default
red
black
 
 
Anda di:Pelajar Pelajar Malaysia Luar Negara menu utama pelajar Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN)
 
 

Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN)

 

Sijil Sokongan Luar negara (SSLN) yang mula dilaksanakan pada tahun 2002 merupakan syarat yang dikenakan bagi menentukan sama ada mereka memenuhi syarat kelayakan minimum mengikuti program pengajian di luar negara. SSLN juga diperlukan untuk memperolehi visa pelajar daripada Kedutaan negara institusi berkenaan.

 

Syarat-syarat

 

  • Memenuhi syarat kelayakan sebenar (bukan keputusan ramalan) yang ditetapkan oleh KPT.
  • Mempunyai surat tawaran pengajian bagi bidang perubatan dan pergigian yang sah daripada IPT luar negara.
  • Mempunyai sokongan pembiayaan kewangan yang mencukupi bagi sepanjang tempoh pengajian.
  • Mempunyai penjaga yang ada pertalian keluarga dengan pelajar jika pelajar di bawah umur.

 

Kelayakan Mininum

Program Pengajian di Timur Tengah

Mesir

Perubatan/Pergigian SPM (Kepujian) dengan sekurang-kurangnya gred B4 atau B (bermula tahun 2009) dalam mata pelajaran Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah.

Pengajian Islam Memperolehi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Morocco
Pengajian Islam SPM dengan memperolehi lima (5) Kepujian dan sekurang-kurangnya B4 atau B (bermula SPM tahun 2009) dalam Bahasa Arab.
Jordan
Perubatan SPM dengan memperolehi Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya 90% bagi keseluruhan mata pelajaran SPM  termasuk lima (5) mata pelajaran sains (Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, dan Matematik Tambahan) atau

Memperoleh sekurang-kurangnya A- bagi semua mata pelajaran di peringkat SPM

Permohonan untuk pengajian bidang kedoktoran, pergigian dan sains hendaklah memperolehi tahap lulus dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

 

Program Pengajian di Negara Selain Timur Tengah

Perubatan dan Pergigian
STPM dengan tiga (3) Prinsipal B (Tahun 2003 dan berikutnya); atau STPM tiga (3) Prinsipal C (Tahun 2002 dan sebelumnya); atau PNGK 3.00 atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
Pra-Perubatan dan Pergigian
SPM (Kepujian) dengan sekurang-kurangnya gred 4B (tahun 2008 dan sebelumnya); atau gred B (Tahun 2009 dan selepasnya) dalam pelajaran Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan.
Selain Perubatan dan Pergigian
STPM dengan dua (2) Prinsipal C (Tahun 2003 dan berikutnya); atau STPM dua (2) Prinsipal E (Tahun 2002 dan sebelumnya); atau PNGK 2.00 atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia. SPM (Kepujian) dengan sekurang-kurangnya gred C dalam lima (5) mata pelajaran berkaitan.

 

Langkah Memohon SSLN

 

Semak pencapaian akademik sama ada memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh universiti luar negara. Jika memenuhi syarat kelayakan, pelajar boleh memohon untuk mendapatkan tawaran pengajian di IPT luar negara yang berkenaan.

Setelah memperolehi tempat pengajian, kemukakan permohonan SSLN menggunakan borang KP/SSLN/2013 ke:

Ketua Pengarah
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi
Tingkat 4, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya
(u.p. Bahagian Education Malaysia)
 

Sertakan bersama salinan dokumen sokongan yang telah disahkan seperti berikut:

Satu (1) salinan Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan. Satu (1) salinan sijil kelayakan akademik SPM dan STPM atau sijil-sijil yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia. Satu (1) salinan surat tawaran kemasukan ke IPT luar negara. Satu (1) keping gambar warna berukuran pasport pemohonan, lekatkan pada muka hadapan si sudut kanan borang KP/SSLN/2013.

 

* Pengesahan dokumen sokongan boleh dilakukan Ahli Parlimen, ADUN, pegawai kerajaan kumpulan A, pengetua, guru besar atau penggawa/penghulu/ketua kampung.

 

Panduan

SSLN hanya akan diberikan sekiranya pemohon memenuhi semua syarat kelayakan minimum yang ditetapkan oleh KPT dan bukannya negara institusi yang menawarkan tempat pengajian. SSLN tidak dikeluarkan kepada pemohon untuk tujuan mendapatkan biasiswa atau pinjaman kewangan bagi pembiayaan pembelajaran tetapi berperanan sebagai dokumen sokongan untuk mendapatkan visa. SSLN akan dikeluarkan kepada pelajar yang telah mendaftar di IPT luar negara untuk mengikuti pengajian bagi sesi pengajian ke semua negara luar.

 

Maklumat lanjut boleh diperolehi di Laman Web JPT