Broadcast

Ministry's latest announcement information

Lawatan YBM ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sg. Long

English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sg. Long hari ini.

PPV ini adalah hasil usaha sama di antara Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Sg. Long yang menyediakan fasiliti seperti dewan dan kemudahan logistik lain. Sementara itu, Hospital Pakar Sungai Long pula menyediakan kepakaran petugas kesihatan, pegawai perubatan dan jururawat.

PPV ini telah mula beroperasi pada 31 Mei 2021 dan berkemampuan untuk memberi 1,000 vaksin setiap hari.

Turut hadir YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi, YBhg. Datuk Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Kementerian Pengajian Tinggi dan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi.

  • Last updated on .
  • Hits: 375
Ministry of Higher Education Official Portal © All rights reserved
Last Modified: Monday 21 June 2021, 14:12:15.