English translation not available for this content.
logo kpt black

TEKS UCAPAN

YB DATUK SERI DR. NORAINI AHMAD
MENTERI PENGAJIAN TINGGI

MAJLIS PELANCARAN BULAN MENABUNG SIMPAN SSPN (BMS) 2022

1 OKTOBER 2022


PENDAHULUAN

  1. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, kita dapat bersama- sama pada hari ini sempena Majlis Pelancaran Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2022.
  1. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berbahagia Dr. Apli bin Yusoff, Pengerusi PTPTN atas undangan, menjemput saya hadir merasmikan majlis ini.
  1. Syabas saya ucapkan kepada PTPTN atas kejayaan menganjurkan program ini buat tahun yang ke-5!

KAJIAN BERKAITAN PERANCANGAN KEWANGAN

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

  1. Sebelum menyentuh lanjut inti pati program pada hari ini, izinkan saya untuk berkongsi tentang dua hasil kajian yang telah dilakukan berkaitan dengan perancangan kewangan, atau amalan menabung di negara kita.
  1. Pertamanya, kaji selidik yang dilakukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Didapati 75 peratus daripada penduduk negara ini tidak mempunyai wang simpanan sekurang- kurangnya RM1,000.
  1. Dan kedua, ialah Kajian Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus (RMFLS) Didapati jumlah rakyat Malaysia yang menyatakan bahawa mereka tidak dapat menyimpan wang pada setiap bulan, telah meningkat kepada 21 peratus pada tahun 2021, berbanding 19 peratus pada tahun sebelumnya.
  1. Kedua-dua hasil kajian ini sebenarnya memberikan peringatan kepada kita semua untuk lebih bijak merancang kewangan. Tambahan lagi pada ketika ini, kita sedang berdepan dengan suasana ketidaktentuan Sudah pasti situasi yang berlaku ini menuntut kita semua untuk mengamalkan perbelanjaan yang berhemah.

PTPTN MEMPERKASAKAN BUDAYA PENABUNGAN

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

  1. Pelbagai keistimewaan ditawarkan untuk manfaat Keluarga Malaysia menerusi Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus. Antaranya termasuklah pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, dividen yang kompetitif, Geran Sepadan sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak, patuh syariah dan dijamin Kerajaan.
  1. Malah, kedua-dua produk ini turut mempunyai perlindungan takaful ke atas pendeposit sebagai nilai tambah sekiranya berlaku musibah yang tidak diingini.
  1. Alhamdulillah, sehingga 31 Ogos 2022, jumlah deposit Simpan SSPN yang direkodkan adalah sebanyak RM12.81 bilion dengan bilangan akaun berjumlah 5.5 juta!
  1. Ini menunjukkan bahawa Keluarga Malaysia sekarang ini semakin cakna terhadap keperluan menabung untuk masa hadapan. Syabas saya ucapkan!
  1. Kredit juga wajar diberikan kepada PTPTN kerana bertungkus-lumus berkempen dan mempromosikan inisiatif Simpan SSPN ini. Seperti dalam majlis sambutan 25 Tahun PTPTN baru-baru ini, saya dapat lihat pelbagai pengisian dibuat, yang saya yakin akan dapat menyemarakkan lagi amalan penabungan dalam kalangan Keluarga Malaysia.
  1. Antaranya termasuklah memperkenalkan Kelab Simpanan Pendidikan yang telah pun dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri, pada 27 Julai 2022 yang lalu, bersempena dengan Majlis Sambutan Jubli Perak Kalau tak silap saya, sekolah rendah yang menyertai Kelab Simpanan Pendidikan ini juga bakal menerima insentif yang menarik!
  1. Selain itu, PTPTN turut menganjurkan Kempen Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN yang berlangsung sehingga 31 Disember 2022. Ada lebih kurang tiga bulan lagi. Keseluruhannya, kempen ini menawarkan hadiah berjumlah hampir RM1 juta! Dan pada hari ini, sebentar lagi, pemenang Siri-Silver 1 bakal diumumkan. Tahniah saya ucapkan!

PELANCARAN BULAN MENABUNG SIMPAN SSPN 2022

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

  1. Berbalik kepada majlis kita pada petang Untuk makluman semua, seiring dengan Bulan Menabung Simpan SSPN 2022, bermula semalam sehingga 31 Oktober 2022 ini, PTPTN akan turun padang untuk berjumpa dengan orang ramai. Tujuannya adalah untuk meningkatkan lagi literasi kewangan dalam kalangan masyarakat. Pada masa yang sama, ini juga merupakan salah satu daripada kaedah yang dibuat supaya rakyat berasa lebih dekat dengan PTPTN.
  1. Kali ini, tagline “Jom Jadi Superhero Anak Anda” kekal menjadi pilihan, dan konsep “Blok” yang dipilih amat signifikan dengan usaha berterusan, perancangan dan ketelitian untuk membina masa hadapan.
  1. Suka saya kongsikan juga di sini bahawa buat julung kalinya PTPTN menganjurkan Cabutan BMS 2022. Hadiah wang tunai berjumlah hampir RM50,000 untuk 25 pemenang di peringkat nasional, dan juga hadiah berupa pelbagai barangan yang menarik untuk 84 pemenang di peringkat negeri bersedia untuk
  1. Dan pada hari ini juga, di seluruh negara, di semua 14 buah negeri, program BMS diadakan serentak! Lebih menarik, program ini diadakan secara bersemuka dan juga dalam talian dengan matlamat seluruh Keluarga Malaysia dapat menyertainya.
  1. Dengan penganjuran besar-besaran seperti ini, saya yakin, PTPTN akan dapat mencapai sasaran jumlah deposit Simpan SSPN sebanyak RM150 juta sempena BMS 2022.
  2. Tahniah saya ucapkan atas penganjuran yang baik ini!

SIMPANAN MEMBINA MASA DEPAN

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

  1. Pada kesempatan ini, saya ingin mengambil peluang untuk berkongsi satu kisah menyayat hati, yang menimpa sebuah keluarga di Perak, yang turut mendapat manfaat hasil simpanan melalui Simpan SSPN.
  1. Adik Nur Adrianna Aleeya Zulkifli, 17 tahun dan dua orang adiknya telah kehilangan ibu bapa akibat Covid-19 pada September tahun lalu. Beliau yang juga pelajar Tingkatan 5 di MRSM Gerik, dan adik-beradiknya kini di bawah jagaan neneknya di Semanggol, Perak.
  1. Alhamdulillah, semasa hayat, arwah ibu beliau telah menyimpan dengan Simpan SSPN Prime. Melalui simpanan tersebut, arwah ibunya turut dilindungi takaful percuma ringgit ke
  1. Pada 31 Julai yang lalu, PTPTN melalui Program Ziarah Kasih KPT-PTPTN Prihatin telah berkunjung ke rumah keluarga ini untuk menyerahkan tuntutan manfaat takaful dan khairat kematian berjumlah hampir RM23,000.00.
  1. Lihatlah betapa besarnya manfaat yang diterima oleh anak- anak ini kerana arwah ibunya telah menabung dalam Simpan SSPN. Setidak-tidaknya, simpanan ini dapat digunakan untuk menampung pendidikan mereka.

PENUTUP

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

  1. Besar harapan saya agar BMS 2022 akan mendapat sambutan yang menggalakkan, sekali gus menjadikan Simpan SSPN sebagai produk simpanan pilihan utama Keluarga
  1. Insya-Allah, usaha murni PTPTN ini akan melakar lebih banyak kejayaan seterusnya, memacu secara tidak langsung kepada pembangunan negara.
  2. Dengan lafaz yang mulia, Bismillahir Rahmanir Rahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2022.

Sekian, terima kasih.

Muat Turun:

pdf Teks Ucapan YBM Pelancaran Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2022.pdf (145 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 11481
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 27 March 2024, 16:20:33.