default
red
black
 
 
Anda di:Pelajar Pelajar Malaysia Luar Negara menu utama pelajar Panduan Belajar di Luar Negara
 
 

Panduan Belajar di Luar Negara

Sebelum ke Luar Negara

  • Syarat kelayakan mininum - Semak pencapaian akademik sama ada memenuhi syarat kelayakan minimum yang ditetapkan dengan Jabatan Pengajian Tinggi (JPT)
  • Maklumat IPT Luar Negara - Dapatkan maklumat mengenai IPT luar negara pilihan anda melalui laman sesawang IPT atau Pejabat Perwakilan Tetap negara berkenaan
  • Pengiktirafan IPT Luar Negara - Semak status pengikitirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) terhadap kursus yang ditawarkan oleh IPT luar negara tersebut
  • Permohonan Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN) - Dapatkan SSLN dengan mengemukakan permohonan yang lengkap berserta dokumen sokongan ke JPT
  • Permohonan Pasport - Pelajar yang belum memiliki pasport boleh mendapat diskaun 50% dengan mengemukakan SSLN bersama borang permohonan pasport kepada Jabatan Imigresen Malaysia.
  • Permohonan Visa - Permohonan visa pelajar perlu dikemukakan di Pejabat Perwakilan Negara yang berkaitan dan perlu dikemukakan bersama SSLN.
     

Semasa di Luar Negara
 

  • Pendaftaran di Pejabat Perwakilan Tetap/ JPM- Daftar dengan Pejabat Perwakilan Tetap / JPM
  • Menganggotai Persatuan Pelajar Malaysia - Pelajar digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan oleh persatuan pelajar yang berdaftar dengan Pejabat Perwakilan Tetap/ JPM. Pelajar dinasihatkan agar tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan citra negara.
  • Isu-Isu Semasa Dalam Negara - Pelajar dinasihati supaya sentiasa mengikuti perkembangan terkini negara.
  • Tamat Belajar - Maklumkan Pejabat Perwakilan Tetap/ JPM yang berkaitan apabila telah menamatkan pengajian.

 

Maklumat lanjut mengenai Panduan Pelajar di Luar Negara boleh diperolehi di Laman Sesawang JPT