PELAJAR

Kemasukan IPTA, IPTS, Politeknik, ILKA. Permohonan dan Panduan Ke Luar Negara

INSTITUSI

Universiti Awam, Institusi Pendidikan Tinggi swasta, Politeknik, Kolej Komuniti, Panduan penubuhan dan informasi berkaitan

PENAJAAN

Lepasan SPM, Ijazah Pertama, Ijazah Lanjutan, Antarabangsa, Khas, Semakan status permohonan, tabung pinjaman pelajaran

INDUSTRI

Kerjasama Dengan Pemain Industri, Hasil Penyelidikan, Program dan Inisiatif Bersama

SEMAKAN

Semakan permohonan dalam talian. Keputusan Permohonan UPU, Lejar Online, Akreditasi MQA, Pinjaman PTPTN.

PENYELIDIKAN

Maklumat Berkaitan Geran, Maklumat Penyelidik, Pembantu Penyelidik, Projek Penyelidikan, Inovasi & Hasil Penyelidikan

PERKONGSIAN DATA

Data Dictionary Sektor Awam (DDSA), Data Terbuka Malaysia, dan Statistik

ORANG KELAINAN UPAYA

Inisiatif dan Usaha Kementerian Bantuan kewangan, program pendidikan khas

REDESIGNING HIGHER EDUCATION

Inisiatif, program dan aktiviti bagi menaiktaraf Pendidikan Tinggi.

MEDIA & KISAH KEJAYAAN

Kenyataan Media, Koleksi Teks Ucapan, Koleksi Audio dan Video Rasmi

e-PEROLEHAN

Notis Iklan Tawaran Tender / Sebutharga dan Keputusan Tender / Sebutharga

HEBAHAN

Pengumuman Terkini, Program/Aktiviti Semasa, Peluang Kerjaya dan Topik Popular

Kerjasama Teknikal SATREPS di antara Kerajaan Malaysia dengan JICA bertajuk The Project for COSMOS

KENYATAAN AKHBAR

KERJASAMA TEKNIKAL SCIENCE AND TECHNOLOGY RESEARCH PARTNERSHIP FOR SUSTAINABLE DEVELOPMENT (SATREPS) DI ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DENGAN JAPAN INTERNATIONAL COOPERATION AGENCY (JICA) BERTAJUK THE PROJECT FOR CONTINUOUS OPERATION SYSTEM FOR MICROALGAE PRODUCTION OPTIMIZED FOR SUSTAINABLE TROPICAL AQUACULTURE (COSMOS)

OLEH 
YBHG. DATO’ SERI IR. DR. ZAINI BINUJANG
KETUA SETIAUSAHA 
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI 

Kerajaan Malaysia memperkukuh kerjasama teknikal Science And Technology Research Partnership For Sustainable Development (SATREPS) dengan Kerajaan Jepun melalui pelaksanaan projek SATREPS keempat yang bertajuk The Project For Continuous Operation System For Microalgae Production Optimized For Sustainable Tropical Aquaculture (COSMOS). 

Program Kerjasama Teknikal SATREPS merupakan satu kolaborasi penyelidikan bilateral di bawah Inisiatif Official Development Assistance (ODA) Kerajaan Jepun dengan negara-negara membangun. Ia bertujuan untuk menggalakkan jaringan kerjasama penyelidikan antara institusi di Jepun dengan institusi di negara penerima bagi menghasilkan ilmu pengetahuan baru dan memberikan bantuan pembangunan keupayaan (capacity building) kepada negara penerima ke arah menyelesaikan isu-isu global. Sehubungan itu, Record of Discussion (RoD) ditandatangani oleh Kerajaan Jepun dan Kerajaan negara penerima sebagai langkah bagi memuktamadkan dan memperkukuh kolaborasi institusi-institusi di kedua-dua negara berkenaan dalam memastikan kejayaan pelaksanaan projek penyelidikan.

Projek COSMOS diketuai oleh Prof. Dr. Fatimah binti Md. Yusoff, pensyarah dari Universiti Putra Malaysia (UPM) selaku penyelaras kepada pasukan Penyelidik Malaysia yang terdiri daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Selangor (UNISEL). Rakan kolaborasi di Jepun pula diketuai oleh Prof. Dr. Tatsuki Toda dari Soka University yang juga bertindak sebagai penyelaras kepada pasukan Penyelidik Jepun yang terdiri daripada University of Tokyo, National Institute for Environmental Studies (NIES) dan Tokyo Institute of Technology (TITech).

Projek COSMOS akan berlangsung selama lima tahun. Objektif projek ini adalah bagi membangunkan satu sistem penjanaan microalgae yang bernilai tinggi secara mass-culture dan mesra tenaga dengan menggunakan sisa buangan kolam penternakan. Sistem ini boleh diguna pakai dalam industri akuakultur sebagai langkah untuk meningkatkan pendapatan peladang selain mengamalkan pengurusan kolam penternakan yang mesra alam. 

Projek pertama SATREPS Malaysia-Jepun yang bertajuk Research And Development For Reducing Geohazard Damage In Malaysia Caused By Landslide And Flood telah berjaya disempurnakan hasil kerjasama di antara pasukan Penyelidik Malaysia yang diketuai oleh Universiti Sains Malaysia dengan pasukan Penyelidik Jepun yang diketuai oleh University of Tokyo. Projek ini berjaya menghasilkan sistem pemantauan gerak bumi dan paras air sungai secara real time serta sistem amaran awal kepada bencana gempa bumi dan banjir sebagai langkah pencegahan dan kesiapsagaan penduduk Malaysia dalam menghadapi bencana gempa bumi dan banjir. Majlis penyerahan produk projek ini kepada Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran dan Agensi Pengurusan Bencana Negara telah disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi pada 17 Mac 2016 di KPT.

Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha KPT dan Kerajaan Jepun pula diwakili oleh Chief Representative of Japan International Cooperation Agency (JICA) to Malaysia, En. Kojiro Matsumoto.


KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
Putrajaya 
29 Mac 2016



Cetak Emel

Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available
Image is not available

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia ...

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia .
YBhg. Tan Sri/ ...

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia .
YBhg. Tan Sri/ Dato' Seri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ ...

Baca Seterusnya

Muat Turun dokumen Pertandingan Usahawan Inovasi ...

Muat Turun dokumen Pertandingan Usahawan Inovasi Piala Menteri Pendidikan ...

Muat Turun dokumen Pertandingan Usahawan Inovasi Piala Menteri Pendidikan Tinggi / LURE@MOHE 2017:

...

Baca Seterusnya

Shadow
ArrowArrow
Slider