Lawatan Kerja Ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Lawatan ke Projek Prosumer Tanaman Nenas MD2

English translation not available for this content.

Hari ini YB Dato Mansor Haji Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkesempatan mengadakan lawatan kerja ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Ketika disana, YB Timbalan Menteri telah diberikan taklimat mengenai latar belakang universiti dan Pelan Strategik USIM dalam mencapai hasrat USIM untuk menghasilkan ilmuwan, pemimpin dan profesional yang kompeten berasaskan tradisi keilmuan Islam, nilai-nilai luhur agama dan budaya yang disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin, Naib Canselor USIM.

Selepas sesi taklimat, beliau bersama rombongan dibawa melawat ke Projek Prosumer Tanaman Nenas MD2, Kolej Kediaman Pelajar, Projek Tanaman Agrosis dan Kebun Café Pusat Keusahawanan Universiti.

Turut hadir Prof. Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), USIM, Prof. Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), USIM dan Prof. Dr. Mohammad Hamiruce Marhaban, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).

  • Last updated on .
  • Hits: 8094
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 23 April 2024, 10:59:17.