• Utama
  • Redesigning Higher Education

Redesigning Higher Education

Inisiatif Utama

Purata Nilai Gred Kumulatif Bersepadu (iCGPA)
Mekanisma bersepadu pentaksiran, pelaporan pencapaian dan pembangunan pelajar yang mengambil kira peningkatan adab, keilmuan dan keupayaan pelajar.

Pembelajaran Atas Talian (MOOCs)
Massive Open Online Courses merupakan kursus pembelajaran dalam talian (online) yang terbuka secara percuma.

Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman (APEL)
Satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu.

CEO @ Faculty
Perkongsian ilmu bersama peneraju utama industri tempatan dan antarabangsa berkenaan pengetahuan dan pengalaman di dalam industri berkaitan dengan pelajar dan komuniti setempat.

2u2i
Pengalaman pembelajaran pelajar berasaskan pengalaman dan perkhidmatan secara efektif di luar kampus yang disediakan oleh pihak industri.

Jukebox Education

Anjakan paradigma dalam pendidikan tinggi telah didorong oleh beberapa teknologi baharu yang membangun terlalu pantas. University di Malaysia telah menggunakan teknologi tersebut untuk menyampaikan Pendidikan dan menyediakan pelajar mereka untuk menjadi lebih berakademik yang mampu menghadapi cabaran yang dibawa oleh arus pembangunan teknologi. Konsep Jukebox adalah inisiatif yang dibawa kepada pelajar dalam kelas global oleh elemen Campus-in-Campus CIC.

Konsep Jukebox menekankan pendidikan yang fleksibel menerusi lonjakan yang melewati sempadan kampus. Jukebox adalah satu pendekatan pendidikan yang menekankan konsep usaha selari dari beberapa rakan kongsi daripada beberapa buah universiti. UTM merupakan universiti perintis yang mempromosikan konsep ini di mana pelajar memperolehi kursus, fasiliti dan sumber-sumber daripada kerjasama universiti-universiti yang terlibat. Universiti-universiti tersebut adalah Tsukuba Universiti, Jepun, de Bordeaux Universiti, France, São Paulo Universiti, Brazil, Universiti Kebangsaan Taiwan, Taiwan, California Universiti, Amerika Syarikat, dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia.

Jukebox Education merupakan inisiatif di bawah Lonjakan 1 (Holistik, Keusahawanan dan Graduan yang Seimbang) dan Lonjakan 3 (Berjenama Global) di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015 – 2025.


Jukebox Education dalam Berita:


1) 16 January 2017: Redesigning Higher Education: An Agenda to Take Malaysian Higher Education to Global Heights

http://www.uum.edu.my/index.php/en/uum-news/3871-redesigning-higher-education-an-agenda-to-take-malaysian-higher-education-to-global-heights

2) 18 January 2017: Tertiary Education Redesigned

https://www.pressreader.com/malaysia/new-straits-times/20170118/281496455984436

3) 11 December 2016: Learning Under Jukebox Concept

http://www.thestar.com.my/news/education/2016/12/11/learning-under-jukebox-concept/ 

 

Translational Research

 Translational Research ialah penyelidikan yang menghasilkan outcome berimpak kepada kerajaan, komuniti, industri dan akademia. KPT telah mengenal pasti beberapa penyelidikan blockbuster yang telah dihasilkan melalui peruntukan geran penyelidikan KPT seperti Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS), Skim Geran Kajian Protaip (PRGS), Skim Geran Penyelidikan Transdisiplinari (TRGS) dan Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS).


Kementerian menyediakan geran penyelidikan dalam menyokong Translational Research yang mencipta kesan positif dan memberi manfaat kepada kerajaan, ahli akademik, industri dan masyarakat. Beberapa hasil penyelidikan yang telah berjaya ialah PadiUPutra oleh UPM, Langkawi UNESCO oleh UKM, Garoupa oleh UMS, Mangga Harum Manis oleh UNIMAP dan lain-lain.

Translational Research ialah satu inisiatif di bawah Lonjakan 7 (Inovasi Ekosistem) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).

Sila layari pautan dibawah bagi maklumat lanjut berkaitan Translational Research:

1)    19 Januari 2017: Malaysia Translational Research http://science.utm.my/bakri/2017/01/19/malaysia-translational-research/

2)    15 Januari 2017: Connecting People Through News https://www.pressreader.com/malaysia/the-star-malaysia/20170115/283128543551621


Translational Research dalam Berita:


1) 12 Januari 2017: MOHE to draw up research priority roadmap for varsities  http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/mohe-to-draw-up-research-priority-roadmap-for-varsities#sthash.Yq7xd1CS.dpuf

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/mohe-to-draw-up-research-priority-roadmap-for-varsities 

2) 23 December 2016: 10 things about Malaysia’s research & development landscape you need to know

http://www.thestar.com.my/opinion/online-exclusive/whats-your-status/2016/12/23/10-things-about-malaysias-research-development-landscape-you-need-to-know/#Vp5LQSO1W0BGVi8E.99     

http://www.thestar.com.my/opinion/online-exclusive/whats-your-status/2016/12/23/10-things-about-malaysias-research-development-landscape-you-need-to-know/ 

 

Gap Year

Gap Year adalah inisiatif baru yang akan diperkenalkan di IPT Malaysia bermula September 2017. Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk menangguhkan pengajian untuk tempoh setahun atau dua (2) semester bagi mengikuti aktiviti kesukarelawan. Gap Year terbuka kepada semua pelajar dan mereka diberi kebebasan memilih. Walau bagaimanapun, pelajar digalakkan untuk mengambil bahagian dalam Gap Year selepas menamatkan sesi akademik tahun pertama. Melalui program ini, pelajar juga dapat meningkatkan kekendirian dalam kehidupan, kerjaya dan peranan mereka dalam masyarakat. Pada masa yang sama, program Gap Year ini boleh memupuk dan menanam sikap bertanggungjawab, patriotisme, perpaduan dan penyayang di kalangan pelajar di samping dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan. 

Terdapat tiga jenis program Gap Year: Gap Year National Service Volunteerism, Gap Year Volunteerism dan Gap Year (am).

  1. Gap Year National Service Volunteerism membolehkan pelajar untuk menyertai ATM, PDRM dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia selama satu tahun.
  2. Gap Year Volunteerism menyediakan peluang kepada pelajar untuk bekerjasama dengan agensi-agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kemajuan Orang Asli, Islamic Relief Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Agensi Pengurusan Bencana Negara.
  3. Gap Year (am) memberikan pilihan kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang yang disukai seperti sukan, melancong, bekerja dan lain-lain. Program Gap Year merupakan inisiatif di bawah Lonjakan 1 (Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan dan Seimbang) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi)

Gap Year dalam Berita:


1) 13 Januari 2017: Malaysia Public Universities to Implement Gap Year Programme for Undergraduates Starting September http://education.malaysia-students.com/2017/01/malaysia-public-universities-to.html

2) 13 Januari 2017: Malaysian Universities Start Implementing ‘Gap Year’ For Students To Travel And Pursue Interest

http://www.worldofbuzz.com/malaysian-universities-implement-gap-year-pursue-interest-travel/

http://www.worldofbuzz.com/malaysian-universities-implement-gap-year-pursue-interest-travel/

3) 13 Januari 2017: Gap year option: Varsity students to get a year off from study http://www.nst.com.my/news/2017/01/203878/gap-year-option-varsity-students-get-year-study

4) 18 Januari 2018: Program “Gap Year” Bakal Dilaksanakan Tahun Ini Melibatkan 8 Universiti Awam http://afterschool.my/bm/berita/program-gap-year-bakal-dilaksanakan-tahun-ini-melibatkan-8-universiti-awam/

5) 18 Januari 2017: Independent News for International Students https://www.studyinternational.com/news/malaysia-public-universities-set-to-introduce-gap-year-scheme-for-undergraduates/#tIj11YkwuwguSZY0.97

6) 25 April 2017: Gap year programme launched in public varsities http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/gap-year-programme-launched-in-public-varsities