Suapan RSS Portal KPT

Apa itu RSS?
RSS atau RDF Site Summary adalah suatu aplikasi XML (Extensible Markup Language) mengikut tahap spesifikasi World Wide Consortium (W3C). Ia merupakan suatu format sindikasi berita dan digunakan sebagai agen untuk mendapatkan berita atau data secara dalam talian daripada halaman web yang menyokong aplikasi ini.

Kemudahan RSS di Portal KPT
Kemudahan RSS disediakan bagi memudahkan capaian pengguna kepada maklumat terkini atau berita mengenai KPT dengan lebih pantas dan mudah. Maklumat terkini mengenai KPT ini juga boleh dicapai terus tanpa perlu melayari Portal KPT ini sekiranya anda telah subscribe pada kemudahan RSS Portal KPT.

Langkah Untuk Subscribe RSS Portal KPT Menggunakan Pelayar Web

1. Di ruangan maklumat perhubungan KPT di bahagian footer, klik  untuk ke laman senarai kemudahan suapan RSS yang ditawarkan di Portal KPT.

2. Klik pilihan maklumat RSS yang dikehendaki.

3. Paparan senarai berita RSS diperolehi.

Pelayar Web Internet Explorer:

1. Klik pautan Subscribe to this feed.

2. Pilih Add to Favorites Bar, klik Subscribe.

3. Pautan mengenai berita RSS akan dimasukkan pada panel Favorites. Senarai berita RSS boleh terus dicapai melalui pautan tersebut.

Pelayar Web Mozilla Firefox:

1. Klik butang Subscribe Now.

2. Pilih butang Subscribe di tetingkap yang dipaparkan.

3. Pautan mengenai berita RSS akan dimasukkan dalam menu Bookmarks Toolbar yang boleh dicapai melalui menu Bookmarks > Bookmarks Toolbar.

4. Senarai berita RSS boleh terus dicapai melalui pautan tersebut.

Dapatkan maklumat terkini yang terdapat di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan melanggan Really Simple Syndication (RSS) berdasarkan kategori berikut:

  1. Berita dan Aktiviti
  2. Kenyataan Akhbar
  3. Keratan Akhbar
  4. Peluang Kerjaya
  5. Tender/ Sebut Harga

CetakEmel