Kunjung Hormat daripada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua dan Delegasinya Bagi Membincangkan Cadangan Kerjasama Strategik KPT dengan Perodua Menerusi Inisiatif CEO@Faculty Programme 2.0

English translation not available for this content.

Hari ini YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi menerima kunjung hormat daripada Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua dan delegasinya.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk membincangkan cadangan kerjasama strategik KPT dengan Perodua menerusi inisiatif CEO@Faculty Programme 2.0.

CFP merupakan salah satu inisiatif di bawah Academia-lndustry Talent Exchange Programme (AlxCHANGE) yang melibatkan penyertaan tokoh-tokoh terkemuka dari syarikat swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat multinasional (MNC) yang menyumbang perkongsian pengalaman dan kepakaran mereka di semua 20 buah universiti awam.

Selain itu, turut berbincang cadangan kerjasama dengan pihak industri di bawah program PENJANA KPT-CAP iaitu PENJANA KPT-CAP@Industry.

Program ini mencadangkan penglibatan sebanyak 3,400 tawaran pekerjaan dari industri yang berminat dan berkelayakan menyertai program ini. Program dijangka akan memberi faedah kepada 3,400 graduan.

Perodua telah mengemukakan jumlah tawaran pekerjaan sebanyak 514 tawaran pekerjaan untuk dipertimbangkan di bawah program PENJANA KPT-CAP@Industry.

Turut bersama dalam pertemuan ini Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff Ketua Setiausaha KPT, Datuk Rosli bin Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Prof. Dato’ Dr. Husaini B. Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Cik Zarina Mansor, Pengurus Besar Sumber Manusia dan Pentadbiran Perodua dan Pn. Sulasi Haji Mahadi, Timbalan Pengurus Besar Penjenamaan Korporat dan Komunikasi Perodua.

  • Last updated on .
  • Hits: 9950
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 25 April 2024, 18:19:27.