Teks Ucapan Amanat Tahun Baharu 2016 YB Menteri Pendidikan Tinggi

Logo KPT 200x200   Black

UCAPAN
YB MENTERI PENDIDIKAN TINGGI
AMANAT TAHUN BAHARU 2016

18 Januari 2016


Assalamualaikum WBT, Salam Hormat dan Salam Soaring Upwards.

  1. PENDAHULUAN
    1. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah keizinan Nya, dapat sama-sama kita berada di Majlis Amanat Tahun Baharu 2016 ini.

    2. TERIMA KASIH diucapkan kepada semua yang hadir demi menjayakan majlis pagi ini dan Selamat Tahun Baharu diucapkan kepada seluruh warga kementerian, agensi dan institusi pendidikan tinggi (IPT).

    3. Semoga semuanya diberkati dan dikurniakan kekuatan mental dan fizikal bagi menyempurnakan tanggungjawab dan amanah pada tahun ini.

    4. Saya amat teruja untuk menyampaikan mandat pertama saya sebagai Menteri Pendidikan Tinggi.

    5. Besarlah harapan saya agar amanat memberi panduan kepada warga Pendidikan Tinggi untuk mengorak langkah dengan lebih jelas.

      1. Lebih jelas ke arah mencapai aspirasi iaitu menyediakan pendidikan tinggi yang terbaik bagi rakyat Malaysia; dan

      2. Lebih jelas dalam menjadikan pendidikan tinggi Malaysia terkemuka di persada antarabangsa.


  2. TEMA & SUB TEMA
    1. Tema Amanat pada tahun ini ialah PENDIDIKAN FLEKSIBEL.

    2. Dalam konteks landskap pendidikan tinggi yang kian berubah dan berkembang, Pendidikan Fleksibel merupakan masa depan pendidikan tinggi negara dan membawa maksud akses pendidikan pada bila-bila masa, tanpa mengira tempat dan untuk semua lapisan masyarakat.

    3. Dalam kata mudah, anytime, anywhere, anyone.


  3. SOROTAN SOARING UPWARDS 2015
    1. 2015 merupakan tahun di mana ‘lahirnya’ istilah Soaring Upwards yang membawa maksud peningkatan berterusan.

    2. Pada bulan JANUARI, lebih 50,000 sukarelawan IPT, yang terdiri daripada mahasiswa, pensyarah dan staf, telah berjaya digerakkan dalam Ops Pasca Banjir. Ini merupakan usaha pengembelingan tenaga sukarelawan yang terbesar dalam sejarah IPT.

    3. Pada bulan FEBRUARI, universiti Heriott-Watt telah dilancarkan, sekaligus membawa jumlah kampus cawangan universiti luar negara terkemuka di Malaysia kepada 9 - tertinggi di Asia. Dengan tertubuhnya juga Asia School of Business (hasil kerjasama MIT (Massachusettes Institute of Technology) dan BNM (Bank Negara Malaysia), ini menandakan pengiktirafan kepada negara sebagai destinasi pendidikan tinggi berkualiti, bukan sahaja di rantau ini, tetapi juga di dunia.

    4. Pada bulan FEBRUARI juga, program Public-Private Research Network (PPRN) telah dilancarkan dan sehinggi kini telah memudahcara kerjasama di antara 216 buah syarikat dengan 218 kumpulan penyelidik daripada 24 buah IPT dalam menyelesaikan masalah industri.

    5. Pada bulan APRIL, Akademi Internet of Things (IoT) hasil kerjasama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM) dan Samsung dilancarkan. IoT merupakan the next big thing dalam industri teknologi dunia dan Akademi IoT ini merupakan yang pertama seumpananya di dunia.

    6. 7 APRIL 2015 pula terpahat sebagai hari yang bersejarah apabila Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) [PPPM (PT)] dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri. PPPM PT bukan sahaja akan memacu pembangunan pendidikan tinggi negara, bahkan juga sepertimana disebut oleh YAB PM, “PPPM (PT) merupakan satu Hala Tuju yang akan menentukan masa depan negara”.

    7. AWAL BULAN MEI, QS World University Rankings by Subjects telah diumumkan. Buat julung kalinya, 2 Universiti Awam (UA) berjaya tersenarai dalam top 50 in the world mengikut subjek kepakarannya iaitu USM (Universiti Sains Malaysia) pada tangga ke-31 dunia bagi subjek Sains Alam Sekitar, dan UM (Universiti Malaya) pada tangga ke-32 dunia bagi subjek Pengajian Pembangunan (Developmental Study).

    8. Pada masa yang sama, 10 IPT awam dan swasta, telah berjaya mendapat 26 subjek dalam kelompok 100 terbaik dan 200 terbaik di dunia!

    9. PERTENGAHAN 2015, Program CEO Fakulti telah bermula dan ramai tokoh-tokoh industri telah mengambil bahagian seperti Tan Sri Azman Mokhtar (Khazanah), Dato’ Seri Syed Zainal (COSMOS), Dr Richard Parker (Rolls Royce), Abraham Liu (Huawei), Lee Sang Hoon (Samsung), Azman Ismail (Shell) dan Michaela Dinboeck (Novartis).

    10. JULAI merupakan bulan yang istimewa kerana Kementerian Pendidikan Tinggi diwujudkan semula. Saya dilantik sebagai Menteri Pendidikan Tinggi dan YB Datuk Mary Yap Kain Ching dilantik sebagai Timbalan Menteri KPT.

    11. Pada bulan OGOS, 17 pelajar ditawarkan pekerjaan bersama Projek MRT negara setelah menamatkan latihan program tunnel mechanic & electrician, anjuran bersama MMC-GAMUDA – KOLEJ KOMUNITI. Kerjasama ini merupakan salah satu contoh PPP (Public-Private Partnership) berimpak tinggi.

    12. SEPTEMBER agak rancak berbanding daripada bulan-bulan yang lain.

      1. Tirai berbuka apabila 14 penyelidik negara telah diiktiraf oleh Thompson Reuters sebagai “Top 1% Most Cited Researchers in the World”.

      2. Pada 7 SEPTEMBER 2015 pula, YAB Perdana Menteri telah melancarkan buku Playbook pertama dalam usaha Transformasi Universiti bertajuk “UniTP Green Book: Enhancing University Board Governance and Effectiveness.

      3. Sekitar masa ini juga, 4 buah Politeknik telah menerima akreditasi PINGAT EMAS daripada Asia Pacific Accreditation and Certification Council (APACC). Ini membawa jumlah keseluruhan Politeknik Malaysia yang mempunyai pingat emas kepada 7 buah, iaitu tertinggi di Asia Tenggara.

      4. Politeknik Malaysia juga telah mengharumkan nama negara apabila memenangi 5 pingat Emas, 4 Perak dan 6 Gangsa di kejuaraan FIRA Robo World Cup ke-20 pada tahun 2015 di Korea. Terima kasih kerana berjaya mengharumkan imej bola sepak negara.

    13. Pada bulan OKTOBER, kita sekali lagi berbangga dengan kejayaan Universiti Penyelidikan negara, di mana Alhamdulillah, UM telah berjaya menerobos benteng top 150 in the world dalam QS World University Rankings.

    14. Disamping itu, 4 Universiti Penyelidikan yang lain telah disenaraikan sebagai Top 50 Universities Under 50 Years Old iaitu USM (26), UTM (30), UKM (32), dan UPM (38).

    15. Berapa IPTS juga menunjukkan pencapaian yang membanggakan.

      1. Sunway University dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) berjaya mendapat “QS 5-Star Rating” dalam beberapa kategori termasuk Pengajaran, Pengantarabangsaan, Kebolehpasaran dan Inovasi, sekaligus menempatkannya dalam kelompok yang sama seperti universiti terkemuka dunia seperti Princeton dan Stanford University.

      2. UTP, Taylor’s University, MMU, Lim Kok Wing dan UNITEN pula antara IPTS yang tersenarai dalam linkungan “Top 151-300” di Asia.

      3. IPTS sememangnya telah mula mengorak langkah dalam ranking dunia. TAHNIAH DIUCAPKAN.

    16. Pada bulan NOVEMBER, 2 pelajar UiTM telah mengharumkan nama negara apabila memenangi pertandingan Cambridge Intervarsity Debate, mengalahkan peserta-peserta daripada universiti terkemuka dunia seperi Oxford dan Cambridge. UIAM pula memenangi kategori ‘English as a Second Language’.

    17. Pada bulan NOVEMBER juga, Malaysia menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27 selaku pengerusi ASEAN. Sehubungan itu, KUALA LUMPUR DECLARATION ON HIGHER EDUCATION telah dibentangkan dan diterima oleh semua negara ahli ASEAN.

      1. Malaysia akan menerajui dua (2) bidang utama iaitu TVET dan Mobility melalui Quality Assurance.

      2. Penerimaan deklarasi bersejarah ini sangat bermakna kepada ASEAN KOMUNITI, di mana pendidikan tinggi sebagai penggerak utamanya.

    18. Pada akhir tahun 2015 jumlah pelajar antarabangsa di Malaysia telah melebihi 114,000. Pelajar antarabangsa telah menyumbang lebih RM3.3 bilion kepada pendapatan negara.

      1. Terima Kasih dan Tahniah diucapkan kepada EMGS (Education Malaysia Global Services) dan semua pihak yang telah berusaha mempromosi Malaysia dan dalam usaha memudahcara proses enrolmen pelajar antarabangsa.

      2. Moga usaha diteruskan agar menjelang tahun 2020, sasaran kemasukan seramai 200,000 pelajar antarabangsa dengan sumbangan RM15.6 bilion kepada ekonomi negara tercapai.

    19. Tidak boleh dilupakan juga, prestasi bayaran balik yang diterima oleh pihak PTPTN yang meningkat sehingga RM1.448 bilion pada tahun 2015.

      1. Keputusan mewajibkan pemotongan gaji dan menyenarai-hitamkan peminjam yang enggan membayar balik, walaupun kurang popular, namun menunjukkan hasil yang positif demi masa depan anak-anak yang bakal memasuki IPT dan akan memerlukan dana tersebut.

      2. Saya berharap usaha ini diteruskan dan ditingkatkan pada 2016.

    20. Hadirin yang dihormati, berikut merupakan kutipan beberapa kejayaan pada tahun 2015.

    21. TERIMA KASIH saya ucapkan kepada semua – NC, TNC, LPU, Presiden Universiti, Ketua-ketua Eksekutif, Dekan, pensyarah, penyelidik, pelajar, wakil industri, sektor swasta, ibu bapa, Warga KPT, dan warga Pendidikan Tinggi keseluruhannya.

    22. 2015 sememangnya merupakan tahun yang SOARING UPWARDS.


    1. MENGHADAPI CABARAN & ISU 2016: EKONOMI & KEWANGAN
      1. Seterusnya, izinkan saya menyentuh beberapa cabaran dan isu 2016, bermula dengan ekonomi dan kewangan.

      2. Bajet 2016 yang telah diumumkan pada Oktober 2015 telah mengambil kira keadaan ekonomi dunia yang mencabar akibat penurunan harga minyak mentah dan komoditi. Nampaknya, cabaran ini akan berterusan pada tahun 2016.

      3. Walau apa pun yang akan berlaku, KPT dan warga IPT perlulah sentiasa komited, bersatu dan terus berusaha gigih untuk membela nasib rakyat serta memastikan program pendidikan tinggi terus dilaksanakan.

      4. Sejak awal lagi pihak Kementerian telah mengambil langkah untuk mengurangkan kebergantungan IPT kepada pembiayaan kerajaan dan meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan.

      5. Antara langkah yang diambil ialah:

        1. Memperkenalkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi meningkatkan penjanaan pendapatan sejak beberapa tahun yang lepas; dan

        2. Memperkenalkan beberapa strategi serta inisiatif keberhasilan utama di bawah Lonjakan 5 PPPM (PT) Kemampanan Kewangan.

      6. Pada masa yang sama, saya menyeru IPT untuk terus mengambil langkah-langkah yang kreatif untuk menjana pendapatan. Antara usaha yang boleh diambil selaras dengan Lonjakan 5 PPPM (PT) termasuk:

        1. Mengukuhkan jalinan alumni di dalam dan luar negara;

        2. Membuka potensi aset;

        3. Mewujudkan ekosistem keusahawanan;

        4. Mewujudkan sistem kewangan wakaf dan endowmen; dan

        5. Meningkatkan pengkomersialan idea.


    2. MENGHADAPI CABARAN & ISU 2016: TVET – UMUM
      1. Mengarusperdanakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) merupakan salah satu fokus utama KPT pada tahun 2016, selaras dengan Lonjakan 4 PPPM(PT) iaitu ‘Melahirkan Graduan TVET yang Berkualiti'.

      2. Di bawah RMK11, 45% (225,000) pelajar lepasan SPM disasarkan memasuki bidang TVET menjelang 2020 dan jumlah ini akan meningkat ke 301,000 menjelang tahun 2025. Pengambilan pelajar pada masa ini adalah sekitar 165,000 setiap tahun.

      3. Sebanyak 1.5 juta pekerjaan berasaskan TVET juga akan diwujudkan menjelang tahun 2020 dan ini menggambarkan betapa pentingnya TVET dalam lanskap pembangunan negara.

      4. Justeru, jumlah enrolmen dalam TVET perlu dipertingkatkan di peringkat Politeknik dan Kolej Komuniti.

      5. Jaringan Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN), yang terdiri daripada UTeM, UTHM (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia), UniMAP (Universiti Malaysia Perlis) dan UMP (Universiti Malaysia Pahang), juga perlu memainkan peranan dalam meningkatkan kualiti TVET di peringkat Pendidikan Tinggi, terutamanya dalam melahirkan graduan TVET yang bukan sahaja berkualiti, tetapi juga BERINOVASI.


    3. MENGHADAPI CABARAN & ISU 2016: TVET – POLITEKNIK
      1. Apabila kita menyebut tentang TVET, maka perlulah kita menyentuh tentang Politeknik dan Kolej Komuniti.

      2. Di akhir 2015, sejumlah 96,069 orang pelajar mengikuti 92 program pengajian di 34 buah Politeknik seluruh negara. Manakala tenaga pengajar di Politeknik berjumlah 7,916 orang.

      3. Mulai sesi Disember 2015, politeknik terbaru iaitu Politeknik Besut, Terengganu, telah membuat pengambilan sulungnya.

      4. Pada tahun 2016, Jabatan Pendidikan Politeknik akan mempertingkatkan pengambilan pelajar dengan penubuhan politeknik baharu di Bagan Datoh (yang berfokus kepada bidang Industri Perkapalan), Seri Menanti (bidang Pengurusan Resort) dan Politeknik METrO Tawau (industri perkhidmatan).

      5. Politeknik secara keseluruhannya menyasarkan enrolmen akan melebihi 100,000 menjelang tahun 2020 agar lebih ramai lepasan SPM berpeluang mengikuti TVET.

      6. Pada tahun ini juga, Politeknik akan meningkatkan usaha penubuhan beberapa Pusat Berteknologi Tinggi Malaysia-Korea (Centres of Technology) di bawah inisiatif Dasar Pandang Ke Timur Gelombang Kedua (Look East Policy, Wave 2). Nidang kerjasama yang dijalinkan merangkumi bidang automotif, telekomunikasi dan robotik, serta bidang IT.

      7. Selaras dengan hasrat meningkatkan kemasukan pelajar antarabangsa, daya saing dan memperkasakan Politeknik Malaysia, saya dengan bangganya mengumumkan bahawa mulai tahun 2016, pelajar dari negara ASEAN berpeluang untuk mengikuti program pengajian sepenuh masa di tiga buah Politeknik Premier iaitu di Ipoh, Shah Alam dan Johor Bahru. Politeknik menyasarkan pengambilan pelajar luar negara sehingga dua peratus enrolmen pelajar menjelang tahun 2020.


    4. MENGHADAPI CABARAN & ISU 2016: TVET – KOLEJ KOMUNITI
      1. Bagi Kolej Komuniti pula, sehingga November 2015, terdapat 94 buah Kolej Komuniti dengan enrolmen sejumlah 18,529 orang pelajar dan tenaga pengajar seramai 2,836 orang seluruh negara.

      2. Kolej Komuniti berperanan untuk menyediakan peluang dan ruang akses kepada pendidikan formal dan tidak formal bagi pembangunan ekonomi masyarakat setempat.

      3. Kolej Komuniti juga merupakan Hab Pendidikan Sepanjang Hayat (PSH) dan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) yang dijangkakan berkembang sebanyak 10% pada tahun ini.

      4. Dalam usaha menerajui pendidikan fleksibel, pada tahun 2016 Kolej Komuniti akan:

        1. Menambah 4 lagi program berimpak tinggi di peringkat Diploma yang menggunakan kaedah pengajian secara Work-Based Learning (WBL) (menjadikan jumlah keseluruhan 15 program); dan

        2. Menawarkan program bersifat modular dan bertindan (stackable).

      5. Di sini juga, dalam usaha mengupayakan rakyat melalui pendidikan tinggi, sukacita saya mengumumkan bahawa Kolej Komuniti akan menerajui projek pembinaan Rumah Kos Rendah menggunakan teknologi komposit dengan kos seunit rumah kurang RM20,000.00.

      6. InsyaAllah, kejayaan projek ini akan mengubah nasib rakyat golongan miskin di negara.


    5. MENGHADAPI CABARAN & ISU 2016: PELAJAR
      1. Pembangunan pelajar merupakan fokus utama PPPM (PT). Tiada yang lebih penting daripada pelajar dan itulah sebabnya Lonjakan 1 PPPM (PT) berhasrat melahirkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan, dan seimbang.

      2. Pentaksiran & Pelaporan Bersepadu iCGPA

      3. Bagi memastikan hasrat ini tercapai, kerajaan telah memulakan projek rintis inisiatif iCGPA (Intergrated Cumulative Grade Point Average) pada September 2015.

      4. iCGPA berfungsi sebagai mekanisma pentaksiran dan pelaporan, dalam bentuk Spider Web, yang akan mengambil kira pembangunan pelajar dari segi adab, keilmuan dan keupayaan merentasi 8 domain.

      5. Pada tahun 2016 ini, saya menyeru kesemua universiti untuk melakukan transformasi reka bentuk kurikulum agar lebih komprehensif dan relevan, serta bersedia untuk memenuhi keperluan iCGPA.

      6. iCGPA: Kesukarelawanan

      7. Salah satu domain yang akan dinilai dibawah iCGPA adalah kesukarelawanan.

      8. Kesukarelawanan memberi peluang kepada pelajar untuk menyumbang kepada masyarakat dan meningkatkan kualiti kehidupan Rakyat.

      9. Sekiranya kesemua 1.2 juta pelajar IPT menyertai aktiviti kesukarelawanan, bayangkan manfaat yang boleh diperolehi masyarakat.

      10. Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) merupakan contoh terbaik di mana sukarelawan YSS berpeluang ke Sabah, Laos, Cambodia serta banyak lagi tempat, dan mereka telah berjaya mengubah kehidupan komuniti setempat.

      11. Terdapat pelbagai aktiviti kesukarelawanan yang boleh disertai pelajar, dan pada tahun 2016 ini, saya menyeru setiap universiti menyediakan kerangka pengiktirafan penglibatan pelajar dalam aktiviti kesukarelawanan bagi menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti kesukarelawanan.

      12. Penawaran Program Fleksibel: 2U2i

      13. Dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran, ketersediaan dan kemahiran pelajar IPT untuk alam pekerjaan, pengalaman industri amat penting sekali.

      14. Itulah sebabnya mulai tahun 2016, program 2U2i (2 University + 2 Industri) akan dilaksanakan.

      15. 2u2i merupakan program Work Based Learning (belajar sambal bekerja) di mana pelajar akan belajar selama dua tahun di universiti dan dua tahun menimba pengalaman industri.

      16. Tahun 2016 akan menyaksikan UMK (Universiti Malaysia Kelantan) dan UPM (Universiti Putra Malaysia) menawarkan program 2U2i ini.

        1. a. UMK mensasarkan pelajar menimba pengalaman keusahawanan bersama industri kecil dan sederhana pada tahun ke-3, dan pada tahun ke-4 pula, pelajar akan fokus kepada menjalankan perniagaan sendiri.

        2. b. UPM pula akan menempatkan pelajar mereka di ekosistem perladangan pada dua tahun terakhir pengajian mereka.

      17. Kebajikan Pelajar

      18. Saya ingin mengambil peluang ini juga untuk mengingatkan warga IPT agar jangan lupa akan isu kebajikan pelajar, dan sentiasa prihatin akan kekangan yang dihadapi mereka. Ambillah inisiatif untuk mengenalpasti pelajar dalam kesusahan dan yang mungkin memerlukan bantuan kita.

      19. Baru-baru ini memang timbulnya isu kebajikan, dan saya ingin mengucapkan TERIMA KASIH kepada warga IPT yang bersungguh-sungguh menjaga kebajikan pelajar. Moga usaha diberkati dan diteruskan.

      20. PPPM (PT) tidak lagi menggunakan istilah ‘human capital’ di dalamnya. Ini adalah kerana kita mahu berganjak daripada istilah melahirkan ‘human capital’ kepada melahirkan ‘human beings’.

      21. Sesungguhnya, peranan IPT adalah untuk melahirkan insan demi masa depan negara.


    6. MENGHADAPI CABARAN & ISU 2016: PENSYARAH
      1. Pensyarah dan pegawai sokongan merupakan nadi dan roh (heart and soul) kepada pendidikan tinggi.

      2. Seperti yang telah digariskan dalam Lonjakan 2 PPPM PT iaitu Kecemerlangan Bakat, universiti perlu memperkenalkan empat laluan kerjaya yang akan memberi peluang kepada setiap ahli akademik untuk merancang masa depan kerjaya masing-masing. Laluan yang dimaksudkan ialah:

        1. Pengajaran

        2. Penyelidikan

        3. Kepimpinan institusi; dan

        4. Pengamal Profesional

      3. Kementerian telah pun membuat penurunan kuasa autonomi kepada universiti awam untuk melaksanakan 4 jenis laluan kerjaya ini.

      4. Pihak KPT juga sedang menyediakan Buku Panduan ‘Strengthening Career Pathways and Leadership Development' bagi membantu universiti membangunkan 4 laluan kerjaya ini.

      5. Kepelbagaian ini akan merangsang inovasi serta memperkayakan budaya kecemerlangan komuniti akademik.

      6. Di bawah trek pengamal profesional, saya berbesar hati mengumumkan fasa ke-2 PROGRAM CEO FAKULTI yang akan dikembangkan dengan penyertaan 19 KETUA EKSEKUTIF syarikat berkaitan kerajaan, dan 10 pegawai tinggi daripada pelbagai kementerian dan agensi kerajaan, termasuk Ketua Setiausaha Negara (KSN).

        1. Besar harapan saya bahawa dengan penyertaan mereka, pelajar cemerlang akan terdorong untuk menyertai perkhidmatan awam, sekaligus meningkatkan kualiti perkhidmatan awam negara!


    7. MENGHADAPI CABARAN & ISU 2016: KERJASAMA INDUSTRI - AKADEMIA - KOMUNITI – KERAJAAN
      1. Malaysia berhasrat menjadikan inovasi sebagai peneraju pertumbuhan ekonomi negara dan membangunkan ekosistem inovasi merupakan lonjakan 7 PPPM (PT).

      2. Melalui pendekatan quadruple helix ataupun konsep lingkaran empat pihak, pengembelingan tenaga antara akademia, industri, kerajaan dan komuniti akan mewujudkan pemindahan pengetahuan (knowledge exchange) bagi menjana pertumbuhan dalam bidang keutamaan negara.

      3. Pada tahun 2015, antara kerjasama yang telah membuahkan kejayaan ialah Knowledge Transfer Centre Toray-USM, Kursi Perbankan dan Kewangan UUM-CIMB, Akademi IoT UTeM-Samsung dan inisiatif MyInnovationHub.

      4. Disamping itu, KPT sedang menambah baik garis panduan penempatan silang akademia-industri (Cross-Fertilisation) bagi meningkatkan aktiviti kerjasama.

      5. Pada tahun 2016, saya menyeru IPT untuk memberi fokus kepada kerjasama inovasi yang membawa kepada pengkomersialan idea (commercialisation of Ideas).

        1. Dalam konteks inovasi, hasil penyelidikan R&D dapat membawa kepada pengkomersialan produk dan pengkomersialan idea.

        2. Pengkomersialan idea adalah apabila IPT memberi perkhidmatan sebagai perunding pakar dan solutions provider kepada industri, menyampaikan latihan, menerbitkan buku, dan menjalani kontrak penyelidikan.

      6. Antara tahun 2007 dan 2011 ROI daripada pengkomersialan idea adalah sebanyak RM 1.25 billion dan ini merupakan sumber menjana pendapatan yang lumayan dan berpotensi tinggi kepada IPT dan negara.

      7. InshaAllah, melalui pendekatan Quadruple Helix dan pengkomersialan idea, Rakyat Malaysia akan dapat merasai manfaat hasil pendidikan tinggi dengan lebih nyata lagi.


    8. MENGHADAPI CABARAN & ISU 2016: PENYELIDIKAN
      1. Baru-baru ini, dalam laporan bertajuk “ASEAN Research Landscape” yang diterbitkan oleh Thompson Reuters, dapatan menunjukkan bahawa landskap penyelidikan Malaysia telah tumbuh sebanyak 594% antara tahun 2005-2014.

      2. Pertumbuhan Malaysia berkali ganda melebihi ASEAN iaitu 189%, USA 34%, EU 46% dan dunia 36%.

      3. Alhamdulillah, ini menunjukkan bahawa pelaburan kerajaan ke dalam usaha-usaha penyelidikan terutanya projek Universiti Penyelidikan sejak hampir 10 tahun lalu kini membuahkan hasil.

      4. Penyelidikan telah berjaya dibudayakan di universiti. Lantaran itu, Universiti Penyelidikan akan terus diberikan suntikan dana untuk melaksanakan aktiviti RDCI yang berlandaskan kepada penghasilan bakat, kecemerlangan penyelidikan dan penjanaan kekayaan berpaksikan rakyat (people growth).

      5. Sehubungan itu, program penyelidikan fundamental (Fundamental Research programmes) yang diterajui oleh KPT amat penting bagi penghasilan ilmu secara berterusan. Walaupun kita maklum senario ekonomi semasa, sukacitanya saya ingin memaklumkan bahawa geran penyelidikan bagi tahun 2016 KEKAL kepada RM470 juta.

      6. Kita akan membuat penjajaran program penyelidikan supaya berfokus kepada sektor keutamaan Negara termasuk Bottom 40, Perbankan Islam, Penyakit Tropika dan pemerkasaan belia serta kewarganegaraan and warisan.

      7. Penyelidikan yang dipacu-industri dan dipacu-permintaan akan ditingkatkan untuk menyelesakan permasalahan tertentu sektor industri dan komuniti.


  4. MOVING FORWARD 2016 – PPPM PT
    1. Dalam usaha untuk melaksanakan PPPM (PT) dengan lebih berkesan, Lonjakan 10 iaitu Transformasi Penyampaian Pendidikan Tinggi menggariskan satu lagi inisiatif keberhasilan utama iaitu Program Transformasi Universiti ataupun University Transformation Programme – UniTP.

    2. Satu daripada lapan elemen UniTP adalah penyediaan lima “Playbooks” atau Buku Panduan bagi membantu IPT mentransformasikan institusi masing-masing. Buku Panduan akan dilancarkan secara berkala pada tahun ini dan berfokuskan kepada:

      1. Governans dan Kecekapan Lembaga Universiti;

      2. Produktiviti dan Kewangan;

      3. Trek kerjaya dan pembangunan kepimpinan;

      4. Pengurusan prestasi dan pelaporan kewangan; dan

      5. Penjanaan dana dan endowmen.

    3. Dengan ini, setiap institusi, samada UA, IPTS, Politeknik ataupun Kolej Komuniti haruslah membangunkan dan memantapkan pelan transformasi masing-masing dengan merujuk kepada Playbooks tersebut sebagai panduan pelaksanaan.

    4. Selaras dengan pemantanpan Transformasi Universiti dan penambahbaikan sistem penyampaian KPT, saya dengan bangganya mengumumkan bahawa:

      1. MQA telah bersetuju untuk menerima keputusan Saringan Awal JPT sebelum Universiti Awam dan IPTS menyerahkan permohonan Akreditasi kepada MQA; dan

      2. MQA telah bersetuju menghapuskan keperluan mendapat 'Certificate of Quality Compliance (CQC)' bermula tahun ini; dan

    5. Sekiranya perkara ini berjaya dilaksanakan saya yakin MQA boleh menilai program dalam tempoh yang singkat dari tempoh piagam pelanggan yang sedia ada.

    6. Bagi IPTS pula, pada tahun lalu, KPT telah melaksanakan Audit Pematuhan untuk memastikan IPTS mematuhi peraturan dan peruntukan perundangan pendidikan tinggi. Sukacita diumumkan bagi tahun 2015, 86% IPTS yang diaudit mematuhi peruntukan Akta IPTS 1996 (Akta 555) dan Peraturan-peraturan dibawah akta tersebut. Tahniah kepada IPTS yang berkenaan.


  5. MOVING FORWARD 2016 – PENDIDIKAN FLEKSIBEL
    1. Pendidikan sentiasa mengalami evolusi, semenjak penciptaan manusia pertama, iaitu Nabi Adam A.S., pendidikan pada awalnya berbentuk tidak formal.

    2. Manusia menyampaikan ilmu kepada satu sama lain di masjid, gereja dan istana. Sememangnya, universiti pertama di dunia bermula daripada masjid, iaitu University al-Qarawiyyin di Fes, Morocco yang diasaskan oleh wanita bernama Fatima al-Fihri sekitar tahun Masihi 859.

    3. Selepas itu, pendidikan menjadi lebih berstruktur dan formal. Universiti tertua di dunia barat merupakan Universiti Bologna (1088). Tidak lama kemudian Universiti Oxford ditubuhkan pada tahun 1096 menjadikannya universiti menggunakan bahasa inggeris tertua di dunia. Sebagai perbandingan, Universiti Harvard diasaskan pada 1635.

    4. Sepertimana yang boleh dilihat, pendidikan formal dan berstruktur telah wujud lebih daripada 1000 tahun.

    5. Kini, teknologi telah mengubah dunia pendidikan daripada berbentuk tidak formal kepada formal. Dan evolusi pendidikan seterusnya merupakan FLEKSIBEL.

    6. Pada saya, pendidikan fleksibel:

      1. Bersifat antara-bidang (interdisciplinary);

      2. Bersifat antara-universiti & pelbagai-IPT (interuniversity);

      3. Bersifat tempatan dan juga antarabangsa (localised yet globalised);

      4. Membenarkan mobiliti pelajar dan pendidik; dan

      5. Membenarkan pengiktirafan bersama bagi kursus oleh pelbagai IPT.

    7. Pendidikan fleksibel mengiktiraf pendekatan pembelajaran di alam maya (MOOCs) dan pada masa yang sama, pembelajaran secara bersemuka (face-to-face).

    8. Cuba hadirin bayangkan:

      1. Pada suatu hari nanti, seorang pelajar jurusan sains bernama Radhi akan mengambil kelas sains alam sekitar 101 di Universiti Sains Malaysia. Semester 2, dia mengambil kelas sains alam sekitar 201 di Universiti Malaya.

      2. Pada semester seterusnya dia memasuki kelas keusahawanan yang disampakan melalui kaedah MOOCs (Massive Open Online Courses) yang ditawarkan oleh Sunway University.

      3. Sebagai tambah nilai, Radhi mengikuti kursus kemahiran membaiki kereta solar di Politeknik Ibrahim Sultan.

      4. Radhi juga telah ke Kolej Komuniti Bayan Baru untuk belajar gamifikasi.

      5. Di akhir tempoh pengajian, Radhi mendapat ijazah yang diiktiraf dan dikeluarkan bersama oleh kesemua institusi tersebut.

    9. Contoh di atas menggambarkan betapa uniknya pengalaman yang boleh ditawarkan IPT melalui PENDIDIKAN FLEKSIBEL. Oleh itu, pendekatan PENDIDIKAN FLEKSIBEL perlu diterokai dan dilaksanakan secara terancang, menyeluruh dan strategik mulai tahun 2016.

    10. Dalam hal ini juga, peranan MQA menjadi begitu penting dalam menyokong hasrat pendidikan fleksibel tanpa kompromi dalam aspek jaminan kualiti dan akreditasi. Keterbukaan MQA dalam hal ini amatlah dihargai.

    11. Sukacita saya mengumumkan bahawa MQA telah diberi mandat untuk melaksanakan inisiatif “MOOCs plus Credit Recognition and Transfer”. Ini akan membolehkan semua kursus MOOCs dari Malaysia dan luar negara didaftarkan ke dalam platform MOOCs Malaysia dan diberikan kredit, dan kredit ini boleh dipindahkan untuk tujuan penganugerahan sijil, diploma dan ijazah.

    12. Inisiatif ‘pengkreditan MOOCs ini’ akan menjadikan pendidikan tinggi Malaysia lebih fleksibel dan terbuka serta mampu menarik lebih ramai pelajar Malaysia dan juga pelajar dari pelusuk dunia. Polisi ini akan menjadi polisi utama negara dan bakal menjadi yang pertama di dunia seumpamanya.

    13. Sukacita juga saya mengumumkan bahawa MQA akan mula memperluaskan pelaksanaan program APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) untuk tujuan penganugerahan kredit. Dan akan bakal dikenali sebagai APEL (C)

      1. Pelaksanaan APEL(C) akan membolehkan pelajar mendapat pemindahan kredit dari pengalaman kerja.

      2. APEL(C) akan membolehkan graduan memilih tempoh pengajian sendiri yang lebih fleksibel.


  6. MOVING FORWARD 2016 – GAMIFICATION
    1. Pendekatan kepada pendidikan fleksibel dapat ditingkatkan melalui inovasi yang di kenali sebagai gamifikasi ataupun gamification.

    2. Gamifikasi merupakan pendekatan yang menggunakan kaedah permainan (seperti video game) dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Gamifikasi menjadikan proses P&P menjadi lebih menarik, interaktif dan engaging.

    3. Menurut kajian daripada University of Mississippi, pelajar yang belajar matapelajaran sejarah melalui gamifikasi menunjukkan minat yang lebih tinggi dan penglibatan lebih aktif dalam matapelajaran tersebut.

    4. Pada masa yang sama, pasaran dan permintaan untuk menghasilkan perisian gamification dijangkakan mencecah USD 2.8 bilion pada tahun 2016, dan USD 5.5 bilion menjelang tahun 2018. Perkembangan ini haruslah diberi perhatian oleh semua pihak kerana boleh menjadi sumber dana yang lumayan.

    5. Saya suka menyarankan supaya satu inisiatif dibentuk di kalangan mereka yang berkebolehan untuk membangunkan gamifikasi, dengan menerapkan nilai dan budaya tempatan supaya kaedah ini, di samping berjaya dijadikan alat P&P ia juga dapat memberi kefahaman masyarakat pelajar terhadap nilai budaya dan identiti negara.


  7. MOVING FORWARD 2016 – MENGIKTIRAF KEUNGGULAN GLOBAL PENDIDIKAN TINGGI
    1. Sepertimana yang telah saya katakan sebelum ini, pendidikan pada depan berciri  fleksibel dan berasaskan teknologi.

    2. Satu lagi elemen penting masa depan pendidikan tinggi ialah sifat globalnya.

    3. Di sini ada 2 perkara untuk disentuh:

      1. a. Pertama, Pendidikan perlu bersifat pelbagai bahasa (multi-lingual)

      2. b. Kedua, Pendidikan perlu bersifat pelbagai bidang (multi-disciplinary)

        1. i. Bayangkan seorang doktor yang juga layak dalam bidang shariah, ataupun seorang juruterbang yang layak dalam bidang undang-undang ataupun jurutera yang juga akauntan bertauliah.

        2. ii. Melahirkan pelajar berkemahiran pelbagai-bidang bukanlah sesuatu yang baru, dan sebenarnya merupakan perkara biasa sejak zaman dahulu lagi.

        3. iii. Ibn Sina, salah seorang pemikir terhebat zaman kegemilangan Islam, juga dikenali sebagai seorang doktor dan pakar falsafah, dan selalu menulis dalam bidang austronomi, geografi, matematik dan sajak.

        4. iv. Saintist terkenal, Albert Einstein juga pernah menerbitkan lebih 150 penerbitan dalam bidang falsafah.

    4. Sehubungan itu, IPT perlu melihat semula reka cipta kurikulum mereka supaya berbentuk multi-lingual dan multi-disciplinary.


  8. KESEPUNYAAN
    1. Demi menjayakan pendekatan pendidikan FLEXIBEL, kerangka pemikiran yang baru dalam konteks pendidikan tinggi diperlukan.

    2. Dalam hal ini, konsep kesepunyaan ataupun “commonality” perlu dihargai.

    3. Kesepunyaan merujuk kepada keadaan di mana setiap IPT, daripada Universiti Awam dan Swasta, hinggalah ke Politeknik dan Kolej Komuniti, dilihat sebagai ahli-ahli dalam satu ekosistem yang lengkap.

    4. Kesemua ahli ini:

      1. boleh berganding bahu menyampaikan pengalaman pembelajaran yang unik,

      2. boleh berkongsi sumber insan dan kewangan,

      3. boleh menjalankan penyelidikan berimpak tinggi bersama-sama,

      4. boleh mengeluarkan sijil, diploma dan ijazah bersama; dan

      5. boleh bekerjasama demi kebaikan keseluruhan dan bukan sahaja kebaikan seseorang.

    5. Asas kesepunyaan adalah saling hormat-menghormati dan keserakanan (collegiality).

    6. Kesepunyaan ini bukan sahaja akan membolehkan penjimatan kos, tetapi membolehkan pengoptimuman sumber.

    7. Saya percaya bahawasanya dengan pendekatan kesepunyaan, pendidikan tinggi negara akan menjadi antara yang terbaik di dunia.


  9. PENUTUP
    1. Saya berharap bahawa semangat menerokai Pendidikan Fleksibel tersemai di qalbu hadirin.

    2. Secara peribadi, saya benar-benar mempercayai bahawa Pendidikan Fleksibel merupakan hala tuju masa depan pendidikan tinggi negara dan juga dunia.

    3. Dengan adanya teknologi, maka berubahlah landskap pendidikan tinggi.

    4. Dengan gamifikasi, maka lebih dinamiklah P&P.

    5. Dengan kesepunyaan, maka bersatulah IPT.

    6. Dan dengan pelajar yang pelbagai-bahasa (multi-lingual) dan pelbagai-bidang (multi-disciplinary) serta terlibat dalam aktiviti kesukarelawanan, inshaAllah, pendidikan tinggi negara akan terus Soaring Upwards pada tahun 2016.

    7. Saya juga sekali lagi ingin menyatakan bahawa saya dan Kementerian komited dan akan pastikan rakyat Malaysia mendapat sistem pendidikan yang terbaik.

    8. Marilah kita bersama-sama berdoa kepada Allah S.W.T agar segala perancangan dan pelaksanaan dapat direalisasikan.

Selamat menjalankan tugas dan selamat maju jaya.

Sekian, wassalam dan terima kasih.

Print Email