pelajar IPTA dan pelajar-pelajar sekolah.  

 

 

12.       KEURUSETIAAN MESYUARAT

Mesyuarat-mesyuarat yang dikendalikan oleh UKK termasuk;

a)            Mesyuarat Perhubungan  Awam IPTA

b)            Mesyuarat penyelarasan Program-program berbentuk kebajikan yang dilaksanakan oleh hos utama  PUSPANITA  dan Kelab Sukan KPT.

c)            Menganjurkan Kursus Pegawai Penyelaras Aduan Awam (PPPA) bagi  IPT  termasuk Politeknik, Kolej Komuniti, MQA, PTPTN, PPUM,PPUKM dan HUSM.

d)            Menganjurkan bengkel  perancangan dan pengurusan acara berimpak tinggi.

 

13.       KHIDMAT PELANGGAN DAN ADUAN

13.1    Pemantauan aduan awam KPT berdasarkan lapan (8) sumber aduan iaitu BPA, Surat/E-mel, Webmaster, Inquiry  Complaint Management System (ICMS), Media (Seksyen Hal Ehwal Korporat), E-Maklum balas PM, Portal Feedback dan Kaunter Khidmat Pelanggan KPT.

13.2    Bertanggungjawab terhadap sistem telefon kementerian.

13.3      Menguruskan perkhidmatan di  Kaunter Khidmat Pelanggan dan lobi kementerian termasuk memberi  nasihat kepada pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan khusus atau mendapatkan maklumat kementerian.

13.4    Menyelaras Peti Cadangan KPT.