Carian

Home

Penyelidikan Translasional

English translation not available for this content.

1. Apakah definisi Penyelidikan Translasional?

Penyelidikan Translasional ialah penyelidikan yang menghasilkan outcome yang memberi impak kepada kerajaan, komuniti, industri dan akademia.

2. Apakah inisiatif Kementerian dalam melaksanakan Penyelidikan Translasional?

Pada peringkat awal, Kementerian telah mengenal pasti beberapa penyelidikan blockbuster yang dihasilkan oleh Universiti Awam bagi mempromosikan hasil-hasil penyelidikan melalui pemberian geran penyelidikan Kementerian seperti Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS), Skim Geran Kajian Protaip (PRGS), Skim Geran Penyelidikan Transdisiplinari (TRGS) dan Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS).
Untuk tempoh jangka panjang, Kementerian akan memberikan geran penyelidikan sokongan bagi menyokong penyelidikan translasional yang dapat memberikan impak dan manfaat kepada kerajaan, akademia, industri dan komuniti.

3. Apakah hasil penyelidikan yang berjaya memberi manfaat kepada komuniti?

Antara hasil penyelidikan yang berjaya memberi manfaat kepada komuniti ialah seperti PadiUPutra oleh UPM, Langkawi UNESCO oleh UKM, Garoupa oleh UMS, Mangga Harum Manis oleh UNIMAP.
  • Last updated on .
  • Hits: 11131
Multi Language [MY] [EN]

MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 25 April 2024, 18:19:27.