Bahasa Melayu | English

Portal KPT

 
 
Anda berada di: Penajaan Bayaran Balik






 
 

Prosedur Pembayaran Balik Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP)

  1. Tuntutan Bayaran Balik
  2. Kaedah Pembayaran
  3. Saluran Pembayaran
  4. Penangguhan Bayaran
  5. Pertukaran / Kemas Kini Alamat

 

Tuntutan Bayaran Balik

Surat tuntutan bayaran balik pinjaman akan dihantar kepada pelajar dalam tempoh enam (6) bulan selepas mereka menamatkan pengajian.  Bagi kes pelajar yang menarik diri atau gagal dalam pengajian, surat tuntutan akan dikeluarkan dan dihantar kepada pelajar secara serta-merta setelah status pengajian pelajar dari Politeknik / Kolej Komuniti yang berkenaan diterima.

 

Kaedah Pembayaran Yang Ditetapkan

Pelajar hendaklah membayar balik keseluruhan jumlah pinjaman yang diterima semasa pengajian kepada KPT. Bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajiannya, bayaran balik boleh dibuat secara ansuran sebanyak RM125/sebulan.

Jadual pembayaran balik yang ditetapkan mengikut jumlah pinjaman adalah seperti yang berikut:

Jumlah Pinjaman

Ansuran Bulanan

Tempoh Bayaran

RM 6,000.00

RM 125.00

48 Bulan

RM 4,500.00

RM 125.00

36 Bulan

RM 3,000.00

RM 125.00

24 Bulan

RM 1,500.00

RM 125.00

12 Bulan

 

Bagi yang gagal menamatkan pengajian, pelajar hendaklah membayar jumlah pinjaman yang telah diterima secara sekali gus.

 

Saluran Pembayaran

Saluran bayaran balik pinjaman yang disediakan adalah seperti yang berikut:

 

1. Kaunter Bahagian Biasiswa KPT (Putrajaya)

2. Bank Islam Malaysia Berhad

  • Kaunter BIMB - menggunakan Borang Slip Pembayaran Bil (lihat contoh)
  • Perbankan Internet
  • Mesin ATM


3. Pejabat Pos Malaysia Berhad

  • Kaunter - menggunakan Borang Pos Akaun 39 (lihat contoh)
  • Pos-Online
  • Wang Pos/Kiriman wang

4. Bank Draf / Cek (cek persendirian tidak diterima)
5. Arahan tetap kepada Bank (Standing Instruction)
6. Arahan potongan gaji
7. FPX perbankan Internet dengan CIMB, MAYBANK, RHB BANK, PUBLIC BANK & HONG LEONG BANK) di
Sistem Bayaran Balik Melalui FPX KPT
8. CIMB Bank Berhad

 

 

Peringatan:

  • Bagi kaedah bayaran no. (3) dan (4) sila sertakan Nama Penuh, No. Kad Pengenalan dan Nombor Telefon Peminjam di belakang dokumen.
  • Pembayaran yang dibuat secara tunai / wang pos / kiriman wang / bank draf / cek sahaja yang akan dikeluarkan resit sebagai bukti pembayaran. Manakala bagi bayaran yang dibuat melalui perbankan Internet / kaunter Bank Islam / Pejabat Pos memadai dengan slip turus niaga sebagai bukti pembayaran.

 

Penangguhan Bayaran

Penangguhan bayaran balik pinjaman TPP akan dipertimbangkan sekiranya pelajar menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi (diploma /ijazah) secara sepenuh masa.

Pelajar perlu mengemukakan dokumen sokongan untuk tujuan kelulusan seperti yang berikut:

  • Salinan kad matrik pelajar yang telah disahkan
  • Salinan surat tawaran daripada institut pengajian tinggi (IPT) yang telah disahkan
  • Pengesahan daripada pusat pengajian tinggi (pelajar yang sedang menuntut)

Pelajar dibenarkan membuat penangguhan bayaran balik pinjaman TPP sepanjang tempoh pengajian dengan syarat membayar ansuran pertama sebanyak RM 125.00.

Penangguhan bayaran balik pinjaman tidak akan dibenarkan bagi pengajian separuh masa. Walau bagaimanapun, pertimbangan boleh diberikan untuk mengurangkan ansuran bulanan.

Pelajar yang diluluskan penangguhan akan diberi tarikh mula pembayaran yang baharu sehingga tahun tamat pengajian yang diikuti pada masa itu.

 

Pertukaran / Kemas Kini Alamat

Pelajar  bertanggungjawab mengemaskini alamat surat-menyurat pada semester akhir pengajian untuk memudahkan urusan penghantaran surat-menyurat. Tindakan tegas akan dikenakan terhadap pelajar yang memberikan maklumat yang tidak tepat.

Sila hubungi Unit Penguatkuasaan dan Kutipan Balik, Bahagian Biasiswa sekiranya pelajar telah bertukar alamat atau tidak menerima sebarang surat tuntutan bayaran balik dalam tempoh enam (6) bulan selepas tamat pengajian.

Pelajar boleh mengemaskini alamat surat-menyurat dengan melengkapkan borang kemas kini alamat dan mengirimkannya melalui e-mel kepada: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Unit Penguatkuasaan dan Kutipan Balik
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6,
Presint 5
62200 Putrajaya

Talian

:

03 8870 6359 / 6360 / 6356 / 6379

Faks

:

03 8870 6839

Emel

:

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it