Carian

Home

Tempoh Permohonan UPU Online Bagi Calon Lepasan SPM Dan STPM/Setaraf Dilanjutkan

English translation not available for this content.

Sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini, saya memahami calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan STPM/setaraf sukar untuk mendapatkan akses internet. Menyedari akan hal itu, Kementerian telah bersetuju untuk melanjutkan tarikh tutup permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melalui saluran UPU Online dari 7 April 2020 kepada 17 April 2020, 11:59 malam. Manakala hari terakhir bagi calon-calon membeli nombor UNIK di BSN bagitujuan permohonan adalah pada 16 April 2020.

Hebahan keputusan permohonan calon SPM bagi kemasukan ke UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA dijangka akan diumumkan pada 3 Jun 2020, dan keputusan permohonan calon STPM/setaraf bagi kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda ke UA dijangka akan diumumkan pada 18 Ogos 2020.

Untuk sebarang informasi terkini atau pertanyaan, sila layari laman rasmi Facebook UPU di https://www.facebook.com/UPUonlineBPKPJPT/ atau tontoni Facebook Live yang diadakan setiap hari sehingga 14 April 2020, pada pukul 10:00-11:00 pagi dan 3:00-4:00 petang. Pihak kami bersedia menjawab sebarang pertanyaan semasa sesi tersebut dijalankan.

 

DATO' DR. NORAINI BINTI AHMAD

Menteri Pengajian Tinggi

4 April 2020

  • Last updated on .
  • Hits: 9716
Multi Language [MY] [EN]

MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 27 March 2024, 16:20:33.