MoHE - Menteri Pengajian Tinggi telah menerima vaksin di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia

Broadcast

Ministry's latest announcement information
  • Home
  • Broadcast
  • Activities
  • Menteri Pengajian Tinggi telah menerima vaksin di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia

Menteri Pengajian Tinggi telah menerima vaksin di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia

English translation not available for this content.

Hari ini YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menerima vaksin di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Selepas menerima vaksin, YB Menteri telah meluangkan masa untuk bertemu petugas dan penerima vaksin COVID-19 serta sempat bertanyakan khabar mereka yang akan dan telah menerima suntikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) COVID-19.

Taklimat ringkas telah diberikan oleh Dr. Sharifa Azura Salleh, Ketua Unit Kawalan Infeksi, merangkap Ketua Penyelaras Pusat Pemberian Vaksin (PPV) HCTM mengenai program vaksinasi yang telah dijalankan mulai 1 Mac 2021 sehingga kini. Program vaksinasi ini akan berlangsung secara berperingkat selama 6 minggu melibatkan 4,134 kakitangan. Vaksin Pfizer ini diberikan kepada kakitangan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Fakulti Perubatan UKM, Fakulti Pergigian UKM, Fakulti Farmasi UKM, Institut Biologi Molekul Perubatan, UKM (UMBI), Hospital Pakar Kanak-kanak, UKM dan Pusat Kesihatan Universiti, UKM.

  • Last updated on .
  • Hits: 1159
MoHE Logo
Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved
Last Modified: Friday 15 October 2021, 15:44:30.