YB Menteri Pengajian Tinggi meninjau Program Imunisasi Covid-19 di Hospital Universiti Teknologi MARA (HUiTM)

English translation not available for this content.

Hari ini YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi berkesempatan ke Hospital Universiti Teknologi MARA (HUiTM) bagi meninjau program imunisasi COVID-19 yang dijalankan disana.

HUiTM merupakan satu dari enam Hospital Pengajar Universiti (HPU) yang yang diberi tanggungjawab sebagai Pusat Pemberi Vaksin (PPV) bagi membantu Kerajaan melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). HPU lain yang terlibat termasuklah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Canselor Tuanku Mukhriz , Universiti Kebangsaan Malaysia (HTCM, UKM), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Sultan Ahmad Shah Medical Centre@IIUM (SASMEC@IIUM) dan Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM).

Sehingga kini, sebanyak 22,018 dos vaksin telah diperuntukkan kepada HPU dengan HUiTM telah menerima 1254 dos vaksin. Turut hadir Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.

  • Last updated on .
  • Hits: 7317
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 29 March 2024, 08:50:00.