IET Bakal Jadi Ujian Alternatif Kompetensi Bahasa Inggeris Kepada Pelajar IPT
English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Ujian Bahasa Inggeris Antarabangsa atau International English Test (IET) di sini hari ini.
IET bakal menjadi ujian alternatif kompetensi bahasa Inggeris kepada bukan sahaja pelajar tempatan, tetapi juga pelajar antarabangsa.

Ia juga adalah setaraf dengan ujian kelayakan luar negara seperti IELTS atau TOEFL, yang boleh membantu individu dalam memenuhi syarat kemasukan ke IPTA atau pun IPTS. Dalam ucapannya, YB Menteri berkata, seperti ujian-ujian kelayakan bahasa yang lain, IET yang akan dilaksanakan pada Disember ini mempunyai komponen-komponen penilaian tersendiri.
“Ada empat ujian kemahiran semuanya yang akan dinilai iaitu pendengaran, perbualan, penulisan dan membaca.
“Uniknya IET berbanding dengan ujian-ujian yang lain adalah terletak pada cirinya yang memberikan penekanan kepada persekitaran akademik dalam kerangka ujiannya,” katanya.

YB Menteri percaya ujian penilaian itu bukan saingan kepada IELTS, TOEFL ataupun Malaysian University English Test (MUET) dan kewujudannya akan melengkapi dan menjadi alternatif yang memberikan peluang kepada pelajar untuk membuat pilihan menduduki ujian yang setaraf dengan ketiga-tiga ujian tersebut.
Turut hadir YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT dan YBhg Prof. Dato’ Dr. Mohd Ekhwan Toriman, Naib Canselor UKM.

  • Last updated on .
  • Hits: 7566
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 29 March 2024, 08:50:00.