Kaedah Bayaran Balik Pinjaman KPT
Kaedah bayaran balik bagi semua peminjam Tabung Pinjaman Pelajar (TPP) peringkat Sijil di Politeknik dan Kolej Komuniti bagi tahun 1998 - 2005 di KPM dan Julai 2005 - 2011 di KPT:
Kaedah bayaran pinjaman :
1. Kaunter Bahagian Biasiswa KPT (Putrajaya)
2. Bank Islam Malaysia Berhad
- Kaunter BIMB - menggunakan Borang Slip Pembayaran Bil (lihat contoh)
- Perbankan Internet
- Mesin ATM
3. Pejabat Pos Malaysia Berhad
- Kaunter - menggunakan Borang Pos Akaun 39 (lihat contoh)
- Pos-Online
- Wang Pos/Kiriman wang *
4. Bank Draf / Cek (cek persendirian tidak diterima)
5. Arahan tetap kepada Bank (SI)
6. Arahan potongan gaji
7. FPX perbankan Internet dengan CIMB, MAYBANK, RHB BANK, PUBLIC BANK & HONG LEONG BANK) di Sistem Bayaran Balik Melalui FPX KPT
8. Perkhidmatan myBayar di Portal Rasmi Kerajaan Malaysia : http://www.malaysia.gov.my
*Bagi pembayaran mengunakan kaedah (3) dan (4), sila tulis nama, no. K/P dan no. telefon peminjam di belakang dokumen tersebut.
Bayaran hendaklah di buat atas nama "KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI".
Semakan penyata baki pinjaman melalui penyata pinjaman boleh dilakukan di Sistem Semakan Penyata.
Pertanyaan dan surat-menyurat berhubung pinjaman & bayaran balik hendaklah dialamatkan kepada :
Setiausaha Bahagian
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 2, No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Putrajaya.
(u.p.: Unit Penguatkuasaan dan Kutipan Balik)
Emel:
Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.
No. Tel : 03 - 8888 1616 (Hotline)
No. Fax : 03 – 8870 6839












































