Penangguhan Kemasukan Pelajar Ke Kampus Sesi 2020/2021

English translation not available for this content.
  1.  Saya merupakan seorang pelajar baharu yang akan melanjutkan pengajian di Universiti Malaysia Sarawak. Dengan pengumuman terkini daripada KPT, bagaimana urusan tiket penerbangan saya? 
Bagi pelajar yang masih belum membeli tiket penerbangan, adalah dinasihatkan agar tidak berbuat demikian dan disarankan untuk membuat pendaftaran secara dalam talian tertakluk kepada arahan semasa yang dikeluarkan oleh kerajaan dan IPT.

Bagi pelajar yang telah membeli tiket penerbangan, KPT juga telah mengambil langkah proaktif berunding dengan syarikat-syarikat penerbangan bagi memohon pertimbangan untuk penjadualan semula tiket penerbangan tersebut.

Para pelajar yang telah membeli tiket penerbangan melalui syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan Malindo Airways boleh menghubungi terus customer care/ talian hotline syarikat penerbangan seperti di bawah:

Malaysia Airlines

Global Contact Centre: 1 300 88 3000

Malindo Airways

Customer care: 03 - 7841 5388

E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Air Asia

Bagi pelajar yang telah membeli tiket penerbangan melalui syarikat penerbangan Air Asia boleh menghubungi IPT masing-masing bagi mendapatkan cara-cara mengemukakan maklumat seperti berikut :

  • Pelajar kemukakan maklumat kepada IPT
  • IPT mengumpul maklumat mengikut templat yang telah diberikan
  • IPT mengemukakan maklumat secara berperingkat
  • KPT akan mengemukakan maklumat untuk tindakan Air Asia

2.   Di mana saya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai urusan pendaftaran kemasukan ke kampus?

Pelajar boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung urusan pendaftaran kemasukan ke kampus dengan menghubungi Bahagian Kemasukan Pelajar di institusi masing-masing.

Berikut adalah talian hotline Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan 20 Universiti Awam:

BIL.

NAMA UA

HOTLINE UTAMA

TALIAN TAMBAHAN

1

KPT

03-8870 6777

03-8870 6949

 

2

UNIMAP

011-622 70316

BPA: 01162270316/ 010-8698727;
Gerakan Bencana: 011-622 70316;
Pusat Pelajar: 04-9885819;
FSGM: 04-9797707;
FTKM: 04-9885033;
FTKE: 04-9885603;
FTKEN: 019-4464645;
FTKK: 04-9798751;
FTKA: 04-9798626

3

UUM

049284586

049284586/+60 13 450 2666/0134878748

4

USM

04-653 3291

BHEPA Kampus Induk Pulau Pinang:
04-653 3291 / 5823 / 5825 / 6185 / 5804 / 5827 / 6136 / 5822 / 5824
BHEPA Kampus Kejuruteraan Nibong Tebal
04-599 5530 / 5531 / 5532 / 5533
BHEPA Kampus Kesihatan Kubang Kerian
09-767 1300 / 1310 / 1313 / 1314 / 1319

5

UPSI

012-2095200

012-2095200/015-48797838

6

UITM

03-5544 3528

 

7

UM

03 79673216

 

8

UPNM

0390513407

BPA - 0390513407/3453,
BHEPA - 0390511017/ 010 8063400

9

UPM

603-97696075

603-97696075/6073
BHEP: 018-9506566

10

UKM

03-8921 3147

03-8921 3147/012-9510714

11

UIA

03 6421 5555

HEP: 03 6421 4087

12

USIM

067986121

 

13

UTEM

06-270 1593

BPA: 06-270 1963/1964/1960
HEP: 06-270 1593/1388

14

UTHM

0193929849

PKU: 0193929849
BSM: 01110907145
BKK: 01110967146

15

UTM

011-18687022

 

16

UMK

0199931915

BPA : 0199846019
BHEPA: 0199931915

17

UMP

09-5493333

Hotline Gambang: 09-5493333
Hotline Pekan: 09-4246999

18

UMT

096685059

TEL: 096685059/4286/4296
FAX: 09-6685058

19

UNISZA

0129080544/096688892

En. Ahmad Termizi : 0129080544/096688892
En. Ahmad Hafiz: 0199153477/096688347

20

UNIMAS

082-581921

PKP: 082-581921/1857/1858/1857
BPPs: 082-581056/1165/1063

21

UMS

088- 320060

 


3.   Jika ada pertanyaan mengenai penjadualan semula penerbangan di mana saya boleh mendapatkan maklumat lengkap?

Sebarang pertanyaan berkenaan penjadualan semula penerbangan boleh menghubungi terus customer care/ talian hotline syarikat penerbangan seperti di bawah:

Malaysia Airlines

Global Contact Centre: 1 300 88 3000

Malindo Airways

Customer care: 03 - 7841 5388

E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Air Asia

Bagi pelajar yang telah membeli tiket penerbangan melalui syarikat penerbangan Air Asia boleh menghubungi IPT masing-masing bagi mendapatkan cara-cara mengemukakan maklumat seperti berikut :

  • Pelajar kemukakan maklumat kepada IPT
  • IPT mengumpul maklumat mengikut templat yang telah diberikan
  • IPT mengemukakan maklumat secara berperingkat
  • KPT akan mengemukakan maklumat untuk tindakan Air Asia

Pelajar juga dinasihatkan agar sentiasa peka dengan arahan atau makluman yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan, IPT, dan syarikat penerbangan dari semasa ke semasa.

4.   Bagaimana dengan status pelajar IPTS?

Bagi hal-hal berkaitan pelajar IPTS, Kementerian  mencadangkan agar perkara-perkara berikut dipatuhi dan dilaksanakan oleh pengurusan IPTS masing-masing:

  • Bagi pelajar yang telah kembali ke kampus semenjak Julai 2020, adalah dicadangkan supaya pelajar kekal berada di dalam kampus dan boleh melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh KPT, KKM dan MKN.
  • Bagi pelajar yang masih berada di kampung halaman, pelajar dinasihatkan untuk kekal di rumah masing-masing, mendaftar dan mengikuti proses pengajian secara atas talian.

Pihak pengurusan dan pentadbiran IPTS hendaklah sentiasa mengutamakan keselamatan dan kebajikan pelajar sepanjang tempoh penangguhan ini berlangsung. Para pelajar boleh terus menghubungi pihak institusi bagi sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini.

5.   Berapa lama tempoh masa aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian akan berlangsung?

Pada masa ini IPT boleh melaksanakan PdP secara dalam talian mengikut keperluan dan kesesuaian program masing-masing.

6.   Bagaimana sekiranya saya telah tiba di kampus untuk urusan pendaftaran?

Pihak IPT telah menyediakan SOP bagi pengendalian pendaftaran fizikal dan kemasukan pelajar di kampus selaras dengan perkembangan semasa penularan pandemik Covid-19. Maka, pelajar yang berada di kampus perlu sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh IPT masing-masing dan juga arahan kerajaan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

7.   Adakah pelajar yang telah berada di kampus dibenarkan untuk keluar?

Pihak IPT telah menyediakan SOP bagi pengendalian pelajar yang berada di kampus selaras dengan perkembangan semasa penularan pandemik Covid-19. Maka, pelajar

yang berada di kampus perlu sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh IPT masing-masing dan juga arahan kerajaan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

Para pelajar adalah dinasihatkan supaya mengehadkan pergerakan, menjaga penjarakan fizikal, mengamalkan 3W (Wash, Warn, Wear) dan mengelakkan 3S (Sesak, Sempit, Sembang dekat) bagi membendung penularan pandemik Covid-19 serta menjaga kesihatan diri.

  • Last updated on .
  • Hits: 49532
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 18 April 2024, 14:41:25.