PELAJAR

Kemasukan IPTA, IPTS, Politeknik, ILKA. Permohonan dan Panduan Ke Luar Negara

INSTITUSI

Universiti Awam, Institusi Pendidikan Tinggi swasta, Politeknik, Kolej Komuniti, Panduan penubuhan dan informasi berkaitan

PENAJAAN

Lepasan SPM, Ijazah Pertama, Ijazah Lanjutan, Antarabangsa, Khas, Semakan status permohonan, tabung pinjaman pelajaran

INDUSTRI

Kerjasama Dengan Pemain Industri, Hasil Penyelidikan, Program dan Inisiatif Bersama

SEMAKAN

Semakan permohonan dalam talian. Keputusan Permohonan UPU, Lejar Online, Akreditasi MQA, Pinjaman PTPTN.

PENYELIDIKAN

Maklumat Berkaitan Geran, Maklumat Penyelidik, Pembantu Penyelidik, Projek Penyelidikan, Inovasi & Hasil Penyelidikan

PERKONGSIAN DATA

Data Dictionary Sektor Awam (DDSA), Data Terbuka Malaysia, dan Statistik

ORANG KELAINAN UPAYA

Inisiatif dan Usaha Kementerian Bantuan kewangan, program pendidikan khas

REDESIGNING HIGHER EDUCATION

Inisiatif, program dan aktiviti bagi menaiktaraf Pendidikan Tinggi.

MEDIA & KISAH KEJAYAAN

Kenyataan Media, Koleksi Teks Ucapan, Koleksi Audio dan Video Rasmi

e-PEROLEHAN

Notis Iklan Tawaran Tender / Sebutharga dan Keputusan Tender / Sebutharga

HEBAHAN

Pengumuman Terkini, Program/Aktiviti Semasa, Peluang Kerjaya dan Topik Popular

Iklan Kekosongan Jawatan di Education Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan di Education Malaysia (EM), Kementerian Pendidikan Tinggi, seperti berikut:

  1. Pengarah Gred 52/54 (Terbuka) di EM Indonesia; dan
  2. Pengarah Gred 52/54 (Terbuka) di EM Australia

Berikut adalah syarat-syarat umum permohonan:

  1. pegawai terdiri daripada warganegara Malaysia;
  2. pegawai telah dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan;
  3. mempunyai prestasi kerja di tahap 85% dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga tahun berturut-turut  (Tahun 2013, 2014 dan 2015);
  4. mempunyai kompetensi yang sesuai dengan bidang tugas yang dipohon;
  5. bebas daripada sebarang tindakan tatatertib; dan
  6. pegawai dan ahli keluarga (jika berkaitan) mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit berpanjangan.

Berikut adalah syarat-syarat utama:

  1.  terdiri daripada pegawai yang berada di Gred 52/54 atau setaraf;
  2. pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) apabila dipinjamkan ke gred yang lebih tinggi hendaklah telah berkhidmat di gred jawatan hakiki tidak kurang daripada lima (5) tahun kecuali:
    1. memiliki kelayakan akademik di peringkat ijazah Doktor Falsafah, tidak kurang daripada dua (2) tahun; atau
    2. memiliki kelayakan akademik di peringkat ijazah Sarjana, tidak kurang daripada tiga (3) tahun;
  3. mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan Kerajaan dan baki perkhidmatan sekurang-kurangnya 5 tahun sebelum mencapai tarikh persaraan paksa;
  4. mempunyai pengalaman dalam tugas pentadbiran, pengurusan kewangan, pengurusan aset, promosi dan pemasaran serta jaringan kolaborasi antarabangsa; dan
  5. penguasaan Bahasa Inggeris yang baik.

Keutamaan diberi kepada pemohon-pemohon berikut:

  1. mempunyai pengetahuan dan pengalaman tentang jenis kerja yang perlu dilaksanakan seperti pengurusan dan pentadbiran pejabat, hal ehwal pelajar, pengurusan kewangan, akaun, tugas promosi dan pemasaran serta jaringan kolaborasi antarabangsa;
  2. mempunyai perwatakan dan peribadi yang sesuai sebagai seorang Pegawai Perwakilan Luar Negeri, berdikari dan boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum; dan
  3. berkebolehan bertutur dengan fasih dan penulisan dengan baik dalam Bahasa Inggeris.

Cara Memohon

  1. semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan KPT.S.500/8/2/6 Jld. 6 [pindaan 2014] yang boleh dimuat turun melalui laman web Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu www.mohe.gov.my;
  2. permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan seperti berikut:
    1. senarai tugas pegawai terkini;
    2. satu (1) salinan maklumat peribadi (resume) yang terkini beserta pengalaman perkhidmatan mengikut susunan tarikh daripada yang terkini;
    3. satu (1) salinan Sijil/ Diploma /Ijazah yang berkaitan yang disahkan;
    4. satu (1) salinan Laporan Pengistiharan Harta yang disahkan oleh Ketua Jabatan;
    5. satu (1) salinan Buku Rekod Perkhidmatan yang lengkap (bermula perkhidmatan sehingga yang terkini);
    6. satu (1) salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (2013, 2014 dan 2015); dan
  3. semua permohonan yang lengkap diisi beserta dokumen-dokumen yang diperlukan dan hendaklah disokong dan dikemukakan melalui Ketua Jabatan (covering letter) kepada:
    Ketua Setiausaha
    Kementerian Pendidikan TInggi
    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
    Aras 15, No.2, Menara 2
    Jalan P5/6, Presint 5
    62200 W.P. PUTRAJAYA
    (u.p: Urusan Pengambilan EM)

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Mei 2016 (Jumaat). Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima daripada tarikh yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.

Temu duga

Hanya calon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ditemu duga. Permohonan adalah dianggap tidak berjaya sekiranya pemohon tidak menerima sebarang penggilan ke temu duga dalam tempoh setahun (1) daripada tarikh tutup permohonan.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pihak Urus Setia melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Segala kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan berkenaan perkara ini amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

Muat turun:

  1. pdf Iklan Kekosongan Jawatan di Education Malaysia (681 KB)
  2. Borang Permohonan Jawatan di Education Malaysia KPT.S.500-8/2/6 Jld.6 [pindaan 2014]

Cetak Emel

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia ...

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia .
YBhg. Tan Sri/ ...

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia .
YBhg. Tan Sri/ Dato' Seri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ ...

Baca Seterusnya

Muat Turun dokumen Pertandingan Usahawan Inovasi ...

Muat Turun dokumen Pertandingan Usahawan Inovasi Piala Menteri Pendidikan ...

Muat Turun dokumen Pertandingan Usahawan Inovasi Piala Menteri Pendidikan Tinggi / LURE@MOHE 2017:

...

Baca Seterusnya

Shadow
ArrowArrow
Slider