YAB Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat Perdana Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) secara maya

English translation not available for this content.

Hari ini telah diadakan Mesyuarat Perdana Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) tahun 2021 yang dipengerusikan oleh YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia yang diadakan secara maya.

Mesyuarat Perdana MPPK ini merupakan jambatan yang menghubungkan kerajaan dan mahasiswa.

Melalui Mesyuarat Perdana MPPK ini, mahasiswa mempunyai peluang untuk melontarkan idea dan juga pandangan bukan sahaja untuk membincangkan isu-isu semasa berkaitan hal ehwal mahasiswa tetapi turut boleh memberikan idea bagi kebajikan dan pembangunan negara.

Tiga perwakilan pemimpin mahasiswa telah membentangkan tiga kertas pertimbangan iaitu:

  1. Skim Rumah Sewa Rakyat (RASIONAL) oleh Saudara Muhammad Haziq Azfar bin Ishak;
  2. Pemerkasaan Sektor Pertanian Dalam Negara:Future Proofing Industri Pertanian Malaysia oleh Saudara Kuhan Bathmanaban; dan
  3. Integrasi Teknologi Bagi Penambahbaikan Pengurusan Kesihatan Rakyat Malaysia (S.I.H.A.T) oleh Saudari Sharifah Alawwiyyah Syed Abu Bakar.

MPPK kali ini juga turut dihadiri Yang Berhormat Menteri-Menteri, pengurusan tertinggi kementerian, jabatan, agensi dan para mahasiswa.

  • Last updated on .
  • Hits: 6046
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 April 2024, 16:56:01.