Soalan Lazim (FAQ) Kemasukan Pelajar Ke Universiti Awam (UA), Kolej Matrikulasi KPM, Institut Pendidikan Guru (IPG), Politeknik, Kolej Komuniti Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

English translation not available for this content.

A.UMUM

1. Apa maksud BKPA, JPT?

BKPA JPT adalah Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) di Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) atau lebih dikenali dengan UPU. BKPA JPT adalah bahagian yang Kemasukan bertanggungjawab menyelaras kemasukan ke:

  1. 20 Universiti Awam (UA),17 Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 27 Institut Pendidikan Guru (IPG), 36 buah Politeknik, 103 Kolej Komuniti dan 4 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melalui UPUOnline

    • Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf
    • Program Pengajian Lepasan SPM
  2. 33 Politeknik Konvensional/METrO, 3 Politeknik Premier 103 Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melalui UPUSkills

    • Program Pengajian Lepasan SPM
    • Program Pengajian Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia, Sijil Suruhanjaya Tenaga dan Kemasukan ke Program Sijil PengajarVokasional (VTO)
2. Apa itu meritokrasi dalam kemasukan pelajar?

Meritokrasi adalah penentuan nilai merit yang dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa, keturunan, negeri, tempat tinggal dan sebagainya. Prinsip meritokrasi mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA), Kolej Matrikulasi KPM, IPG, 36 buah Politeknik, 103 Kolej Komuniti, dan 4 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

3. Perbezaan antara Politeknik Premier dengan Politeknik Konvensional/ METrO?

Politeknik Premier adalah politeknik yang setanding dengan Universiti Awam. Tiga (3) Politeknik Premier adalah:

  1. Politeknik Ungku Omar, Perak (PUO)
  2. Politeknik Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Selangor (PSA)
  3. Politeknik Ibrahim Sultan, Johor (PIS)

Manakala Politeknik Konvensional pula adalah 28 buah politeknik selain Politeknik Premier seperti berikut:

  1. Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang
  2. Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kedah
  3. Politeknik Kota Bharu, Kelantan
  4. Politeknik Kuching, Sarawak
  5. Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan
  6. Politeknik Kota Kinabalu, Sabah
  7. Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang
  8. Politeknik Melaka, Melaka
  9. Politeknik Kuala Terengganu, Terengganu
  10. Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu
  11. Politeknik Merlimau, Melaka
  12. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah
  13. Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak
  14. Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor
  15. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis
  16. Politeknik Muadzam Shah, Pahang
  17. Politeknik Mukah, Sarawak
  18. Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang
  19. Politeknik Jeli, Kelantan
  20. Politeknik Nilai, Negeri Sembilan
  21. Politeknik Banting, Selangor
  22. Politeknik Mersing, Johor
  23. Politeknik Hulu Terengganu, Terengganu
  24. Politeknik Sandakan, Sabah
  25. Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Johor
  26. Politeknik Bagan Datuk, Perak
  27. Politeknik Besut, Terengganu
  28. Politeknik Tawau, Sabah

Politeknik METrO adalah adalah politeknik yang ditubuhkan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah dalam bidang tertentu. Lima (5) buah Politeknik METrO adalah

  1. Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL)
  2. Politeknik METrO Kuantan, Pahang (PMKU)
  3. Politeknik METrO Johor Bahru, Johor (PMJB)
  4. Politeknik METrO Betong, Sarawak (PMB)
  5. Politeknik METrO Tasek Gelugor, Pulau Pinang (PMTG)
4. Ada Program Pengajian Lepasan STPM/ Setaraf, ada Lepasan SPM dan Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia, Sijil Suruhanjaya Tenaga dan Kemasukan ke Program Sijil Pengajar Vokasional (VTO). Banyak sangat yang saya tidak faham dan keliru. Cuba terangkan maksud bagi setiap perkara?

Program pengajian Lepasan STPM/ Setaraf adalah calon yang mempunyai kelayakan seperti STPM, STAM, Matrikulasi/ Asasi, Diploma, A-Level dan lain-lain untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Manakala program pengajian Lepasan SPM pula adalah calon yang mempunyai kelayakan SPM untuk melanjutkan pengajian ke Peringkat Asasi, Sijil, Sijil Matrikulasi, Ijazah Sarjana Muda Perguruan (DI IPG SAHAJA) dan

Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia/ Sijil Suruhanjaya Tenaga adalah calon yang mempunyai SKM dan Sijil Pendawaian/ Sijil Jentera untuk naik tahap

Sijil Pengajar Vokasional (VTO) pula adalah terbuka kepada semua calon yang mempunyai Sijil/ Diploma untuk mengikuti program menjadi tenaga pengajar Vokasional.

5. Selain daripada Portal Rasmi Kemasukan Pelajar iaitu http://upu.moe.gov.my, saluran mana yang boleh saya dapatkan informasi terkini dan adakah terdapat aktiviti anjuran BKPA JPT untuk menyebar luas maklumat kemasukan bagi membantu saya dalam mencapai cita-cita yang akhirnya mencorakkan negara dengan pembangunan modal insan yang seimbang?

Setiap tahun KPT akan menganjurkan Karnival iaitu Jom Masuk IPT. Ini adalah sebagai platform untuk persiapan kemasukan pelajar. Kiosk-kiosk UPUOnline disediakan di tapak karnival, khidmat runding cara bersama pegawai daripada Kementerian, Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Pendidikan Guru, Matrikulasi dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Selain daripada itu, BKPA JPT juga telah mengambil pendekatan proaktif dengan:-

Facebook : KEMASUKAN BPKP JPT
Twitter : @TWT_UPU
Instagram : @KEMASUKANBPKP
Play Store/App Store : UPUPocket 2.0

Anda digalakkan untuk Facebook Kemasukan BPKP JPT bagi memastikan maklumat terkini sentiasa diperoleh.

6. Apakah perbezaan permohonan Fasa 1 dan Fasa 2 bagi pelajar Matrikulasi/ Asasi?

Pada fasa 1, pemohon lepasan Matrikulasi/ Asasi akan mengisi maklumat peribadi dan pilihan program berdasarkan keputusan semester 1. Manakala pada fasa 2 pemohon hanya boleh membuat pilihan program bukan bertemuduga sahaja dan berdasarkan keputusan penuh peperiksaan.

7. Orang Asli, B40, Atlet dan OKU disediakan laluan khas untuk pemilihan kemasukan ke IPTA, boleh terangkan apa maksud laluan khas tersebut?

Laluan khas adalah mod kemasukan yang diwujudkan bagi empat (4) kumpulan iaitu Orang Asli, B40, Atlet dan OKU di mana kumpulan ini akan diproses pemilihan kemasukan tanpa perlu bersaing dalam sistem meritokrasi kelompok perdana. Walau bagaimanapun, pemilihan golongan ini masih tertakluk kepada memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan dan kekosongan tempat yang disediakan.

B. PERMOHONAN

8. Bagaimana permohonan kemasukan ke IPTA, IPG dan Matrikulasi dan ILKA boleh dikemukakan?

Permohonan kemasukan ke IPTA, IPG, Matrikulasi dan ILKA adalah secara atas talian sahaja iaitu melalui UPUOnline di Portal Rasmi BKPA (UPU) iaitu http://upu.moe.gov.my

9. Bila permohonan kemasukan dibuka dan adakah bayaran dikenakan untuk mengemukakan permohonan?

Permohonan kemasukan melalui UPUOnine akan dibuka pada Januari atau Februari setiap tahun dan setiap permohonan dikenakan bayaran melalui pembelian No. Unik ID. Tarikh dan tempoh permohonan bergantung kepada pemakluman semasa. Pemohon disaran untuk merujuk takwim BKPA.

10. Bagaimanakah cara untuk membeli No. Unik ID tersebut dan berapa harga yang dikenakan?

No. Unik ID boleh dibeli dengan cara berikut:-

Pembelian secara individu melalui Kaunter BSN dan jika pemohon/ ibu bapa memiliki akaun GIRO BSN, pembelian boleh dibuat melalui Automated Teller Machine (ATM) dan perbankan internet (myBSN). Harga No.

11. Bagaimana untuk memastikan No. Unik ID yang dibeli adalah betul?

Pastikan No. Kad Pengenalan yang tertera dalam Slip No. Unik ID BSN adalah betul. Jika pemohon adalah Lepasan STPM/Setaraf, No. Unik ID bermula dengan angka 13XXXX dan jika pemohon adalah Lepasan SPM, No. Unik ID bermula dengan angka 16XXXX.

12. Bolehkah saya akses UPUOnline tanpa membeli No. Unik ID?

Boleh. Anda hanya perlu Daftar Kali Pertama terlebih dahulu dalam tempoh yang dinyatakan dengan memasukkan item yang diperlukan. Semasa Daftar Kali Pertama ini, anda tidak perlu masukkan No. Unik ID.

Selepas daftar, anda boleh akses UPUOnline untuk mendapatkan maklumat seperti berikut sebelum mengemukakan permohonan

  1. Manual Pengguna UPUOnline
  2. e-Panduan : Syarat Am dan Khas Kemasukan

Selepas itu, anda boleh membeli No. Unik ID dan mengemukakan permohonan.

Selain UPUOnline, anda juga boleh akses aplikasi UPUPocket 2.0 melalui smart phone yang boleh didapati di Play Store dan App Store. Aplikasi ini boleh digunakan untuk berikut :

  1. Semak kelayakan kemasukan
  2. e-Panduan : Syarat Am dan Khas Kemasukan
  3. Status permohonan
  4. Keputusan permohonan dan rayuan
  5. Rujukan tarikh penting
13. Bolehkah saya mohon UPUOnline sedangkan saya belum mendapat keputusan SPM atau STPM lagi?

Calon boleh mendaftar UPUOnline dalam tempoh yang ditetapkan.

Selepas lima (5) hari keputusan SPM/ STPM diumumkan, pilihan program yang layak sahaja akan dipaparkan dalam UPUOnline berdasarkan keputusan dan syarat kemasukan program pengajian.

Anda boleh mengelakkan sebarang masalah teknikal/ kesesakan jika memohon UPUOnline lebih awal.

14. Bagaimana saya tahu yang saya layak memohon atau tidak?

Anda boleh menyemak sama ada layak memohon atau tidak dengan melalui semakan e-Panduan. Semua program yang terpapar dalam sistem UPUOnline selepas keputusan rasmi SPM dan STPM dikeluarkan adalah program yang layak dipohon sahaja bagi calon semasa lepasan SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi dan STAM.

15. Semasa mengisi borang permohonan dalam talian, saya telah membuat kesilapan dalam mengisi jenis kategori. Adakah permohonan tersebut masih diproses oleh pihak BKPA?

Ya, masih diproses. Walau bagaimanapun, anda perlu memaklumkan kepada pihak BKPA, JPT terlebih dahulu melalui Sistem Maklum balas UPU kerana kesilapan dalam mengisi kategori akan menyukarkan proses permohonan. Pertukaran kategori ini hanya boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan ke: https://online.moe.gov.my/upu/maklumbalas/

16. Adakah saya perlu menghantar sebarang salinan dokumen/ sijil sebagai bukti bagi proses permohonan kemasukan?

Sekiranya pemohon merupakan lepasan SPM/ STPM/ Matrik/ Asasi/ STAM tahun semasa, mereka tidak perlu menghantar sebarang salinan dokumen/ sijil kerana BKPA JPT melaksanakan proses padanan dengan pelbagai agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Lembaga Peperiksaan, Majlis Peperiksaan Malaysia, Bahagian Sukan, Kokurikulum & Kesenian KPM dan sebagainya bagi memastikan data peribadi, keputusan peperiksaan, MUET dan markah kokurikulum adalah tepat.

Walau bagaimanapun, jika anda merupakan pelajar Lepasan STPM/ Setaraf dalam Kategori Diploma/Setaraf, anda perlu memuat naik beberapa dokumen penting dalam Sistem UPUOnline.

17. Bagaimana jika saya terlupa kata laluan saya, bagaimana cara untuk mendapatkannya semula?

Anda boleh buka portal rasmi kami di Sistem Permohonan UPUOnline dan tekan pada ruangan lupa kata laluan. Bagi tujuan set semula kata laluan, anda dikehendaki memastikan jawapan bagi soalan keselamatan adalah tepat. Sebarang pertanyaan juga boleh dikemukakan ke Sistem Maklum Balas UPU: https://online.moe.gov.my/upu/maklumbalas/

18. Siapakah yang boleh membuat pengesahan untuk dokumen bagi kategori Diploma setaraf?

Setiap salinan dokumen yang dimuat naik hendaklah mendapatkan ‘Salinan Diakui Sah’ daripada mana-mana pegawai kakitangan kerajaan gred 41 ke atas, Pengetua/Guru Besar /mana-mana ketua kampung/penghulu dan lain-lain.

19. Bagaimana cara pengisian ruangan no. kad pengenalan di maklumat bapa/ penjaga jika bapa saya bukan taraf warganegara?

Ruangan tersebut hanya menerima maklumat ibu/bapa/penjaga yang bertaraf warganegara dan mempunyai No Kad Pengenalan/ MyKad. Oleh itu, kemukakan maklumat penjaga yang lain seperti bapa/ ibu saudara atau sesiapa yang mempunyai hubungan keluarga terdekat sahaja. Pastikan penjaga lain tersebut mempunyai No. Kad Pengenalan/ MyKad.

20. Adakah saya boleh membuat pemohonan melalui UPUOnline jika saya mahu melanjutkan pelajaran dalam program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)?

Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) tidak boleh dipohon melalui UPUOnline, anda boleh memohon terus ke Universiti Awam berkenaan.

21. Bolehkah saya membuat permohonan melalui UPUOnline sedangkan saya belum tamat pengajian?

Calon Diploma/setaraf yang belum menamatkan pengajian dan dijangka akan tamat pengajian selepas tarikh UPUOnline ditutup, masih boleh mengemukakan permohonan UPUOnline.

Calon yang belum tamat dan hanya akan tamat pengajian selepas pemohonan ditutup hingga tarikh permohonan rayuan UPUOnline boleh mengemas kini tarikh tamat pengajian dan memuat naik dokumen terkini semasa Fasa 2 pada tarikh yang ditetapkan dan semasa permohonan rayuan untuk dipertimbangkan.(Sekiranya tidak ditawarkan semasa hebahan pertama).

22. Saya adalah pelajar lepasan STPM, bolehkah saya membuat permohonan UPUOnline ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda?

Boleh, bagi calon yang mempunyai keputusan STPM dan SPM, calon boleh mengemukakan permohonan ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda dengan syarat membeli dua nombor Unik ID untuk Lepasan SPM dan STPM / Setaraf.

23. Adakah permohonan UPUOnline boleh dibuat sekiranya saya masih belum mengambil MUET semasa permohonan dibuka?

Anda masih boleh mengemukakan permohonan UPUOnline sekiranya masih belum mengambil MUET semasa permohonan dibuka. Namun begitu, anda perlu memiliki keputusan MUET selewat-lewatnya sebelum tarikh tutup permohonan UPUOnline bagi membolehkan pemilihan program pengajian dibuat.

24. Saya terlambat membeli nombor Unik ID BSN. Adakah nombor pin akan dijual pada fasa rayuan dan boleh membuat permohonan?

Nombor Unik ID BSN hanya dijual pada tarikh permohonan dibuka sehingga sehari sebelum tarikh permohonan ditutup.

C. UPUONLINE

25. Bila pendaftaran UPUOnline untuk sesi kemasukan 2020/2021 bagi lepasan SPM dan STPM.

Bagi lepasan SPM dan STPM sesi kemasukan 2020/2021, pemohon boleh membuat pendaftaran di portal UPUOnline tanpa mengunakan Unik ID dan hanya perlu mengisi maklumat peribadi sahaja.

Jika pemohon terlepas untuk membuat sebarang pendaftaran, pemohon boleh membuat permohonan terus melalui UPUOnline semasa permohonan UPUOnline dibuka.

Program dan syarat kemasukan hanya dimuktamadkan semasa proses permohonan dibuka.

26. Saya telah tersilap daftar No. Kad Pengenalan (NO. KP) semasa pendaftaran peperiksaan SPM, adakah saya boleh memohon UPUOnline?

Boleh. Anda cuma perlu masukkan No. KP yang silap semasa pendaftaran peperiksaan SPM pada ruangan No. Kad Pengenalan Semasa Pendaftaran Peperiksaan dalam UPUOnline.

27. Adakah saya diberi peluang untuk membuat kemas kini permohonan di sebabkan kesilapan dalam mengisi permohonan?

Anda masih boleh mengemas kini permohonan tanpa sebarang had sepanjang tempoh permohonan. Namun demikian, anda perlu memastikan kemas kini maklumat hanya dilakukan oleh anda sendiri tanpa melibatkan mana-mana pihak ketiga. BKPA JPT tidak bertanggungjawab atas kesilapan maklumat yang dimasukkan.

28. Saya terlupa untuk mencetak/ simpan Slip Permohonan UPUOnline. Bagaimana cara untuk saya mencetak/ simpan Slip Permohonan UPUOnline dan adakah setiap kali saya kemaskini permohonan saya juga perlu mencetak Slip tersebut?

Ya, anda dinasihatkan untuk mencetak/menyimpan slip tersebut setiap kali mengemaskini permohonan. Anda hanya perlu login UPUOnline seperti biasa dan klik pada pautan menu SLIP pada sebelah kanan laman. Selepas itu, Slip Permohonan UPUOnline akan dipaparkan dalam format PDF. Anda boleh cetak terus atau menyimpan/save fail PDF tersebut dalam komputer anda.

29. Saya cuba klik pautan SLIP dalam UPUOnline, tetapi tiada sebarang paparan Slip Permohonan UPUOnline dipaparkan. Mengapakah perkara ini berlaku?

Perkara ini berlaku kerana anda tidak berjaya mengemukakan permohonan. Mungkin anda tidak klik ‘Sah & Hantar’ atau berlakunya gangguan internet semasa mengemukakan permohonan.

Anda perlu pastikan klik ‘Sah & Hantar’ dan pastikan juga Slip Permohonan UPUOnline dipaparkan dan dicetak/ disimpan sebagai rujukan bagi setiap permohonan. Pastikan Slip Permohonan UPUOnline adalah lengkap dengan maklumat permohonan.

30. Bagaimana saya perlu membuat pilihan program pengajian? Senarai program pengajian yang ada terlalu banyak.

Anda boleh melayari e-Panduan Kemasukan Pelajar untuk mendapatkan senarai program pengajian yang anda minati di URL seperti berikut :-

  1. IPTA & ILKA
    https://online.moe.gov.my

    Dalam e-Panduan ini, anda boleh menyemak sama ada layak memohon atau tidak.

  2. UPUPocket 2.0 dimana aplikasi mudah alih untuk smart phone anda yang boleh didapati di Play Store dan App Store.

Selain itu, selepas lima (5) hari keputusan STPM dan lima (5) hari keputusan SPM diumumkan, pilihan program yang dipaparkan dalam pilihan program pengajian di UPUOnline adalah yang anda layak sahaja berdasarkan keputusan SPM/STPM/Matrik/Asasi/STAM dan syarat kemasukan program pengajian.

31. Saya tidak boleh membuat permohonan UPUOnline kerana tidak mempunyai nombor kad pengenalan

UPUOnline hanya terbuka kepada warganegara Malaysia dan berstatus penduduk tetap sahaja. Jika anda bukan warganegara Malaysia, permohonan boleh dibuat secara terus kepada pihak universiti.

32. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya saya membuat semakan semula keputusan SPM?

Anda perlu memaklumkan kepada BKPA, JPT dan melampirkan sekali keputusan terkini bagi tujuan pengesahan. Pihak BKPA, JPT akan membuat padanan semula dengan Lembaga Peperiksaan untuk mendapatkan keputusan SPM terkini.

33. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya saya terlupa kata laluan dan masih tidak boleh menukar kata laluan walaupun menggunakan fungsi “terlupa kata laluan” yang telah disediakan.

Anda perlu menghubungi talian hotline UPU (03-8870 8200) untuk bantuan mendapatkan kata laluan yang telah didaftarkan. Sebarang pertanyaan boleh juga dikemukakan ke: https://online.moe.gov.my/upu/maklumbalas/

34. Saya merupakan lepasan SPM dan ingin mencetak borang permohonan. Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya dapati nombor giliran dan tahun peperiksaan tidak sama dengan maklumat yang telah diisi?

Anda perlu memaklumkan kepada BKPA,JPT ditalian hotline 03-8870 8200 dan juga boleh dikemukakan ke: https://online.moe.gov.my/upu/maklumbalas/

35. Untuk permohonan melalui UPUOnline bagi lepasan STPM, kenapa tiada ruangan untuk saya muat naik dokumen atau sijil-sijil berkaitan? Bagaimanakah pihak UPU pastikan keputusan STPM calon yang di guna pakai adalah tepat?

Bagi calon lepasan SPM/ STPM/ STAM dan juga Asasi UiTM/ Asasi Sains UM/ Matrikulasi KPM, keputusan peperiksaan bagi calon lepasan ini diperolehi secara terus daripada agensi seperti Lembaga Peperiksaan Malaysia (SPM dan STAM), Majlis Peperiksaan Malaysia (STPM), Pusat Asasi UM, Asasi UiTM dan juga Bahagian Matrikulasi KPM (Asasi/Matrikulasi KPM).

36. Saya telah menyelesaikan permohonan sehingga sah dan hantar, namun mengapakah saya tidak memperolehi slip pengesahan permohonan?

Slip pengesahan permohonan tidak akan dihantar kepada anda. Anda boleh mendapatkan slip permohonan dalam borang UPUOnline sebelum tarikh tutup permohonan. Anda perlu log masuk UPUOnline seperti biasa dan tekan pada pautan menu SLIP pada sebelah kanan laman. Selepas itu, slip permohonan UPUOnline akan dipaparkan dalam format PDF. Anda boleh mencetak terus atau menyimpan / save fail pdf tersebut.

37. Kenapa paparan program pengajian untuk pilihan pelajar berbeza-beza? Saya hanya layak memilih 6 sahaja pilihan program manakala rakan saya boleh memilih sehingga 12 pilihan. Mohon penjelasan.

Pilihan program telah ditapis berdasarkan keputusan SPM / STPM/ Matrikulasi/ Asasi calon dan juga syarat Am serta syarat Khas program yang telah ditetapkan oleh IPTA/ILKA. Hanya program yang layak dengan keputusan peperiksaan anda akan terpapar.

38. Saya bukan warganegara, bagaimanakah caranya saya boleh melanjutkan pelajaran sekiranya pemohon tidak boleh memohon melalui sistem UPUOnline?

Anda perlu membuat permohonan terus kepada universiti yang terlibat.

39. Bagaimanakah penentuan kaum dibuat oleh pihak BKPA?

Maklumat kaum dibuat berdasarkan padanan data yang dibekalkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

D. HEBAHAN, KEPUTUSAN DAN RAYUAN

40. Bagaimana saya boleh mengetahui bahawa saya dipanggil untuk temu duga atau ujian seperti Ujian MEdSI?

Anda perlu menyemak di laman web UA/ IPG/ Matrik/ Politeknik/ Kolej Komuniti dan ILKA yang berkaitan. Pihak UA/ Politeknik/ Kolej Komuniti dan ILKA yang berkaitan juga akan turut menghubungi anda untuk maklumkan mengenai panggilan Temu duga/ Ujian.

41. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan status keputusan permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA?
  1. a) Anda boleh menyemak status keputusan permohonan melalui 4 kaedah berikut:
    Internet :

  2. b) Talian Hotline UPU: 03-8870 8200

  3. c) UPUPocket 2.0

42. Adakah saya akan ditawarkan dengan program pengajian yang tidak dipilih dalam UPUOnline?

Anda hanya akan ditawarkan program yang ada dalam pilihan sahaja. Jika anda tidak berjaya pada ambilan pertama, anda perlu mengemukakan permohonan rayuan.

43. Sekiranya saya membuat permohonan e-rayuan dan memilih program pengajian yang sama, adakah pemohon berpeluang untuk mendapat program pengajian tersebut?

Kejayaan mendapat tawaran tertakluk kepada merit, memenuhi syarat dan kekosongan tempat. Anda dinasihatkan memohon program lain. Anda juga dinasihatkan agar tidak melepaskan peluang untuk belajar dalam program-program kemahiran kerana peluang untuk belajar bidang kemahiran adalah sangat besar dan peluang pekerjaan juga adalah luas seperti di Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang lain.

44. Saya mempunyai keputusan akademik yang cemerlang, tetapi masih gagal mendapat sebarang tawaran.

Kejayaan anda untuk memperoleh tempat bergantung kepada susunan merit dan pemilihan program pengajian di IPTA, IPG, Matrikulasi dan ILKA yang dipohon. Jika merit anda tidak begitu tinggi dan memohon program pengajian kompetitif, berkemungkinan besar anda tidak terpilih untuk ditawarkan program pengajian dalam pilihan. Begitu juga jika anda hanya memohon di Universiti Awam yang popular, anda akan menghadapi persaingan yang tinggi dan akhirnya tidak mendapat apa-apa tawaran daripada UA berkenaan. Antara beberapa sebab mengapa anda tidak ditawarkan ke mana-mana IPTA, IPG, Matrikulasi dan ILKA adalah kerana:

  1. Kalah dalam persaingan merit di antara calon atau;
  2. Tidak mengemukakan permohonan melalui BKPA, JPT atau;
  3. Tidak memenuhi syarat am dan syarat khas program pengajian UA atau;
  4. Permohonan tidak lengkap atau;
  5. Pemalsuan maklumat atau dokumen semasa mengemukakan permohonan atau;
  6. Tidak tekan butang Sah & Hantar semasa permohonan atau;
  7. Pemohon sedang belajar atau;
  8. Dokumen tidak dimuat naik atau dokumen yang dimuat naik tidak jelas (STPM/Setaraf Kategori Diploma/Setaraf)
45. Saya mendapat tawaran melalui BKPA, JPT tetapi tidak berminat dengan kursus yang ditawarkan. Bolehkah saya memohon untuk menukar kursus lain?

Tawaran adalah muktamad. Pemohon yang telah Berjaya mendapat tawaran ke IPTA, IPG, Matrikulasi dan ILKA melalui BKPA tidak dibenarkan untuk memohon sebarang pertukaran kursus yang lain.

46. Bilakah rayuan kemasukan bagi lepasan SPM dan STPM/Setaraf boleh dibuat?

Permohonan rayuan boleh dibuat selepas hebahan pertama keputusan diumumkan.

47. Bagaimana saya ingin membuat permohonan rayuan ke Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA?

Anda boleh membuat permohonan rayuan melalui agensi masing-masing mulai jam 12 tengah hari selepas hebahan keputusan diumumkan. Berikut adalah maklumat permohonan rayuan di Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA:

INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN (ILKBS)
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

https://ekampus.kbs.gov.my

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA (ILJTM)
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
RAYUAN TERUS KE PUSAT LATIHAN YANG BERDEKATAN

JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI (JPPKK)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PENDIDIKAN TINGGI)

http://ambilan.mypolycc.edu.my

BAHAGIAN LATIHAN KEMAHIRAN PERTANIAN (BLKP) KEMENTERIAN
PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

http://atpis.moa.gov.my/V4/result

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

http://www.tvetmara.edu.my

Bagaimana untuk membuat rayuan bagi lepasan SPM yang tidak mendapat tempat di Universiti Awam (UA)?

Calon Lepasan SPM yang gagal untuk kemasukan ke Universiti Awam (UA) boleh mengemukakan rayuan melalui UPUOnline Rayuan di http://upu.moe.gov.my mulai pada hari hebahan pertama keputusan. Rayuan boleh di buat dalam tempoh yang ditetapkan.

49. Bilakah saya boleh mengetahui keputusan permohonan rayuan lepasan SPM?

Permohonan rayuan lepasan SPM akan diumumkan keputusannya selepas proses pemilihan berlangsung. Sila rujuk takwim dan makluman terkini di dalam Portal UPU atau aplikasi UPU Pocket.

50. Apakah agensi yang menawarkan program TVET kepada calon yang memohon melalui UPUOnline?

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS), Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM), Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian (BLKP) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

51. Kenapa saya tidak nampak paparan pilihan program dalam permohonan rayuan saya?

Anda tidak nampak pilihan program kerana tidak melepasi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan semasa permohonan rayuan atau program berkenaan tidak dibuka untuk rayuan.

52. Bilakah tarikh hebahan lepasan STPM/Setaraf diumumkan?

Tarikh hebahan dijangkakan akan diumumkan selepas proses pemilihan berlangsung. Sila rujuk takwim dan makluman terkini di dalam Portal UPU atau aplikasi UPU Pocket.

53. Saya pelajar STPM/ Setaraf dan saya gagal mendapat sebarang tawaran di UA, bagaimanakah cara untuk saya membuat rayuan?

Anda boleh mengemukakan rayuan atas talian yang akan dibuka terus pada hari hebahan. Permohonan rayuan hanya boleh dibuat selepas keputusan permohonan kemasukan diumumkan. Sila dalam rujuk takwim dalam Portal atau UPuPocket.

54. Saya pelajar STPM dan ingin membuat rayuan akan tetapi pilihan program yang saya inginkan tiada dalam pilihan, boleh saya tahu kenapa saya tidak boleh memilih program tersebut?

Pilihan program yang tertera mengikut kelayakan dan kekosongan tempat yang di tawarkan oleh Universiti Awam.

55. Saya telah memilih program bertemuduga semasa rayuan. Adakah saya akan dipanggil temuduga?

Panggilan temuduga dan kaedah yang akan digunakan tertakluk kepada universiti yang dipohon berdasarkan program pengajian berkenaan.

56. Saya merupakan calon lepasan STPM/ Setaraf dan gagal mendapat tawaran pada hebahan kali pertama. Perlukah pemohon mengemukakan rayuan bagi fasa pertama dan fasa kedua?

Bagi calon yang gagal mendapat tawaran pada hebahan kali pertama, calon perlu membuat rayuan sekali sahaja dan menunggu hebahan keputusan (hebahan rayuan pertama atau kedua).

57. Boleh saya tahu berapa kali hebahan rayuan bagi lepasan STPM/Setaraf melalui UPUOnline?

Terdapat 2 kali hebahan rayuan melalui UPUOnline. Kali pertama, rayuan dibuka mengikut pilihan program yang mempunyai kekosongan tempat, selepas hebahan pertama dilakukan. Hebahan kali kedua rayuan dibuka mengikut kekosongan tempat selepas pendaftaran pelajar di UA.

58. Bilakah keputusan rayuan lepasan STPM/Setaraf kali pertama dan kali kedua akan diumumkan?

Hebahan keputusan rayuan akan di buat dua kali dan tarikh akan dimaklumkan selepas proses pemilihan berlangsung. Sila rujuk takwim dan makluman terkini di dalam Portal UPU atau aplikasi UPU Pocket.

59. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya data permohonan saya hilang dari rekod simpanan UPU?

Pemohon diminta untuk menghantar salinan slip permohonan kepada pihak UPU melalui email (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) sebagai bukti untuk semakan daripada pihak teknikal BKPA, JPT.

60. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya telah tamat/ berhenti belajar di universiti lama namun berdasarkan semakan BKPA,JPT, status saya masih aktif di universiti tersebut?

Pemohon diminta untuk membuat semakan dengan pihak universiti untuk pengesahan status belajar dan mengemukakan bukti tamat belajar/berhenti melalui emel rasmi BKPA iaitu This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

61. Kenapa rayuan Universiti Awam (UA) dan Politeknik diasingkan?

Rayuan Universiti Awam dan politeknik dibuat secara berasingan berdasarkan dasar yang telah ditetapkan oleh BKPA, JPT dan Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti.

62. Sekiranya saya membuat rayuan ke Politeknik/ Kolej Komuniti/ ILKA dan Universiti Awam, adakah peluang rayuan ke Universiti Awam saya akan terjejas?

Proses rayuan ke Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA tidak akan menjejaskan permohonan rayuan ke Universiti Awam.

63. Adakah saya boleh melakukan rayuan secara terus kepada pihak UPU selain menggunakan sistem?

Permohonan rayuan hanya boleh dibuat melalui sistem UPUOnline bagi rayuan (UA sahaja) manakala rayuan lain terus ke agensi berkenaan.

64. Jika saya tidak mendapat panggilan temuduga, bolehkah saya melakukan rayuan bagi program bertemuduga sekiranya saya gagal mendapat sebarang tawaran?

Boleh, sekiranya program bertemuduga tersebut ditawarkan semasa permohonan rayuan berdasarkan kekosongan tempat dan melepasi syarat khas program.

65. Apakah yang menyebabkan saya tidak dipanggil untuk urusan temuduga sedangkan saya telah memilih program pengajian asasi/ diploma/ ijazah sarjana muda pendidikan atau bukan pendidikan serta telah melepasi syarat yang ditetapkan?

Sebarang urusan panggilan temuduga adalah bawah seliaan Universiti. Pemohon boleh berhubung terus dengan pihak UA untuk mendapatkan maklumat lanjut.

66. Sekiranya nama tiada dalam panggilan temuduga bukan pendidikan, adakah akan diadakan panggilan sesi 2 yang diuruskan oleh pihak UPU?

Urusan panggilan temuduga bukan pendidikan / pendidikan diuruskan oleh pihak Universiti Awam (UA) dan pemilihan serta hebahan pilihan temuduga dibuat hanya sekali sahaja oleh UA.

67. Sekiranya tidak tersenarai atau gagal menghadiri ujian MEdSI atau program bertemuduga, adakah pihak UPU masih memproses pilihan program yang lain?

Ya, walaupun calon tidak tersenarai atau gagal menghadiri ujian MEdSI atau panggilan mana-mana program temuduga, permohonan calon masih lagi akan dipertimbangkan untuk pilihan lain.

68. Sekiranya saya gagal untuk panggilan ke ujian MEdSI bolehkah saya membuat rayuan?

Tiada rayuan yang dibuka sekiranya anda gagal mendapat panggilan ke ujian MEdSI. Ujian MEdSI hanya dilakukan sekali sahaja bagi setiap pengambilan.

69. Saya telah gagal mendapat sebarang tawaran program pengajian semasa keputusan diumumkan dan berhasrat membuat rayuan namun tiada sebarang pilihan program terpapar dalam pilihan program saya. Mohon penjelasan.

Pilihan program bagi permohonan rayuan hanya dibuka berdasarkan kekosongan tempat serta melepasi syarat Am dan khas program.

70. Sekiranya saya menolak tawaran program yang diberikan, bolehkah saya membuat permohonan rayuan?

Rayuan hanya dibenarkan kepada calon yang gagal mendapat sebarang tawaran. Calon yang ditawarkan dalam program (Diploma/Asasi/Ijazah) sama sekali tidak dibenarkan untuk membuat sebarang rayuan. Tawaran adalah muktamad.

Calon yang mendapat tawaran di peringkat sijil boleh membuat rayuan diperingkat Diploma/Asasi

71. Saya merupakan pelajar SKM tahap 3 dan ingin memohon UPUOnline. Bolehkah lepasan SKM membuat permohonan UPUOnline?

UPUOnline hanya dibuka kepada calon yang memiliki SPM sahaja. Bagi pemohon lepasan SKM, pemohon perlu membuat permohonan melalui UPUSkills.

72. Saya mengambil semula ujian MUET dan mendapat keputusan tersebut selepas UPUOnline ditutup. Bagaimana saya hendak mengemaskini keputusan MUET yang terkini supaya saya dapat menukar pilihan program yang sebelum ini tidak layak disebabkan keputusan MUET yang terdahulu?

BKPA JPT akan memadankan keputusan MUET dengan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan calon tidak perlu mengemaskini keputusan tersebut.

Jika anda gagal mendapat mana-mana tawaran semasa hebahan perdana, pemohon boleh mengemaskini pilihan program semasa permohonan rayuan UPUOnline dibuka berdasarkan keputusan MUET yang terkini.

73. Bagaimana saya hendak membuat permohonan rayuan UPUOnline ke politeknik tetapi tiada pilihan program politeknik di dalam UPUOnline?

Permohonan rayuan UPUOnline hanya dibuka untuk ke program Universiti Awam, Matrik dan IPG sahaja. Bagi rayuan ke Politeknik, pemohon perlu mengemukakan rayuan terus ke Politeknik. Pemohon boleh melayari laman sesawang Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti di http://ambilan.mypolycc.edu.my.

74. Sekiranya saya menghadiri temuduga di beberapa universiti, bolehkah saya memilih universiti yang saya inginkan?

Tidak. Anda hanya akan ditawarkan satu program yang ada dalam pilihan sahaja. Jika anda tidak berjaya pada ambilan pertama, pemohon perlu mengemukakan permohonan rayuan. Pemilihan bagi permohonan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baharu.

75. Adakah surat tawaran universiti dikeluarkan oleh UPU?

Tidak, Surat tawaran hanya akan dikeluarkan oleh pihak Universiti sahaja.

76. Saya terlupa untuk membuat pengesahan setuju terima tawaran di laman sesawang universiti selepas tempoh yang telah ditetapkan. Bagaimanakah status tawaran tersebut, adakah masih sah?

Anda dikira menolak tawaran sekiranya gagal membuat pengesahan setuju terima tawaran tersebut dalam tempoh yang dinyatakan.

77. Adakah pelajar O-Level layak memohon UPUOnline?

Pemohon O-Level tidak layak membuat permohonan UPUOnline. Hanya Pemohon yang memiliki SPM layak memohon kemasukan ke IPTA/ILKA melalui UPUOnline.

78. Saya merupakan pelajar lepasan SPM bukan tahun semasa, pada tahun tersebut keputusan Bahasa Melayu saya tidak mendapat kepujian, dan saya menduduki kertas Julai Bahasa Melayu dan mendapat kepujian. Bolehkah saya menggunakan keputusan Bahasa Melayu yang terkini?

Pihak BKPA hanya mengambil keputusan penuh dan keputusan kertas Julai tidak diambil kira dalam pemprosesan kemasukan lepasan SPM.

79. Adakah saya boleh menukar pilihan program dan memohon program bertemuduga untuk permohonan UPUOnline kedua bagi lepasan Asasi dan Matrikulasi?

Anda hanya boleh mengemaskini pilihan program yang TIDAK bertemuduga ketika fasa 2 UPUOnline dibuka.

80. Saya adalah pelajar Kolej Vokasional yang memiliki DVM, adakah saya layak untuk memohon UPUOnline?

Ya, Bagi pemohon lepasan Kolej Vokasional yang memiliki DVM Rujuk syarat am (lepasan STPM/Setaraf)

Muat Turun

pdf Soalan Lazim (FAQ) Kemasukan Pelajar Ke Universiti Awam (UA), Kolej Matrikulasi KPM, Institut Pendidikan Guru (IPG), Politeknik, Kolej Komuniti Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) (840 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 53752

MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 27 March 2024, 16:20:33.