default
red
black
 
 
Anda di:Penajaan Penajaan KPT menu utama penajaan Bantuan Kewangan Program Pendidikan Khas (PPK) Di Politeknik / Kolej Komuniti
 
 

PROGRAM

Program Pendidikan Khas (PPK)

OBJEKTIF

  • Bantuan kewangan ini merupakan keistimewaan yang diberikan kepada pelajar kelainan upaya yang mengikuti Program Kemahiran Khas secara sepenuh masa sahaja.
  • Bantuan kewangan ini tidak mengambil kira taraf pendapatan keluarga sebagai syarat kelayakan. Pelajar yang menerima bantuan kewangan ini tidak layak menerima biasiswa atau pinjaman pelajaran lain di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

GOLONGAN     SASARAN

  • Pelajar berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mempunyai kad pendaftaran OKU.
  • Pelajar kelainan upaya yang mengikuti Program Kemahiran Khas secara sepenuh masa

PERINGKAT PENGAJIAN

  • Sijil
  • Diploma

TEMPAT PENGAJIAN

  • Kolej Komuniti
  • Politeknik

SYARAT

SYARAT DAN GARIS PANDUAN UMUM

 

  • Bantuan kewangan ini merupakan keistimewaan yang diberikan kepada pelajar kelainan upaya yang mengikuti Program Kemahiran Khas secara sepenuh masa di Politeknik atau Kolej Komuniti sahaja;
  • Bantuan kewangan ini tidak mengambil kira taraf pendapatan keluarga sebagai syarat kelayakan;
  • Pelajar yang menerima bantuan kewangan ini tidak layak menerima biasiswa atau pinjaman pelajaran lain di bawah Kementerian Pengajian Tinggi;

 

SYARAT-SYARAT KHAS

Syarat-syarat kelayakan bantuan kewangan ini adalah seperti berikut:-

  • Pelajar berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mempunyai kad pendaftaran OKU;
  • Kursus yang diikuti hendaklah kursus sepenuh masa sahaja yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
  • Kursus separuh masa atau pengajian jarak jauh tidak layak menerima bantuan kewangan ini.

 

SKOP PEMBIAYAAN ELAUN KHAS

  • Skop pembiayaan PPK adalah tertumpu kepada institusi yang terletak di bawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pengajian Tinggi iaitu di politeknik dan kolej komuniti terpilih sahaja.
  • Skop peringkat pengajian pula adalah tertakluk kepada tafsiran pengajian tinggi (tertiary) iaitu peringkat sijil dan diploma sahaja.
  • Pelajar PPK yang menuntut di institusi-institusi latihan bukan bertaraf IPT yang dikawal oleh kementerian-kementerian lain dan institusi-institusi pengajian tinggi luar negara adalah di luar skop pembiayaan.

PERMOHONAN / PERTANYAAN

 

  • Senarai tuntutan bantuan kewangan pelajar PPK beserta dokumen sokongan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Biasiswa, KPT tidak lewat dari 30 hari pertama pada setiap semester bermula melalui Pegawai Biasiswa / Pegawai Hal Ehwal Pelajar di pusat pengajian masing-masing
  • Semua tuntutan hendaklah dibuat melalui dan disahkan terlebih dahulu oleh pegawai hal ehwal pelajar masing-masing yang disenaraikan dalam satu Borang Tuntutan Bantuan Kewangan PPK beserta dokumen sokongan setiap pemohon seperti berikut :
    1. Salinan Kad Pengenalan Pelajar
    2. Salinan Kad Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
    3. Salinan Kad Pendaftaran / Pelajar
    4. Salinan buku akaun Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) sahaja
    5. Salinan surat tawaran pengajian
    6. Borang Pendaftaran Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) / Program Pendidikan Khas (PPK) KPTM (untuk tuntutan kali pertama)
    7. Borang tuntutan bayaran pelajar PPK (menggunakan format yang disediakan di laman web Kementerian Pengajian Tinggi)
    8. Slip pendaftaran setiap semester (jika ada);
    9.  Salinan keputusan peperiksaan terkini (bagi pelajar sedia ada).

* Nota:

  • Item (a) – (f) adalah untuk permohonan kali pertama sahaja. Tuntutan pelajar sedia ada atau berikutnya bagi setiap pelajar PPK memadai dengan item (g) – (i) sahaja.

Pelajar Program Pendidikan Khas (PPK) di setiap politeknik dan kolej komuniti yang memenuhi syarat di atas boleh mengemukakan permohonan melalui pegawai biasiswa / pegawai Hal Ehwal Pelajar di pusat pengajian masing-masing.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Unit Biasiswa
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya

Talian Utama

 

03 – 8870 6000 (samb.)

Faks

:

03 – 8870 6839