English translation not available for this content.
logo kpt black

TALKING POINTS

YB DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN
MENTERI PENDIDIKAN TINGGI

MAJLIS APRESIASI DAN SERAH TUGAS YB MENTERI PENDIDIKAN TINGGI

14 DISEMBER 2022


  1. Kembalikan fungsi dan kedudukan universiti dengan memperkemas dan memahami semula misi dan visi universiti.
  • Universiti mesti kembali kepada misi dan fokus asalnya. Pada saya universiti dan institusi kemahiran atau pendidikan tinggi secara kasarnya mempunyai 3 asas utama.
  • Tidak ada universiti awam baru yang akan ditubuhkan tetapi kita akan mengukuhkan universiti melalui kepimpinan dan hala tuju yang baik.
  • Pertama, merancakkan penerokaan ilmu dan inovasi baharu.
  • Pendidikan tinggi adalah tentang ilmu. Ini adalah perkara yang sudah sedia kita maklum.
  • Namun penerokaan ilmu dan dapatan baharu mestilah dilakukan dengan cara yang sihat dan profesional. Bukan disandarkan kepada ketaasuban ranking atau persaingan yang membunuh kreativiti, profesionalisme dan keseronokan dunia akademik.
  • Kedua, memberi kematangan dan peluang memajukan diri kepada pelajar / mahasiswa.
  • Ramai yang beranggapan tugas dan fungsi pendidikan tinggi sekadar memberi ijazah dan kelayakan. Pemahaman sedemikian sekali pun betul, tetapi ia tidak tepat. Fungsi pendidikan ada lebih besar dan menyeluruh.
  • Ini kerana, pendidikan tinggi bukan sahaja mesti memastikan kandungan dan pendekatan ilmu yang berkualiti. Tetapi turut memberikan pendedahan serta pengalaman yang akan mematangkan Ia adalah tentang lonjakan potensi. Ia mesti berupaya menawarkan terbaik.
  • Pada masa yang sama, aspek kebajikan serta keupayaan pelajar untuk mengikuti pendidikan tinggi dengan selesa mesti turut menjadi keutamaan.
  • Ketiga, menyumbang kepada masyarakat dan negara.
  • Universiti tidak boleh menjadi liga yang hanya berlegar dan difahami oleh sesetengah pihak semata-mata.
  • Universiti tidak boleh terpisah dari masyarakat dan keperluan negara. Universiti mempunyai tugas dan tanggungjawab yang besar dalam hal ini.
  • Tugas dan tanggungjawab ini dilaksanakan melalui saranan solusi, perkongsian hasil penyelidikan, program masyarakat, dan pelbagai pandangan atau buah fikiran yang baik dalam pelbagai isu dan cabaran semasa.
  • Perkara ini mewajarkan kedudukan dan kepentingan merancakkan kembali program / inisiatif seperti mobility transfer, community services, knowledge transfer.
  • Malah, pihak universiti perlu menyemak dan melihat semula (peratusan) pemberat atau skor yang lebih tinggi kepada sumbangan / pencapaian ahli akademik dalam perkara-perkara seperti khidmat masyarakat dan pemindahan pengetahuan / ilmu.
  • Skor / pemberat maksimum setakat 5% bagi hasil sumbangan terhadap khidmat masyarakat adalah terlalu rendah. Ia melunturkan semangat atau moral ahli akademik untuk memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
  1. Kepimpinan Universiti – VC dan LPU
  • Pentadbiran universiti mesti memahami bahawa institusi pendidikan memerlukan bukan sahaja tenaga pengajar atau ahli fakulti yang pintar dan berkualiti. Tetapi turut memerlukan pasukan pentadbiran dan kepimpinan yang berintegriti, dihormati dan berkesan.
  • Mereka yang berada di peringkat pentadbiran seperti NC, TNC dan ahliahli dalam LPU, mesti memberi kepimpinan yang diperlukan.
  • Sumber-sumber universiti mesti dimanfaatkan dengan cara yang akan memberi pulangan optimum dan jelas kepada universiti. Sebarang ketirisan atau pembaziran hasil penggunaan kemudahan dan manfaat yang diberikan mestilah dielakkan sama sekali.
  • Paling penting, mereka yang diamanahkan untuk mengepalai institusi pendidikan mestilah sentiasa dinilai akan prestasi dan pencapaiannya. Ia bukan jawatan dan kedudukan tanpa akauntabiliti.
  • Terdapat sekurang-kurangnya 3 fungsi utama VC dalam menguruskan universiti.
  • Pertama memberikan kepimpinan intelektual. VC dan pemimpin universiti adalah leaders among peers. 
  • Kedua, membina jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak. Khususnya dalam mengangkat kedudukan universiti pada tahap yang lebih baik.
  • Ketiga, memastikan kelestarian dan kemandirian universiti dari segi kewangan dan sumber.
  • Atas dasar itu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan bersikap objektif dalam menilai dan memperhalusi kedudukan para pentadbir dan pemimpin universiti.
  • Sebelum dilantik, kelayakan dan kesarjanaan calon yang akan mengepalai sesebuah institusi menjadi pertimbangan utama. Namun, selepas mereka diberikan amanah, prestasi, reputasi serta sumbangan mereka menjadi kayu ukur penilaian yang jauh lebih ampuh.
  • Sebab itulah semasa pentadbiran Menteri KPT yang lepas sendiri, sudah dimulakan beberapa prosiding / penilaian spesifik ke atas pemimpin universiti untuk mengetahui tahap prestasi semasa mereka.
  • Mereka yang cemerlang sudah pasti akan dikekalkan. Manakala para pentadbir yang didapati tidak memuaskan, akan dimaklumkan dengan tahap prestasi mereka yang lemah. Dan KPT / JPT tidak akan berlengah dalam menuntut mereka untuk melakukan tugas dan tanggungjawab dengan lebih baik.
  • Malah, KPT tidak menolak kebarangkalian untuk menggantikan mereka yang tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan.
  • Ini kerana pentadbiran universiti adalah kritikal dan tidak boleh dibiarkan menjadi tempat memberi imbuhan kepada mana-mana pihak.
  1. Mengaktifkan Majlis Pendidikan Tinggi Negara
  • Penubuhan di bawah s.3 Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 (Akta 546).
  • 20 memperuntukkan yang sekretariat hendaklah ditubuhkan daripada JPT untuk membantu Majlis dalam menjalankan fungsinya.
  • Majlis ini mesti dikembalikan penubuhan dan fungsinya dalam membantu KPT. Kita perlu mengamalkan keterbukaan dan konsultansi.
  1. Struktur dan organisasi agensi-agensi.
  • Agensi-agensi seperti AKEPT, PTPTN, EMGS, MQA, dan lain-lain merupakan entiti-entiti yang ditubuhkan di bawah akta / peruntukan undang-undang tersendiri.
  • Setiap satunya mempunyai fungsi dan mandat yang berbeza. Kesemuanya bertujuan menyokong dan membantu KPT dalam menjayakan sektor pendidikan tinggi.
  • Kebanyakannya kuasa pelantikan pentadbir tertinggi entiti-entiti ini adalah pada Menteri.
  • Justeru, kesemua entiti ini sebenarnya tidak berada di bawah JPT / KSU. Sebaliknya, kedudukan mereka adalah setara / seiring dengan JPT dan berada pada struktur yang memberikannya kebebasan dan autonomi yang tersendiri (tertakluk kepada akta / punca kuasa penubuhannya).
  1. Kesamarataan IPTA dan IPTS.
  • Kedua-dua jenis institusi ini mesti dilihat sama penting. Akhirnya, keduadua institusi ini adalah institusi pendidikan Malaysia.
  • Malah, 55% daripada penuntut dalam sektor pendidikan tinggi sekarang adalah di bawah IPTS.
  • KPT mesti memeta kerjasama yang lebih bermakna dengan IPTS. Ini termasuklah mengenal pasti jurusan atau program yang berkualiti dan kritikal yang ditawarkan oleh IPTS untuk dibeli kekosongan atau penempatannya oleh pihak Kerajaan.
  • Kekosongan tempat ini akan diisi dengan pelajar yang kurang berkemampuan, atau mereka yang gagal mendapat tempat. Sama ada melalui baucar pendidikan, pemberian biasiswa atau apa-apa mekanisme lain yang praktikal dan sesuai.
  1. Politeknik dan Kolej Komuniti.
  • Jumlah lepasan SPM berbanding jumlah pelajar yang mengambil urusan atau mengikuti program di bawah Politeknik / Kolej Komuniti masih rendah. 
  • Jumlah pelajar ke politeknik adalah 82 ribu, kolej komuniti 15 ribu, dan keseluruhan 98 ribu. Keseluruhan kapasiti adalah lebih kurang 120 ribu pelajar. Sedangkan keseluruhan kapasiti kita adalah lebih kurang 120 ribu pelajar. Jadi, bagaimana kita hendak menarik lebih ramai pelajar untuk memasuki dan meminati TVET dan menyertai politeknik?
  • JPPKK perlu membentangkan pelan transformasi. Pelan ini mesti berupaya memberi lonjakan yang bermakna kepada politeknik dan kolej komuniti kita. 
  • Ini kerana, KPT bukan hanya tentang universiti awam dan swasta. Tetapi juga tentang kolej komuniti dan politeknik.

Muat Turun:

pdf Talking Points YBM KPT Majlis Serah Tugas.pdf (77 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 12966
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 25 April 2024, 18:19:27.