Program Jelajah Malaysia Prihatin di Pulau Pinang dan Perasmian Seminar Sinergi Belia Dalam Mendepani Era IR 4.0

English translation not available for this content.

YB Dato’ Dr. Mansor Haji Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi mengakhiri Program Jelajah Malaysia Prihatin di Pulau Pinang hari ini dengan mengadakan sesi ramah mesra bersama Alumni Majlis Belia Malaysia ((MBN) Negeri Pulau Pinang.

Awal hari ini, beliau merasmikan Seminar Sinergi Belia Dalam Mendepani Era IR 4.0, anjuran Majlis Belia Negeri Pulau Pinang.

Pada sesi ramah mesra tersebut. Timbalan Menteri menyampaikan taklimat ringkas mengenai strategi Kerajaan dalam menangani pandemik Covid-19.

Turut hadir pada majlis anjuran Alumni MBM Pulau Pinang itu ialah Tuan Haji Mohamed Sabri Alianas, Timbalan Pengerusi Alumni MBM Negeri Pulau Pinang.

Sempena majlis tersebut juga, beberapa agensi dibawah Kementerian Pengajian Tinggi termasuk Perbadanan Tabung Pendidikan National (PTPTN) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) membuka ruang pameran atau booth masing-masing.

  • Last updated on .
  • Hits: 5454
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 18 April 2024, 14:41:25.