Perbincangan antara YB Menteri Pengajian Tinggi dengan Shopee Malaysia untuk menyediakan platform perniagaan atas talian kepada mahasiswa

English translation not available for this content.

Hari ini YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi mengadakan perbincangan dengan Shopee Malaysia yang diketuai oleh Encik Leeroy Ting Kah Sing, Ketua Dasar Awam dan Hal Ehwal Kerajaan, Shopee Malaysia.

Perbincangan tersebut merupakan langkah proaktif yang diambil oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi mengadakan perbincangan berhubung cadangan untuk menyediakan platform perniagaan atas talian kepada mahasiswa.

Ia juga bagi membincangkan pendekatan terbaik yang boleh dimanfaatkan KPT bersama pihak Shopee Malaysia untuk membantu usahawan mahasiswa.

Turut hadir Datuk Seri Dr Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha KPT, Datuk Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), KPT, Prof Dato' Dr Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan Prof Dato' Dr Mohammad Shatar Sabran, Ketua Pegawai Eksekutif, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

  • Last updated on .
  • Hits: 6437
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 April 2024, 16:56:01.