default
red
black
 
 
Anda di:Pengumuman Terkini Semakan Panggilan Temu Duga : Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Bagi Pppt Tahun 2014
 
 
Pengumuman Terkini

Semakan Panggilan Temu Duga : Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Bagi Pppt Tahun 2014

TAWARAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT SARJANA DAN PhD BAGI SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI (PPPT)
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 2014

 

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menawarkan penajaan CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH DENGAN BIASISWA bagi mengikuti kursus-kursus jangka panjang secara SEPENUH MASA di peringkat SARJANA dan Ph.D di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Dalam dan Luar Negara. Tawaran ini dibuka khusus untuk Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Bidang-bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan yang dikeluarkan oleh Bahagian Latihan & Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik

  1. Peringkat Sarjana
  2. Peringkat PhD

Calon-calon yang berminat hendaklah memohon secara dalam talian di portal rasmi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Permohonan akan dibuka mulai 16-April-2013 hingga 15-Mei-2013. Permohonan yang tidak menepati syarat yang ditetapkan, mengandungi maklumat yang tidak benar, tidak lengkap, dokumen sokongan yang tidak disahkan atau borang permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. Hanya calon yang layak dan melepasi tapisan sahaja akan dipanggil untuk urusan temuduga.

Maklumat lanjut sila layari https://payloan.mohe.gov.my/hlp/