Kunjungan dari Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mewakili pihak kerajaan negeri Selangor bagi sesi libat urus mengenai cadangan kerjasama strategik inisiatif PENJANA KPT-CAP@STATE

English translation not available for this content.

Hari ini YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menerima kunjungan dari Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang diketuai oleh Puan Hajah Siti Zubaidah Haji Abd. Jabar, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS.

Kunjungan ini merupakan sesi libat urus di antara barisan pengurusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan PKNS yang mewakili pihak kerajaan negeri Selangor mengenai cadangan kerjasama strategik inisiatif PENJANA KPT-CAP@STATE.

Program ini bakal memberi manfaat kepada 500 orang graduan anak negeri Selangor dengan peruntukan yang disediakan oleh KPT sebanyak RM2.64 juta.

Turut hadir Datuk Seri Dr Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha, KPT, Dr Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KPT, Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dato Dr. Mohammad Shatar Sabran, Ketua Pegawai Eksekutif, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan En Mohd Shahril Abdullah, Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat, JPT.

  • Last updated on .
  • Hits: 7293
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 18 April 2024, 14:41:25.