Pautan   Pantas

Tender OnlineStatistik KPTDokumen RujukanDirektori KPTPeluang KerjayaSSO KPT

 

 
 
default
red
black
 
 
 
 

hebahan  @ kpt

 
 
 
 

VISI BAHAGIAN

Menjadikan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia sebagai pusat pembangunan dan pembudayaan sukan bertaraf antarabangsa.

 

MISI BAHAGIAN

Membangun dan memperkasa program pembudayaan dan pembangunan sukan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam melahirkan atlit intelek (The Thinking Athlete) yang mempunyai kecergasan fizikal dan minda yang seimbang serta mempunyai daya saing yang dapat memenuhi aspirasi pembangunan sukan IPT dengan mensasarkan sekurang-kurangnya 30% negara.

 

OBJEKTIF BAHAGIAN

  1. Menyediakan Dasar Pembangunan Sukan IPT (DPSIPT) dan pelan tindakan yang konkrit selaras dengan Dasar Sukan Negara (DSN).
  2. Menyelaras dan memantau program pembangunan dan pembudayaan sukan di IPT secara bersepadu.
  3. Menyalurkan peruntukan pembangunan sukan kepada Majlis-Majlis Sukan IPT termasuk IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti sebagai bantuan tambahan bagi menyokong program pembangunan dan pembudayaan sukan di IPT.
  4. Menyediakan bantuan kepada atlit, pegawai sukan dan penyelidik melalui Skim Kecemerlangan/Kebajikan Insentif Penyelidikan Sukan (SKIPS) berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan.
  5. Mewujudkan Pusat Kecemerlangan Sukan di IPT yang terpilih berdasarkan kemudahan prasarana, khidmat kejurulatihan, kepakaran serta sukan yang dipelopori.
  6. Melahirkan atlit intelek (the thinking athlete)melalui pembiayaan Biasiswa Sukan KPT kepada mereka yang berkelayakan serta telah meningkatkan berprestasi cemerlang dalam akademik dan sukan.
  7. Menjadikan sukan sebagai kerjaya serta mempunyai kebolehpasaran di dalam negara dan antarabangsa melalui kerjasama pintar dengan agensi kerajaan, pihak swasta, persatuan sukan dan badan bukan kerajaan.
  8. Mensasarkan 30 % atlit negara terdiri daripada atlit pelajar IPT melalui kerjasama dan hubungan strategik dengan agensi kerajaan, persatuan sukan dan badan bukan kerajaan.
  9. Menyelaras serta menjalin hubungan strategik dengan Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Majlis Sukan Negara (MSN), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi mengurus kemasukan atlit pelajar yang berpotensi serta berprestasi tinggi ke IPT dengan lebih  anjal dan bertanggungjawab berdasarkan pencapaian akademik dan sukan.
  10. Menyelaras Program Khas (Pembangunan Sahsiah) Pelajar, Program Pencegahan Dadah/ HIV/ AIDS dan Program Pembangunan Belia yang berimpak tinggi, melangkah sempadan IPT dan berskala besar bagi pembangunan sahsiah di IPT untuk melahirkan para pelajar yang cergas fizikal dan cerdas minda.

 

PIAGAM BAHAGIAN

Tertakluk kepada dokumen yang lengkap, kami berjanji :

  1. Melaksanakan program dan aktiviti sukan IPT yang terbaik selaras dengan DPSIPT dan Dasar Sukan Negara bagi memenuhi aspirasi negara dalam pembangunan sukan Negara.
  2. Memberi sumbangan dan komitmen penuh di dalam Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS), Jawatankuasa Bersama KBS/KPM/KPT dan jawatankuasa-jawatankuasa kecil  di bawahnya.
  3. Mencapai sasaran 30% atlit negara terdiri daripada atlit pelajar dengan memastikan kemasukan atlit pelajar yang berkelayakan, berpotensi dan berprestasi tinggi ke IPT bagi setiap sesi pengambilan pelajar.
  4. Menyalurkan peruntukan tahunan pembangunan sukan kepada Majlis-Majlis Sukan IPT termasuk IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti.
  5. Memastikan penganjuran kejohanan dan aktiviti sukan yang terbaik di peringkat IPT, kebangsaan mahupun antarabangsa.
  6. Memastikan persediaan terbaik kepada kontinjen negara bagi penyertaan ke kejohanan antarabangsa seperti Sukan Universiti ASEAN (AUG), Sukan Universiti Dunia, Kejohanan-kejohanan Universiti Dunia, Sukan Tahunan Malaysia-Indonesia, Sukan Tahunan Malaysia-Thailand dan lain-lain temasya/kejohanan yang dianjurkan setiap tahun.
  7. Menyelaras permohonan dan pembiayaan Biasiswa Sukan KPT kepada pelajar-pelajar yang layak dengan peningkatan 10 % pada setiap tahun.
  8. Memastikan atlit yang cemerlang menerima Biasiswa Sukan KPT dan Skim Kecemerlangan/Kebajikan Insentif, dan Penyelidikan Sukan (SKIPS) sekurang-kurangnya sekali setahun.
  9. Menyelaras kelulusan bagi sekurang-kurangnya 10 Program Khas (Pembangunan Sahsiah) Pelajar dan Program Pencegahan Dadah/HIV/AIDS di IPT di bawah Pejabat Menteri dan Timbalan Menteri setiap tahun yang berimpak tinggi, melangkaui sempadan IPT dan berskala besar.
  10. Menyelaras kelulusan pengagihan peruntukan Program Khas (Pembangunan Sahsiah) Pelajar kepada IPT berkaitan tidak melebihi tempoh 2 minggu selepas kelulusan pegawai pengawal diperolehi.

 

PERNYATAAN STRATEGIK BAHAGIAN

Objektif Bahagian Sukan adalah berteraskan kepada objektif KPT yang berkaitan dalam menghasilkan insan yang kompeten melalui program dan aktiviti pembangunan dan pembudayaaan sukan, pemberian Biasiswa Sukan serta Skim Kecemerlangan/ Kebajikan, Insentif dan Penyelidikan Sukan (SKIPS) dan Program Khas (Pembangunan Sahsiah) Pelajar mengikut peraturan dan garis panduan yang diguna pakai.

 
 

Pengumuman  Terkini

Tawaran Biasiswa SEAMEO SEARCA GRADUATE SCHOLARSHIP (Sesi Akademik 2016 - 2017) 2015-08-26 - TAWARAN BIASISWA SEAMEO SEARCA GRADUATE SCHOLARSHIP (SESI AKADEMIK 2016 – 2017) Biasiswa ini menawarkan...
Makluman : Semakan Keputusan Bagi Program MyBrain15 Boleh Dibuat Bermula 24 Ogos 2015 Sehingga 11 September 2015 2015-08-24 - Semakan Keputusan Bagi Program MyBrain15 Boleh Dibuat Bermula 24 Ogos 2015 Sehingga 11 September 201
Keputusan Permohonan Melanjutkan Pengajian ke Timur Tengah (Morocco) bagi Bidang Pengajian Islam bagi Sesi Kemasukan 2015/2016 2015-08-24 - 1. Sukacita dimaklumkan bahawa bagi pelajar yang membuat permohonan ke Morocco, keputusan permohonan...
Sebut Harga Perkhidmatan Mereka Bentuk Dan Mencetak Buku “Directory of Research Projects : Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) 2012 2015-08-20 - JABATAN PENDIDIKAN TINGGIKEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI KENYATAAN SEBUT HARGA Tawaran Sebutharga...
 
 
seterusnya ›
akept educationmalaysia eperolehan hrmis jabkk politeknikb jpt ksn kwsp upu mqa mygov myren
           ptptn  satumalaysia  ytar